Lexus
Saya merenungnya tidur di atas katil di sebelah saya. Saya gembira sekurang-kurangnya dia mempercayai saya untuk tidur seperti itu.
Tapi...
Kenapa gementar dia terlalu teruk?
Pelik, tidak ada tertulis pada perincian hamba.
Saya menghela nafas dan tertidur memikirkannya.
Saya bangun pada pukul 9 pagi.
Saya tidur lena tanpa disangka. Saya melihat ke sisi melihatnya tidur nyenyak.
Setelah menghadiri perjuampaan itu. Saya kembali ke bilik untuk berjumpa Rosalie yang sudah tiada.
Lokasi penjejak ada di telefon saya dan saya membuka untuk melihat lokasi dia berada.
Saya menghela nafas.
Yah, selama dia tetap di hotel, tidak ada masalah untuk dia kemana.
Rancangan saya ingin membawanya ke pesta malam ini, tapi saya merasa dia mahu bermain dengan dunianya sendiri. Seperi kanak-kanak ingin mengembara dan gagal menyedari bahawa di sedang di ikut atau diperhatikan.
Saya menghela nafas kembali.
Seperti kanak-kanak yang tidak bersalah. Dia percaya akan baik-baik sahaja ketika dunia bersekongkol melawannya.
Berpindah dari satu tempat ke satu tempat seperti dia mainan.
Saya menatap perihal hidupnya di email saya dan menutupnya.
Nah, siapa peduli sekarang, dia milik saya sekarang.
Pesta berkelas yang membosankan seperti yang lain. Anda hanya makan, minum dan berbual mengenai barang yang tidak berguna.
"Adakah sesuatu mengganggu anda?" Diana memandang saya dengan kening terangkat.
"Tidak. Hanya berfikir."
"Baiklah kalau anda sudah berkata begitu" dia memeluk, melilit lengan saya dan hendak melepaskannya. Saya memegang tangannya memastikan dia tetap bersama saya.
Saya senyum kepadanya apabila dia melihat ke arah saya.
Dia senyum kembali sebagai balasan.
"Bukankah kamu pasangan yang sangat secocok" kami berdua berpaling melihat pemilik suara itu.
"Ibu." saya memberi salam kepadanya.
"PuanXander." Diana senyum.
"Saya tidak fikir anda akan berada di sini." Ibu berkata kepada saya.
"Saya tidak berencana untuk datang kesini tapi saya mengubah fikiran"
"Sungguh saya tertanya, apakah yang membuat anda mengubah fikiran? anda tidak menyukai pesta"
"Oh! Puan Xander harap kamu tidak keberatan. Saya memaksa Lexus mengikuti saya dan saya tidak mempunyai pasangan untuk menghadiri pesta ini. Selain itu, saya merasa jiwa tua ini juga memerlukan udara segar" dia bermain-main dengan tangan kami.
"Betul." Ibu saya tertawa kecil.
"Bagus juga, saya jarang berjumpa dengannya."
"Saya hanya sibuk."
Dia menganguk kemudian matanya meliar ke arah seseorang di belakang saya. "Arius" dia memberi salam.
"Veronica." dia datang dan berdiri di sebelah kami "Lexus." dia senyum.
"Sudah lama kita tidak ketemu" saya berkata..
"Sudah tentu, anda tidak suka melihat wajah saya."
"Itu-" dia memotong saya.
"Kamu sebenarnya tidak suka melihat wajah yang terlibat dalam kejadian itu, bukan? Itu sebab megapa kamu tidak suka melihat ibumu." dia menunjukan senyuman menjengkelkan.
Ibu memusingkan badan dan pergi. Diana melepaskan lengan saya dan memutuskan meningalkan kami. ltu perkara yang saya baik, dia selalu tahu apa yang harus dibuat.
"Tidak bolehkah anda tidak mengatakannya?" saya mengertak gigi di antara kata-kata itu.
"Maaf, saya mempunyai kebiasaan ini untuk berkata apa yang ada di fikiran"
"Kita mempunyai perjanjian untuk tidak pernah membicarakan kejadian Arius Alucard."
"Ah. Kenapa mesti menyelinap di fikiran saya."
"Berhenti senyum." "Kenapa? Anda mahu memukul saya?"
"Saya sangat tergoda." senyuman mengejek muncul di wajahnya "Mengapa tidak?"
Saya berpaling dan pergi.