Berpinar kepala Naera ketika dia dengar apa yang disampaikan oleh Teressa di situ. Nafasnya naik turun tidak menentu seakan diserang panic attack!Makin lama semakin sempit dada dia.
Apa semua ni?
Apa yang dia baru dengar?
Kade?
Kade berkerjasama dengan Renold untuk lingkupkan ayah dia?Dan selama ini Kade jaga dan prihatin terhadap dia kerana rasa serba salah di atas kematian ayahnya?
Yang berpunca dari Kade?Dan semua ini dirahsiakan dari dia?Empat tahun Kade bersama dengan dia?Dan semua ini kerana apa?Serba salah?
"Kau salahkan aku?Kau yang mintak untuk berkahwin dengan anak lelaki Renold kan?"bentak Kade.
"Ya memang aku mintak. Tapi bukan dengan anak lelaki berpenyakitan Sylar tu..."dengking Teressa pula.
"Cakap orang lebih. Kau pun sama. Kay jugak yang untung kan. Sebab perkahwinan tu jugak kau dapat kedudukan kau yang sekarang. Kau ingat sikit.Kalau bukan sebab aku, kita tengah duduk mengemis di tepi jalan tu..."marah Kade dengan begitu keras sekali.
"Fine. Kau nak sangat Naera ada dekat sini. Lantak situ. Tapi aku pesan dengan kau, kalau Renold tahu mengenai hal ni. Kau siap sedia..aku takkan tolong."
"Kau ugut aku?"soal Kade dengan nada sinis.
"Kalau kau tak nak aku beritahu hal ni pada Renold. Halau Naera keluar dari tempat ni!"
"Fine...kalau kau boleh ugut aku.Aku pun boleh ugut kau jugak."
"Apa kau nak ugut aku hah?"
"Kau ingat aku tak tahu, yang kau adalah orang yang dedahkan kepada Ibu Naera tentang scandal Puan Emelda dan Nadeem yang buatkan Ayah Seth cemburu dan nekad untuk musnahkan Nadeem sampai Ibu Naera kemurungan lalu mengalami masalah mental?"beritahu Kade.
Naera terus tekup mulut menahan nafas terkejutnya selepas mendengarnya. Air mata mula berkumpul di kelopak matanya mendengar kenyataan itu. Tak mungkin!Mereka semua-
"Ugh!I hate you Kade Hades!"ngerang Teressa dengan geram.
Apabila bunyi detak tumit tinggi kedengaran semakin menghampiri pintu itu, Naera tanpa berlengah terus bergegas ke arah dinding berdekatan dan bersembunyi di situ. Sesaat kemudian, Teressa keluar dari pejabat tersebut.
Sempat juga Naera intai untuk lihat wajah sebenar Teressa. Dan bila dia nampak akan wajah itu, keningnya berkerut. Dia tertanya-tanya, jadi Teressa ini adalah ibu kepada Sylas, adik kepada Kade dan ipar kepada Seth! jadi mereka bertiga ini saling berkaitan dengan Renold dan kes ayahnya.
Seth tahu semua ini tetapi tidak memberitahu dia hal Kade dan Teressa.
Kade berkerjasama dengan Renold hingga buatkan ayah dia nekad hendak bunuh diri hanya kerana mahukan kedudukan dan wang?
Teressa punca ibunya menjadi gila kerana dedahkan scandal Ibu Seth Bersama ayah dia?
Emelda?Ibu Seth?Ada scandal dengan ayah dia?
What the hell is going on?!
Naera mengepal penumbuk erat-erat. Selama ini dia terlalu baik dengan mereka. Dia diamkan diri dan tidak ingin untuk susahkan hidup sesiapa.
Rupa-rupanya mereka semua pijak kepala dia seperti dia ni bukan apa-apa! Satu titisan air mata jatuh dari kelopak mata kanan semasa Naera pandang ke pintu pejabat Kade.
Sampai hati mereka buat semua ni dekat dia!
Paling teruk sekali!
Seth simpan semua ini dah letakkan kesalahan ke atas diri sendiri demi menjaga hati mereka?
Serius?Memangnya hutang apa Seth terhadap mereka?Dia tidak sangka yang selama ini Seth rahsiakan segalanya dari dia dan mahu tanggung semua kesalahan sendirian demi dia. Seth tidak mahu dia terluka kerana tindakan ahli keluarga lelaki itu terhadap dirinya.
Kesal terhadap Kade, Naera berpaling dari situ dan tidak jadi untuk menemui lelaki itu. Dia gerak keluar dari bangunan itu dan terus menuju ke hospital dimana ibunya ditempatkan.
Sudah tiba masanya dia buat lawatan untuk menjenguk orang tuanya itu.
*****************************************
I made it to make 5 chapter for today.
Here they are. For my lovely Buddies.
Thanks untuk supportnya ya ZDaisy, I really appreciated your comment and voted.
So jangan lupa untuk vote dan comment.
Little advice for everyone...Spread love no hate okay. Banyak membenci buat hati cepat sakit.
That all for today.
See next upload.
Adios!