Chereads / DIRIMU SATU / Chapter 9 - LALISSA MYA JOSEPHIN

Chapter 9 - LALISSA MYA JOSEPHIN

Iskandar menggenggam erat jari jemari lisa. kalau boleh langsung tidak ingin dilepaskan. jelas sinar bahagia terpancar di setiap tingkahnya.

lisa pula seronok beriringan berjalan berdua-duaan bersama iskandar. sepanjang perjalanan pulang daripada elephant sanctuaries,pasangan merpati sejoli itu kelihatan sangat mesra. sudah macam pengantin baru pula.

" dah sampai..." maklum iskandar berhenti di hadapan pintu bilik lisa. jemari lisa yang masih di genggamannya terasa berat untuk dilepaskan. lisa juga sama. dua hari bersama iskandar,dia seolah tidak biasa pula sendirian.

amboi lisa.... baru dua hari bersama. bukan dua bulan.

" u nak masuk sekali?" pelawa lisa memandang wajah iskandar.

" boleh?" tanya iskandar konon ragu-ragu.

" boleh lah.." jawap lisa menyerahkan kunci kamar ke tangan iskandar. memberi isyarat untuk iskandar membuka pintu.

" i masuk sekejap sahaja tau.. simpan barang u.. nanti i datang balik.."

lisa mengangguk. mereka melangkaj masuk ke dalam.

iskandar meletakkan beg lisa di satu sudut,sementara lisa pula terus ke katilnya. dia melabuh punggung di atas katil.

" i keluar dulu taw... nanti i datang balik bawa makanan. u jangan keluar malam ni.. mandi dan tidur." pesan iskandar melutut di lantai berhadapan lisa. pipi gadis itu diusap.

" kunci i pegang.. u mandi wangi2.. " bisik iskandar.

" u pun sama... jangan tidur..jangan lupa i.." aduh... mengadanyalah lisa. iskandar tu dah separuh mati teringatkan kamu lisa. dia sengaja buat-buat macam tiada apa2.. hakikatnya,kamu tu dah kena kurung dalam sangkar cinta iskandar.

iskandar ketawa kecil. dia mengucup dahi lisa.

" i datang selepas mandi,selepas beli makanan...i bantu u siap barang u.. esol kita check out.. pergi ke pulau ok? i janji u mesti suka.." janji iskandar.

" okey... " setuju lisa puas hati.

iskandar bangun. mengambil tuala di meja sisi katil dan disangkutkan ke bahu lisa. tangan itu ditarik agak bangun. tubuh itu ditarik ke bilik air. seronok pula lisa dimanjakan begitu. baru sehari mereka bercinta,iskandar sudah memanjakannya.

" okey.. masuk.. mandi.. " suruh iskandar lantas menutup pintu bilik air.

" okeyyyy..." sahut lisa sambil membuka pintu bilik air. kepalanya dijenguk. ingin melihat iskandar berlalu. iskandar menekan butang lock dari dalam. sebelum menutup pintu dia memandang lisa yang masih melihatnya.

lisa memberi flying kiss keapda iskandar. iskandar senyum sahaja lantas menutup pintu. dia berjalan perlahan ke kamarnya.

telefon iskandar berbunyi ketika dia membuka pintu kamarnya

panggilan daripada RAINDY. iskandar mengangkat panggilan itu.

" bro..kau kat thai lagi??" tanpa salam terus didi bertanya.

" hurmm..."

" adik aku pun ada dekat sana... kau ada ter...jumpa.." tanya didi di sebelah sana.

" tak.." bohong iskandar. nada suaranya biasa. sesiapa pun takkan tahu dia berbohong.

" kau tanya dia.. belum tentu dia kenal adik kau.." ada suara menyampuk dari belakang.

" kau kenal tak?" tanya didi pula. tidak terfikir pula dia. adiknya itu bukan selalu bersosial bersama mereka.

" perlu ke?" soal iskandar sinis. iskandar.. kalau lisa dengar... memang akan panjanglah muncung gadis itu. gak ada obat kalau lisa merajuk.

" aduh...menyesal aku call kau.. tranfer aku sekarang 5k.. kecederaan jiwa.." tuntut didi di sebelah talian. rakan-rakannya yang lain ketawa.

" 10k untuk aku cari adik kau.." iskandar pula menawar.

mati ketawa didi.

" 20k kalau kau sebut full nama adik didi.." cabar satu lagi suara rakannya. jumlah wang telah meningkat.

" Lalissa mya josephin."satu nafas iskandar menyebut.

kedengaran suara keluhan di sebelah sana.

" akaun biasa k.. dalam 5 minit.." pesan iskandar menutup talian. terbit senyum sinis di bibirnya. tak mungkin dia tidak tahu nama bakal isterinya.

baru kaki hendak melangkah ke bilik air,telefonnya berbunyi. ada mesej. iskandar membuka.

'20000 sudah dikreditka ke akaun anda.'

nampaknya zackry menunaikan janjinya. berapa sangatlah nilai wang itu bagi pewaris sektor perladangan dan pelabuhan di negara mereka. 20k itu ibarat harga sehelai tali lehernya sahaja.

wang itu akan iskandar serahkan kepada lisa untuk gadis itu membeli belah esok. bijak kan otak bisnes iskandar?