Chereads / DIRIMU SATU / Chapter 7 - TERUSKANLAH SUKA I

Chapter 7 - TERUSKANLAH SUKA I

iskandar tidak memperdulikan lisa sepanjang mereka bersama. lisa pun tidak faham entah apa yang dimogokkan oleh iskandar. lelaki itu hanya diam sahaja selepas perbualan mereka sewaktu makan tadi. lisa melihat iskandar yang sudah berbaring mengadap dinding. dia mengeluh. hatinya berbolak bagi. nak baring ke tak sebelah iskandar. ruang yang ada sangatlah kecil. takkan dia nak tidur di atas lantai. sejuk.

iskandar masih belum lelap lagi. dia menunggu tindakan lisa selanjutnya. apakah lisa akan berbaring di sisinya atau memilih tidur di lantai yang sejuk? pilihan lisa bakal menentukan tindakannya yang seterusnya. iskandar masih tetap menanti lagi. suasana sekeliling mereka berubah malap.lampu sudah dipadamkan oleh lisa. jantung iskandar berdebar2 menantikan reaksi lisa. akhirnya...bibirnya menyunting senyum senget apabila ada gerakan di belakangnya. lisa akhirnya memilih berbaring disisinya. kini dia hampir pasti hala tuju hubungan mereka seterusnya. kau sudah masuk ke perangkap iskandar lisa. tiada jalan keluar sudah untuk kau.

lisa sejujurnya masih berada dalam keadaan serba salah. namun dia tetap jua membaringkan tubuhnya membelakangi iskandar. selimut dikaki ditarik. cuaca pada waktu malam di kem ini sejuk. kakinya juga sudah mula merasa sejuk yang dicucuk-cucuk. tiba2 ada tangan menarik tubuhnya. tangan iskandar. lelaki itu menarik tubuh lisa merapat ke dalam pelukannya. lisa terdiam menahan nafasnya. dia terkejut,terkedu. kaget. ya.. tubuh mereka sudah rapat bagaikan tiada ruang untuk lisa menghembus nafasnya.

" i peluk sebab takut u terjatuh ke bawah" bisik iskandar perlahan di telinga lisa. dia meletakkan kepala lisa di lengannya. menyelesakan kedudukan kepala gadis itu. biar lisa selesa berbaring dalam pelukannya.

" nanti lengan u lenguh." lisa cuba mengangkat kepalanya.mengalih ke bawah ke bahagian dada iskandar.

iskandar menahan. tubuh kecil molek lisa itu tidak seberapa beratnya.apatah lagi kepala kecil lisa. tangannya menepuk bahu lisa. menyuruh lisa tidur.

" kaki i sejuk..." adu lisa memecah sunyi dikeheningan gelap malam. dia sudah tidak daapt menahan kesejukan di kakinya yang terasa mencucuk2 itu. mengharap respon iskandar.

" stokin extra u tak bawa?" tanya iskandar lantas bangkit perlahan melepaskan tubuh lisa dipelukannya.

" lupa.."balas lisa tetap berbaring. iskandar menyentuh kaki lisa. sejuk. tangannya segera memicit-micit kaki lisa. stokin di kakinya ditanggalkan dan lantas disarungkan ke kaki lisa. selesai,dia menoleh memandang lisa yang juga tekun memandangnya.

"selesa?" tanya iskandar.

lisa mengangguk.

iskandar ingin membaringkan tubuhnya namun terhenti keinginannya. dia menukar plan. tshirt yang tersarung ditubuhnya dicabut. tubuh sasanya terpapar megah di delan mata lisa.

mencerlung mata lisa melihat iskandar menanggal bajunya. bikin hatinya berdegup kencang.

" kenapa u tanggal baju.." tanya lisa mula berniat menjauhkan dirinya dari iskandar. takkan iskandar nak peluknya sepanjang malam tanpa baju di tubuh. imannya ini sudahlah senipis bawang.

" badan i panas.. nanti u akan rasa suam dan selesa bila dalam pelukan i" balas iskandar membaringkan tubuhnya.

" er.. i tiba2 rasa panas.. " dalih lisa. ingin bangun namun niatnya terhalang apabila ditarik oleh iskandar.

" tidur lisa.. esok ada lagi aktiviti lasak yang akan kita buat.." suruh iskandar memeluk lisa. kalini lagi rapat dan erat pelukannya dari tadi.

betul... badan iskandar memang suam. lisa merasa nyaman. lisa memilih untuk diam. ya..diam sahajalah. biar malam cepat berlalu. matanya dipejam secara paksa.

" u belum tidur lagi?" tanya iskandar. dia mencari wajah lisa dalam kegelapan malam. dia tahu lisa belum tidur, kerana detak jantung gadis itu bisa dirasanya. iskandar rasa ini peluangnya untuk berbincang dari ke hati dengan lisa. dia menghela nafas panjang.

" i nak tahu... kenapa u suka i?" soal iskandar memulakan perbualan.

lisa yang memejam matanya,perlahan membuka. dia mencari anak mata iskandar. mereka sama saling merenung.

" mungkin u kacak.. mungkin negara asing buat i bergantung dengan u.. mungkin entahlah.. sekitar,suasana mungkin keadaan.." jawap lisa jujur. ya.. dia sukakan iskandar..suka sahaja.. tiada cinta..mungkin lah... rasanyalah.. tapi sedikit dihatinya terasa juga kecewa mendengar jawapan yang terbit dari mulutnya sendiri. siapa tidak pernah suka akan senior kacak,kaya,bijak di sekolah mereka. siapa?? cuma bezanya senior itu milik kakaknya. bertemu di kota asing,rasa suka itu mekar bagai disiram baja apabila dilayan baik oleh iskandar.

" teruskanlah suka i.. " suruh iskandar sambil mengucup dahi lisa. ya teruskan lisa. iskandar juga menyukaimu.

bulat mata lisa memandang wajah iskandar. ciuman hangat didahinya menggetarkan seluruh tubuhnya.

" kenapa?" soal iskandar.

" u jahat.." marah lisa bibirnya memuncung.wajahnya bertukar cemberut. iskandar jahat menciumnya. bagaimana dia nak benci iskandar.

iskandar ketawa. dia memang sengaja. dia nak lisa lebih tahu tentang perasaannya sendiri.

" i bagi dorongan kat u untuk terus sukakan i.."

" u terima i?" tanya lisa.

iskandar mengangguk. dia mengusap rambut lisa.

"tapi..."

iskandar menutup mulut lisa dengan jarinya.

" ini..antara i dengan u.. tiada orang lain.. i dan u sahaja.." iskandar menekankan suaranya,sudah dapat membaca penolakan yang akan keluar daripada mulut lisa. dia tidak mahu lisa memikirkan orang lain di ketika ini. cukup lisa memikirnya.

" tidur.. " suruh iskandar menepuk- nepuk bahu lisa. gayanya itu seolah menidurkan anak kecil pula.

lisa memejam matanya.tangannya tanpa ragu2 diangkat memeluk pinggang iskandar. matanya terus layu.

" good night is.." bisik lisa memejam mata. suaranya hanya perlahan.

" hmmm..." iskandar menjawap dengan mengucup dahi lisa lagi sekali. matanya juga turut dipejam. harap esok mentari menyinar cerah merestui permulaan kisah cinta mereka.

mudahkan dua hati itu bertaut. tetapi langit tidak selalu cerah. mendung pasti datang dihadapan kelak. apakah mereka berdua sudah bersedia dengan onak dan duri dalam percintaan?