Chereads / DIRIMU SATU / Chapter 1 - permulaan sebuah kisah

DIRIMU SATU

🇲🇾Nursha_ramli1989
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 32.8k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - permulaan sebuah kisah

" Teksi..." panggil lisa sambil mengangkat tangannya. serabut rupanya bercuti sendirian ni..dengus lisa dalam hati. marah jugalah kerna dari dalam kapal terbang sampailah ke destinasi percutiannya,segalanya dirasakan serabut.

" Miss..nak pergi mana?" tanya si pemandu teksi setelah berhentikan teksinya dihadapan lisa.

" C Hotel?" tanya lisa.

" Boleh.."

" Saya pun nak pergi C Hotel.. alang-alang sekali jalan?" Sampuk satu suara dari belakang Lisa.

Pantas Lisa menoleh kepalanya melihat tuan empunya suara.

Pemandu teksi memandang Lisa memberi isyarat mata . Bagaimana? Penumpangnya itu menagngguk. Memberi kebenaran. Jikalau orang lain mungkin dia tidak ingin berkongsi teksi yang sama. Tetapi disebabkan itu adalah senior kesukaannya,dia okey sahaja.

" senior.. " sapa lisa. Menunduk kepala tanda menghormati lelaki itu.

Iskandar senyum menunduk juga kepalanya. Sebenarnya dari dalam kapal terbang lagi dia sudah perasan akan kewujudan Lisa, dan hanya diam-diam memerhati tindak tanduk adik bongsu Didi itu. Sahabatnya.

" Boleh?" tanya iskandar sambil menjongket kening kepada lisa.

" Boleh..boleh.." laju lisa bersetuju. Sekurangnya adalah juga orang yang akan menemaninya sepanjang jalan ke hotel. Tiadalah dia risau akan ditipu,diculik mahupun dirompak. Lagi-lagi Iskandar boleh tahan kacak. Sedaplah juga percutiannya ini. Ada teman.

Pasangan itu diam sahaja di dalam teksi. Tidak tahu ingin berbicara apa. di sekolah mahupun terserempak di mana-mana,mana pernah mereka berbual. Bertukar senyuman juga boleh dikira dengan jari agaknya. Sesekali ada juga pemandu teksi bertukar pertanyaan dengan mereka berdua. bertanya tentang asal usul mereka. saling kenal ke? yang rajin menjawap Lisalah. Iskandar bungkam menatap laptopnya. bBercuti pun masih memilih kerja.

Sesampai sahjaa di ruangan lobi hotel untuk menurunkan penumpang,pemandu teksi hanya membantu lisa mengeluarkan barangannya. manakala iskandar pula mengurus barangannya sendiri.

" terima kasih encik" ucap lisa kepada pemandu teksi yang berbaik hati membantunya. apabila melihat iskandar menjauh,dia berlari menyaingi langkah panjang iskandar.

" senior dah booking bilik hotel?" tanya lisa beramah mesra.

iskandar mengangguk berjalan lurus ke kaunter hotel tanpa menoleh ke lisa yang masih mengikut langkahnya. terkedek-kedek menarik bagasinya.

" nanti kalau senior free.. boleh kita dinner sama.." pelawa lisa buat muka tak malu. alangkah dah ada orang yang dia kenal. apalah salahnya pelawa dinner sama.

iskandar menghentikan langkahnya seketika. berfikir. haruskah dia menerima pelawaan lisa itu? tujuan dia bercuti sebenarnya lebih kepada ingin bersendirian tanpa gangguan daripada orang yang mengenalinya. dia ingin menikmati menjadi orang biasa di negara asing. menikmati hidup orang biasa sebelum melanjutkan pelajarannya keluar negara dan sebelum mengambil alih perniagaan keluarganya nanti.

" kalau senior taknak.. takpelah.. bilik lisa 1069.. kalau senior perlukan teman untuk makan.. dial sahaja nombor bilik lisa." bagaikan memahami gelodak perasaan iskandar,lisa tanpa malu-malu memberi nombor biliknya, selepas itu dia ke kaunter untuk urusan pendaftarannya pula. lama sangat iskandar berfikir untuk menerima pelawaannya.

iskandar mengangkat bahu. kata-kata lisa dibiar dibawa angin lalu. pandailah gadis itu mencarinya nanti kalau nak makan. pasti punya lisa mencarinya.

masuk sahaja ke dalam kamar hotelnya,lisa terus merebahkan tubuhnya di atas katil. mata dipejam rapat melepas lelah. jet lag.

" mandi lisa.. lepastu tidur..." bisik lisa kepada dirinya sendiri. jam di atas meja dipandang sekilas. baru pukul 10.30 pagi. lisa merenung syiling hotel lantas tertidur.

iskandar yang sudah selesai mandi, setelah bangun dari tidur panjangnya tadi duduk termenung di jendela kaca menonton panorama bandar bangkok dari sudut penginapannya. perutnya pula sudah mula berbunyi. maklumlah sampai sahaja di kamarnya tadi,dia terus mencari katil untuk tidur. brosur yang cantik tersusun di meja sisi jendela berkenaan tempat2 yang menarik untuk dilawati dicapai tangannya. dia ingin mencari tempat makan yang dekat untuk mengisi perutnya. sambil itu boleh dia merangka perjalan nya besok. doa tidak mehu mensia-siakan cutinya di dalam bilik.

lisa pula mundar mandir di hadapan kamar 1068. serba salah. nak ketuk ke tak..ketuk ke tak? lagipun tidak salah kalau dia mengetuk rasanya. apa salahnya. bakal abang iparnya juga. dia ingin mengajak iskandar keluar mencari makananan. perutnya sudah pedih menahan laapr. ketuk sahajalah.

tok..tok..tok...

iskandar mengerut dahinya apabila mendengar bunyi ketukan di pintu kamarnya. siapalah yang mengetuk agaknya?? perlahan dia mengatur langkah membuka pintu. dihadapan pintu kamarnya berdiri susuk cantik lisa beserta senyuman menawannya.

" senior dah makan?" tanya lisa malu2 ditenung mata helang iskandar.

" belum" sepatah balasan iskandar.

" kalau belum.. jom kita pergi makan sama. hotel ni tak sediakan room servis untuk makanan.. kita kena turun makan di restoren lobi atau cari diluar.." pelawa lisa padat dengan maklumat yang diberitahu oleh staff yang bertugas di kaunter sewaktu dia hubungi tadi.

iskandar mengangguk. terfikir juga tadi dia nak call untuk room servis. konon malas nak keluar bilik.

" sekejap" iskandar menutup pintu membiarkan lisa tercegat di hadapan pintu biliknya.

selang seminit iskandar sudah sedia untuk keluar makan bersama lisa. rupa2nya dia mencari topi dan porch beg-nya.

" jom.." ajaknya. berjalan melepasi lisa yang tegak berdirindi depan pintu biliknya itu. memang perempuan semua macam tu agaknya. nampak lelaki hensem,tegak berdiri lepastu malu2 kucing. tipikal perempuan.

" nak makan dekat hotel atau cari makanan diluar?" tanya lisa menyaingi langkah iskandar yang panjang sesuai dengan kakinya yang panjang.

" luar.."

lisa simpan senyum. memang niatnya nak cari makanan diluar hotel. nak menyaksikan pemandangan malam di bandar bangkok. di pasar berdekatan hotel penginapan mereka.