Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 50 - Bab 38

Chapter 50 - Bab 38

Lima bulan kemudian        

Semalam adalah hari yang mengejutkan bagi Aaisyah. Aaisyah tidak sangka boleh ketemu dengan Irfan dan Tiara. Dan kali ini Tiara mengandung walaupun belum berkahwin dengan Irfan. Sekarang juga baru Aaisyah sedar kenapa Ryan tidak mahu menyentuh dirinya sampai terlanjur jauh kerana tidak mahu Aaisyah menjadi macam Tiara. Walaupun Ryan bukanlah seorang Malaikat tetapi Ryan memang cuba bertahan walaupun Aaisyah menggoda Ryan sebanyak yang mungkin. Aaisyah kini sedar yang cinta Ryan sangat tulus, malah susah mahu jumpa lelaki sebaik  Ryan. " Terima kasih Ryan... Sebab jaga Aaisyah...." Aaisyah bercakap sendiri.

Hazran sudah tidak berani menggangu Aaisyah. Sejak Doktor Kelvin menjadi mentor Aaisyah, Aaisyah semakin senang hati, kerana banyak ilmu yang dipelajari dari Doktor Kelvin. Doktor Kelvin juga dikenali sebagai salah seorang Doktor yang terbaik dihospital tersebut. Cuma Aaisyab belum berani untuk bertanya kepada Doktor Kelvin jika dia kenal dengan Nora Husna dan siapa Nora Husna kepada Kelvin suatu ketika dahulu. Doktor Kelvin melayan Aaisyah dengan baik sekali, malah layanan seperti seorang ayah kepada anak. Namun Aaisyah tidak dapat menipu diri sendiri, tiap kali Aaisyah bersama Doktor Kelvin Aaisyah dapat rasa sesuatu, Aaisyah rasa dia sangat dekat dengan Doktor Kelvin. Siap pernah salah orang staff tanya adakah Aaisyah anak Doktor Kelvin kerana muka Aaisyah ada iras-iras Doktor Kelvin.

Ryan: I wait in the car love.

Aaisyah: Okey Syg... See you in a few mins

Ryan: 😘😘😘

Tanpa sedar lima bulan telah berlalu dengan begitu pantas. Namun perancangan untuk majlis akad nikah dan bersanding terpaksa ditunda kerana perlu menunggu Rosemaray. Alang-alang ditunda lagi, Aaisyah mahu menunggu Mawar habis berpantang kerana Mawar dan Wafin akan datang ke majlis itu nanti. Rosemary pula akan menjadi pengapit Aaisyah, jadi Rosemary mesti berada bersama dari awal majlis sehingga sehingga majlis resepsi yang terakhir. Dalam sepuluh minit Aaisyah sudah berjalan menuju ke kereta Ryan. Aaisyah hanya mengenakan pakaian santai crop top berwarna kuning  dan dipadankan dengan jeans. Rambut Aaisyah pula disanggul messy bun. Memandangkan Aaisyah cuti hari ini, Ryan mengambil kesempatan untuk dating dengan Aaisyah dan bawa Aaisyah membeli barang hantaran.

" Kain yang ni sesuai untuk hias dulang hantaran sebelah pengantin lelaki...." Ryan berkata sambil memandang kain berwarna Putih yang bercorakan bunga warna emas. Aaisyah pula memilih kain berwarna peach untuk menghias dulang hantaran pengantin Perempuan. Selepas membeli kain, Aaisyah dan Ryan pergi mencari dulang. Agak lama mereka memilih dulang, kerana terlalu banyak pilihan reka bentuk yang cantik-cantik belaka. Selesai memilih dulang, dan menghantar barang-barang ke kereta. Ryan dan Aaisyah sama-sama pergi Pavilion. " Sayang... Hantaran tak perlu lah mahal-mahal simple pun sudah cukup..." Ryan ketawa sahaja dengan bebelan Aaisyah. " Baby... It's going to be our big day remember.... " Aaisyah mengeluh dan mengikut langkah Ryan, sudahlah semua barang di Pavilion bukan alang-alang mahal. Ryan membeli sepasang jam tangan Seiko. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Ada juga beberapa barang berjenama yang dibeli oleh Ryan dari Coach, Lancome, Dior dan Pandora

Ryan menghantar Aaisyah balik ke kondo sebelum pulang ke rumah bersama barang-barang yang dibelinya. Ryan akan pergi ke Paris minggu hadapan menghadiri conference, jadi Ryan akan membeli barang hantaran disana, " Esok kita pergi ke butik Rizman Ruzaini, sebab nak pilih design untuk akad nikah nanti... " Aaisyah menepuk dahi. Baju untuk akad nikah juga belum diselesaikan lagi. " Okey... Baby habis pukul lima... Appointment kita pukul berapa?" Tanya Aaisyah. " Dalam pukul tujuh macam tu... " Aaisyah mengangguk perlahan. " Okey... Baby naik dulu....drive safe sayang... Kalau Sayang nak tidur sini pun tak apa... Sebab jauh nak drive..." Aaisyah berkata sambil memegang tangan Ryan. " It's okey baby... Don't worry..." Ryan berkata dan mencium dahi Aaisyah sebelum Aaisyah naik ke kondonya.

Sebelum Aaisyah mahu masuk kondonya Aaisyah terkejut melihat Hazran. Jantung Aaisyah berdegup kencang. " Aaisyah... Saya nak minta maaf... Sebab selama ini ganggu awak... Saya harap Ryan jaga awak dengan baik lepas ni... Dan harap kamu dua bahagia sehingga ke anak cucu..." Aaisyah senyum kelat. " Terima Kasih... Saya nak masuk dulu... Ngantuk..." Aaisyah menjawap dam terus masuk. Pintu utama Aaisyah pastikan terkunci rapat sebelum Aaisyah masuk  bilik untuk mandi apa semua. Selesai mandi Aaisyah dan Ryan berbalas WhatsApp seketika sehingga Aaisyah terlelap kerana terlalu penat.  Aaisyah selalu tidur awal kerana esok Aaisyah perlu masuk shift pukul enam pagi.

" Morning Amanda... So let's start the morning petrol to check on each patient..." Doktor Kelvin berkata sambil menghadiahkan senyuman kepada Aaisyah. Aaisyah mengangguk dan mengambil file yang mengandungi laporan dari pemeriksaan yang lepas. Doktor Kelvin, Doktor Emelda dan Doktor Aaisyah memulakan rodaan. " Amanda. Today you are leading the petrol. I want you to analyze and diagnose some of the patient that were just admitted. Aaisyah menelan air liurnya. ' you can do this... You can do this.' Aaisyah berbisik dalam hati memberi semangat kepada diri sendiri. Aaisyah memulakan rondaan dan memeriksa pesakit. Ada beberapa pesakit yang baru admit.malam tadi, Aaisyah telah mendiagnose masalah mereka. " Good Amanda, you diagnose pretty well, you have been paying attention all along... Keep up the good work... You are going to be a great Doktor one day...." Amanda tidak sangka dia akan mendapat pujian yang begitu memberansangkan daripada Doktor Kelvin.

Dalam pukul sebelas tengahari, Doktor Kelvin terpaksa bergegas ke bilik VIP nombor 1. " Amanda... Meet me at room nomber 1 after you are finish with the other patients. " Aaisyah mengangguk sahaja. Doktor Kelvin nampaknya ada kecemesan yang perlu ditangani dengan segara. Tambah lagi golongan VIP, Doktor Kelvin mesti melayan dengan segera. Selepas memeriksa pesakit di wad biasa Aaisyah rerus bergegas ke bilik VIP nombor 1. Apabila Aaisyah mengambil kertas daripada nurse bertugas. Tan Sri Hamdi. Jantung Aaisyah berdegup kencang. Kalau Aaisyah tidak masuk bilik tersebut, mesti Doktor Kelvin akan marah, tetapi kalau masuk Tan Sri Hamdi mengamuk lagi parah. Aaisyah mengambil keputusan untuk masuk sahaja kerana kebarangkalian besar Tan Sri Hamdi tidur.

. " How could you Kelvin... After all these years... You don't even want to ask how am I...." Aaisyah kenal sangat suara itu. Nora Husna ibu Aaisyah. Nora dan Doktor Kelvin tidak sedar pintu dibuka. Aaisyah memilih untuk senyap, ini lah peluang yang ditunggu Aaisyah beberapa tahun ini. Kebenaran. " Now... I need to be professional." Doktor Kelvin mengingatkan Nora..Bunyi tangisan Nora kedengaran, Aaisyah juga ingin turut menangis. " I suffered for years... My dad cannot know about us... About the baby... He cannot know it's yours...." akhirnya segala pembohongan Nora selama ini terbongkar dari mulut Nora sendiri. Aaisyah terlalu kecewa dengan Nora ibunya kerana berbohong selama ini. Sanggup Nora menuduh Aaisyah gelapkan masa depannya sedang Nora sendiri yang gelapkan masa depannya sendiri tetapi sanggup cuba gelapkan masa depan Aaisyah yang selama ini tidak bersalah.

" The baby... You kept it? " Soalan Doktor Kelvin meruntun perasaan Aaisyah " I had no choice... I was four months pregnant for God's sake...." Mendengar cara Nora bercakap, hati Aaisyah mendidih. ' I never asked to be brought into this world being Unwanted!' namun Aaisyah hanya mampu berkata begitu dalam hatinya." What happen to our child... Where is...." Tanya Doktor Kelvin. Aaisyah tidak sangka Doktor Kelvin memcari dirinya. Kalaulah Doktor Kelvin tahu selama ini anaknya dekat sahaja dengan dirinya apa yang akan terjadi " Tell me Nora... What happened to our Child.... Is it a boy or a girl...." Tanya Doktor Kelvin. " Her name is Aaisyah...." Nora menjawap Doktor Kelvin dengan suara yang serak-serak basah. " My dad cannot know about our affair... And about me knowing who's her father... I told him I was raped.... He is not to know... So don't say anything no matter what.. you shouldn't have left me...." Kenyataan ini memang sangat pedih untuk dihadam oleh Aaisyah namun inilah kebenaran yang dicari selama ini. Hati Aaisyah sakit melihat Nora dalam pelukan Doktor Kelvin, sedangkan yang hidup tersiksa selama ini adalah Aaisyah bukan Nora.

" Nora!!!! Nora Husna....." Aaisyah terkejut begitu juga Nora dan Doktor Kelvin. Nora dan Doktor Kelvin yang dalam dunia mereka sendiri tidak sedar Tan Sri Hamdi dengar semua perbualan mereka.  " Nora...." Nora membuka langsir yang mengelilingi katil Tan Sri Hamdi. " Ibu...." Panggil Aaisyah. Mata Nora memandang kearah Aaisyah. Nora seperti mahu pengsan. Tidak tahu sejak bila Aaisyah masuk bilik tersebut dan Nora sangat terkejut Aaisyah bertugas di hospital ini. Doktor Kelvin memandang salah seorang pelajar yang sedang menjalani praktikal di hospital itu. ' Aaisyah..... ' detik hati Doktor Kelvin. " Nora.... Sanggup Nora tipu Papa.... Sanggup Nora tipu.... Papa dah tahu semuanya.... Nora terlanjur dengan jantan itu..." Nora panik. " Atuk... Bersabar atuk.... Jangan macam ini..." Pujuk Aaisyah. Lama Tan Sri Hamdi memandang Aaisyah. Baru sekarang Tan Sri Hamdi tahu kenapa Puan Sri Faridah tidak mahu Nora gugurkan kandungannya dulu atau menyerahkan anak yang Nora lahirkan dulu kepada rumah anak yatim. Selama ini Tan Sri Hamdi terlalu benci dengan Aaisyah kerana menganggap ayah kepada Aaisyah seorang perongol tetapi hakikatnya Nora terlah terlanjur, hanyut dengan kekasihnya sehingga Nora hamil. Kelvin pula sudah merancang untuk menyambung pelajarannya ke negara luar, hanya lari dari tanggungjawapnya. segalanya sudah terbongkar. Aaisyah tahu sudah kisah silam Nora dan siapakah Ayahnya, Doktor Kelvin.

Tan Sri Hamdi memegang dadanya. " Atuk... Sabar Atuk... Bernafas perlahan... Ikut arahan ecah sekarang... Breath in... Slowly... Breath out...." Tetapi Tan Sri Hamdi pengsan selepas itu. Namun Aaisyah tidak sangka Tan Sri Hamdi memegang tangannya. " We need to get him into surgery." Doktor Kelvin berkata. Nora sudah merauo wajahnya sambil menangis. Aaisyah membantu Doktor Kelvin untuk membawa Tan Sri Hamdi ke bilik bedah. " Amanda... Stay with your mom... We will take over from here..." Doktor Kelvin memberi arahan. Walaupun Aaisyah sedikit kesal kerana Doktor Kelvin tidak mahu bertangjawab dengan Nora, Aaisyah kena bersikap professional kerana Doktor Kelvin masih mentornya. Aaisyah kembali ke bilik Tan Sri Hamdi. " Mama... Mama perlu sign ni..." Aaisyah menyerahkan borang consent untuk membenarkan Tan Sri Hamdi dibedah dengan segera. Selepas Nora mengisi borang tersebut Aaisyah terus keluar dan terus hilang. Sambil menunggu Tan Sri Hamdi selesai pembedahan, Nora duduk di sofa dan menangis. ' Ma... Pa... I. Sorry...' bisik hati Nora.

Aaisyah: Syg... Cancel appointment baju nikah.

Aaisyah: Atuk Aaisyah masuk hospital. Aaisyah extend double shift.

Ryan: How is your Atuk?

Aaisyah: In surgery.

Ryan; Nanti I pergi sana. Need anything?

Aaisyah; No I am fine.

Ryan; ok. See you there. Take care. 😘

Aaisyah: 😘😘😘

Selepas tiga jam, Tan Sri Hamdi dibawa keluar dari bilik bedah. Nasib baik semua berjalan lancar. Nora pula balik rumah dahulu kerana tidak membawa sebarang pakaian. Buat masa ini, Aaisyah lansung tiada hati untuk berjejak kasih dengan Nora. Aaisyah masih lagi terkejut dengan perbualan antara Nora dan Doktor Kelvin. Aaisyah masuk ke dalam bilik Tan Sri Hamdi. Tan Sri Hamdi masih tidur lagi. Aaisyah sedih melihat keadaan Tan Sri Hamdi, tetapi Aaisyah tahu dia kena kuat, kerana kalau dia menangis meraung tiada guna. " Amanda... I want to talk to you. In my office...." Doktor Kelvin berkata. Wajah Doktor Kelvin nampak redup semacam.

" Did you know I was your dad all along?" Tanya Doktor Kelvin sambil memandang muka Aaisyah. Sekarang baru Doktor Kelvin tahu kenapa dia rasa sesuatu sejak kenal Aaisyah. Ada suatu perasaan yang aneh. Segalanya terjawap hari ini, gadis itu adalah anaknya. Anak yang tidak pernah dikenalinya selama 23 tahun. Aaisyah sudah besar. Cantik. Kecantikan dari ibunya dan masih memiliki sedikit raut wajah Doktor Kelvin " I just suspected, but I was only waiting for an answer... And today I got it..." Aaisyah membalas tetapi wajahnya ditunduk. " I am very sorry Amanda... I know sorry is not enough... But.... I was so stupid to leave you and your mom... To chase this dream...." Aaisyah mengetap bibir.  " Did my mom tell you that she threw me out and I have been living alone since my grandma died? She is not all the angel you think she is. Both you and my mom really messed up my whole life... I was the one who ended up paying the price." Aaisyah tidak dapat tahan lagi. Tanpa menunggu lagi Aaisyah meluah segala yang terbuku dihatinya. Ya memang betul. Disebabkan kesilapan Nora dan Kelvin, Aaisyah pula yang kena menghadapi dan menempuhi dugaan yang datang seorang diri. " I need to get some air..." Aaisyah berkata dan terus keluar dari bilik Doktor Kelvin.

" Aaisyah... Sini...." Panggil Tan Sri Hamdi sebaik sahaja Tan Sri Hamdi sedar. " Maafkan Atuk... Sebab selama ini Atuk buang Aaisyah dari hidup atuk..." Aaisyah senyum manis kearah Tan Sri Hamdi.  " Dah lah Atuk... Aaisyah tak salahkan Atuk pun... Aaisyah dah lama maafkan Atuk...atuk rehat ya... Kalau atuk perlu apa-apa... Atuk bagitahu sahaja dengan Aaisyah... Nanti Aaisyah ambilkan." Mata Tan Sri Hamdi pandang seorang yang agak asing kepada dirinya. "Hi... Atuk... Saya Ryan... Teman lelaki Aaisyah... Saya temankan Aaisyah disini... Kalau atuk sudi... Malam ini saya akan jaga atuk... Sebab Aaisyah double shift hari ini...." Tan Sri Hamdi tidak sangka, Aaisyah berkawan dengan Ryan Daniel. Nama Ryan agak tersohor dalam bidang perusahaan pelancongan. " Terima kasih... Ryan..." Tan Sri Hamdi berkata. Tidak lama lepas itu Tan Sri Hamdi terlelap kerana masih lemah sejak habis pembedahan tadi.