EXORRIA THE KINGDOM OF DREAM

🇲🇾Hana_OhPocot24
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 8.7k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Intro

" Mimpi. Ya, aku sedang bermimpi lagi."

"Pada tahun 708 Walfariet, Exorria." Suara wanita yang sama pasti menjadi pembukaan mimpi aku. Sekeliling aku yang gelap gelita mula dihidupkan dengan peristiwa di mana sebuah istana sedang diserang oleh ribuan raksasa aneh dan ganas. Aku pula akan menarik nafas dan sekaligus membulatkan anak mata setiap kali mimpi ini dimainkan. Ianya tetap sama. Reaksi aku seperti sudah dikunci sedemikian.

"Mimpi adalah permainan tidur bukan? Apapun apa yang aku lihat semuanya seperti realiti. Kadang kala aku seperti berada di dalam alam maya buatan manusia mengunakan teknologi CAVE. Di sini, terlalu banyak manusia yang tidak berdosa telah terkorban di dalam pertempuran yang tiada permulaan." Aku berbicara sendirian sambil melihat ribuan askar dengan pakaian besi menutupi hampir seluruh badan, berlawan mempertahankan rakan perjuangan masing-masing.

"Segala-galanya tampak jelas. Dari percikan api yang sedang membara berterbangan ke langit hitam yang kemerahan membakar hutan di sekeliling Istana sehinggakan percikan darah yang terlalu banyak dek kerana tajamnya hujung pedang yang menusuk badan manusia dan raksasa. Aku, sekarang berada di tengah pertempuran ini. Tak kira dimana aku alihkan pandangan, semuanya sedang menjerit, bersungguh untuk berlawan bermati-matian. Beberapa orang askar berlari kehadapan menimbusi badan aku. Syukur, kerana aku hanya menjadi penonton sahaja."

Keadaan sekeliling menjadi semakin huru hara. Pintu gerbang berperanan sebagai pintu utama untuk mara ke perkarangan istana terbuka luas. Aku menoleh untuk melihat jutaan raksasa meluru masuk. "Tingkatkan pertahanan di bahagian atas Istana dengan segera!! Jangan beri mereka menemui Yang Mulia Permaisuri!" Arah Ketua Askar yang berada di balkoni istana. Sementara itu, ratusan askar sedang menaiki tangga utama Istana yang sangat besar. Bahagian atas istana terbakar dan mulai retak lalu runtuh kerana disembur api dan dipijak oleh seekor Naga yang sangat besar. Puluhan askar yang sudah hangus jatuh ke atas tanah hitam. Naga mengaum kuat. Sekumpulan askar yang lain membaling batuan bulat yang besar kearah naga menggunakan mesin kayu gergasi. Batuan itu mengenai kepala Naga dan beberapa askar musuh yang sedang terbang menaiki belakang beberapa ekor garuda. Naga merenung tajam kearah mesin kayu dan sekumpulan manusia yang kenit berbanding dengan saiz badannya yang sama besar dengan istana.

Naga tersenyum sinis sambil menghembuskan asap hitam melalui kedua belah lubang hidungnya yang besar. Askar-askar tadi berhenti membaling ketulan batu kerana berasa gerun. Lalu, Naga Hitam terus menghembuskan nafas apinya yang bewarna ungu dan mengenai satu menara tinjauan yang berada dibelakang mereka. Mereka tidak sempat melarikan diri langsung mati ditimpa runtuhan batu bata.

Semua askar sibuk berlawan dengan makhluk yang mempunyai fizikal badan seperti manusia tetapi berkepalakan haiwan seperti biawak, hyena, khinzir tunggal, dan binatang lain yang sangat hodoh. Saat ini, aku akan menoleh dan fokus untuk melihat seorang wanita berjubah hijau zaitun sedang berlari keluar dari dalam istana dan memecut pantas meninggalkan tapak pertempuran. Aku juga hanya mampu melihat wanita itu berlari melintasi hadapan aku tanpa berbuat apa-apa. "Pengkhianat!!!" Jerit sebilangan Askar Istana yang juga sedang berlari keluar daripada dalam istana untuk mengejar wanita misteri itu.

Sekumpulan musuh yang menaiki garuda hitam kemerahan memanah kearah askar-askar istana. Suasana dalam dan luar istana bertambah menjadi huru hara apabila barang penting istana telah dicuri oleh orang misteri tersebut. "Dia berjaya melarikannya!!!" Jerit seorang askar lain yang berada di atas istana sambil menunjuk kearah tangan orang misteri itu yang sedang melarikan sebuah karung kecil yang mengeluarkan cahaya biru muda dan kuning. Askar itu cuba memanahnya tetapi tidak berhasil. Tiada satu anak panah pun berjaya mengenainya. Dalam istana kelihatan seorang putera muda telah terbaring lemah dilantai. Ketua askar menarik bahu Putera untuk melihat wajah Putera yang dari tadi mencium lantai. Separuh wajahnya mempunyai kesan geseran. Dia pasti telah ditolak kuat sehinggakan wajahnya melecek akibat terseret jauh dari tangga utama. Ketua Askar cuba menggerakkan dia. Malangnya, putera muda itu tidak bangun kerana terlalu lemah.

Keadaan diluar istana semakin teruk. Kilat dan guruh juga bergabung dan berjaya menghasilkan suara latar yang sangat menakutkan. Semua penduduk bandar kelihatan cemas dan ketakutan. Mereka mula berlari dan bersembunyi untuk menyelamatkan diri. Puluhan askar berlari dikaki lima istana. "Tidak sangka dia berani menipu Tuanku Permaisuri. Pengkhianat harus dimusnahkan." Tegas Ketua Askar. Beberapa askar yang berada dibenteng atas menyeru pendamping masing-masing tetapi dimusnahkan oleh Naga Hitam dengan satu libasan ekornya sahaja.

Di taman bunga istana, wanita misteri itu masih lagi berlari sambil kepalanya menoleh kebelakang sebentar. Separuh muka wanita misteri itu tidak kelihatan kerana kepalanya ditutupi oleh tudung yang hanya menampakkan hidung dan mulutnya. Ramai askar mengejarnya dari belakang. " Dia menuju kearah pintu gerbang!!!Cepat tutup pintu gerbang utama!!!" Arah seorang askar yang sempat memasuki bilik kawalan yang dijaga oleh lima orang penjaga buta. Segera penjaga meletakkan tangan kanannya ke atas 1 batu Kristal yang sedang terbang dan bercahaya daripada 3 batu keseluruhannya. Mereka perlu menggunakan deria sentuhan sahaja. Kemudian mulut penjaga itu terkumat-kamit membisikkan beberapa kata jampi lalu batu mula bercahaya terang. Satu cahaya iaitu merah muncul di pintu gerbang lalu dikunci dengan ukiran kerawang bunga dan jampi yang berwarna putih bercahaya.

Tanpa berlengah lagi aku juga mengikuti wanita misteri itu berlari.

"Jangan bagi dia terlepas!" "Dia sangat merbahaya". Wanita misteri itu melihat pintu gerbang yang berada tidak jauh dihadapannya sudah dikunci. Tanpa rasa takut, wanita itu masih lagi berlari sambil tangannya membelahkan pagar jampi itu. Kemudian dengan selambanya dia lari menembusi pintu gerbang itu. " Apa?! Tak guna dia boleh menembusinya. Cepat, dapatkan dia!!!" Arah ketua askar. Puluhan askar jahat tidak berjaya membebaskan diri kerana dihalang oleh pagar lut sinar tadi. Hajat puluhan ribu raksasa jahat yang mahu masuk juga tidak tercapai. "Izinkan saya untuk pergi mengalahkan dia." Kata seorang pemuda yang sedang melutut dihadapan Permaisuri. Permaisuri hanya diam membisu duduk diatas tahtanya. Lalu, pemuda yang berani itu pergi sambil berlari membawa sebilah pedang sakti dan sekumpulan Satria Negara. Penjaga telah membuka sedikit ruang pagar lut sinar untuk membenarkan pemuda itu pergi menyalahkan orang misteri itu. Buat masa ini serangan keatas istana berkurangan yang tinggal hanyalah Naga besar yang masih gagah dalam cubaan meruntuhkan Istana.

Permaisuri masih lagi tenang mendiamkan diri duduk di kerusi agamnya. Hanya dayang – dayang sahaja yang setia menunggu dalam keadaan melutut berbaris dihadapannya walaupun istana itu dalam keadaan bergegar dan ada cebisan kaca serta batu delima di dinding atap sudah mulai perlahan-lahan menghujani mereka.

Kini, wanita yang berselubung tadi berjaya dijejaki oleh seorang pemuda yang berani dan sekumpulan askar. Hembusan nafas cemas wanita ini dapat aku dengari. Kami berdua mengambil ribuan langkah mengharungi hutan tebal sambil ditembak dan dipanah oleh askar tetapi malang sekali kerana ratusan butir peluru mahupun puluhan anak panah langsung tidak mengenai. Aku mula memperlahankan larian dan akhirnya berhenti. " Tempat ini adalah penamat bagi mimpi ini. Setiap kali bermimpi, aku berharap agar dapat disingkatkan terus ke bahagian ini." Seluruh badan wanita itu dilindungi oleh satu lapisan cahaya yang berwarna merah keunguan.

Di dalam hutan tebal, pemuda yang memakai seutas kalung berbuahkan Kristal merah sedang gigih berlawan dengan wanita yang berjubah tadi. Satu letupan besar berlaku lagi. Pemuda itu terjatuh kerana terkena akan sumpahan dan mengalami pertumpahan darah yang banyak. " Hahaha, sungguh lemah waris kerajaan Exorria!!!" Wanita misteri itu berdengus sambil memperlihatkan tongkat hitam yang baharu sahaja dikeluarkan dari dalam jubahnya. Wanita itu mula membaca jampi sambil pemuda itu bangun kerana dicekik oleh satu tangan halimunan. Tangan kanan wanita itu pula menepis sekumpulan askar yang mahu membantu lelaki itu. Askar-askar tadi terpelanting dan jatuh ke lantai tanpa sedarkan diri.

Wanita itu menghampiri pemuda lalu meragut Kalung milik pemuda. Pemuda meronta mahu dilepaskan. Lalu , dia jatuh setelah dicekik kuat. Pemuda yang sudah tidak berdaya melihat wanita berjubah memasukkan kalung miliknya kedalam sebuah karung sakti. Walaupun sudah mengalami cedera parah hampir diseluruh badan, dia tetap bangun berdiri dan mahu membunuh wanita itu dengan menggunakan pedang sakti api miliknya. Wanita itu malahan ketawa lalu menyebarkan satu jampi yang sangat dahsyat sehinggakan pemuda itu terpelanting dan pedangnya terpacak diatas tanah tidak jauh daripadanya. Seluruh langit yang bewarna hitam menjadi merah menyala dan kemudian berubah menjadi hitam kembali. Hujan lebat mula membasahi semua askar di dalam hutan yang sudah cedera parah dan mati. Kilat juga sabung-menyabung dilangit.

Aku berasa lega. " Senario yang kerap diputarkan setiap kali aku terlena telah berakhir. Aku pula yang berasa kesian. Kerana aku percaya, pihak jahat telah menang dalam peperangan ini. Namun,...."

Kemudian bunyi seekor raksasa mengaum dengan kuat kerana gembira. Wanita itu ketawa gembira sambil lingkaran api keunguan pula terbang mengelilingi badannya. " Akhirnya aku dapat mencuri ketiga-tiga batu sakti ini!! Hahahaha, baru puas hati aku!!!! Hantarkan Kalung ini jauh daripada dunia ini!!" Kata wanita itu sambil menampakkan senyuman jahatnya.

Semua haiwan dan raksasa musuh menjadi debu yang bercahaya kemerahan berterbangan setelah hujan turun. Sebilangan askar yang selamat diperkarangan istana hanya terpinga-pinga melihat keadaan sekelilingi. Apabila Permaisuri membuka mata, air mata umpama Kristal membasahi pipinya lalu pintu istana tertutup. Sinaran bewarna merah menyala pula menyelubungi seluruh langit buat kali kedua. Setelah peristiwa itu, Exorria menjadi sebuah negara hitam.

" Kini, aku pula berdiri sendirian di dalam gelap. Hanya menunggu saat untuk bangun daripada tidur." "...." " Kenapa aku masih lagi tidak boleh bangun daripada mimpi ini?" Aku berlari tanpa menemui jalan keluar.

Pada tahun 806 Walfariet, 98 tahun kemudian. "Langit masih bewarna hitam. Gelap dan sunyi. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan segala-galanya telah menjadi batu. Bayang Pure Werm(kaum ini mempunyai fizikal seperti manusia tetapi darjatnya lebih tinggi daripada manusia dibumi), Pure Bhut (kaum sepenuhnya raksasa), Wermbhut (campuran Pure Werm dan Pure Bhut) juga tidak kelihatan lagi. Istana telah menjadi sebuah kota batu bersejarah. Orang istana, askar-askar dan sesiapa sahaja yang terlibat didalam perang itu juga telah menjadi batu. Semuanya menjadi batu kerana disumpah oleh ahli sihir."

"Siapa itu?" Soal aku tetapi suara wanita itu tetap menceritakan kisah Kerajaan ini tanpa mempedulikan aku.

"Kini sumpahan itu akan dileraikan untuk satu matlamat besar dan penting iaitu menghidupkan semula Raja gelap daripada Kerajaan gelap iaitu Demon. Demon sudah mati ratusan ribu tahun terdahulu. Dia hanya menunggu masa untuk diseru kembali bagi mengembalikan zaman kegemilangannya."

Menunjukkan wanita misteri berjubah yang dahulu telah kembali dan sedang mengguris tapak tangannya menggunakan sebilah pisau belati sakti. Kelihatan beberapa titik darah jatuh kedalam sebuah kawah yang sangat besar dihadapannya. Kemudian dia menghampiri dua orang budak perempuan yang memakai baju seragam sekolah zaman kini. Kedua budak sekolah itu sudah diikat kemas dengan seutas tali sakti. Manakala mulut telah dijahit menggunakan benang magis. "Jangan takut, kamu berdua akan berjasa dan dipandang mulia oleh semua rakyat disini dan semestinya Raja Demon." Kata wanita itu sambil membelai lembut rambut gadis setiap satu. Mata mereka membulat kerana berasa takut melihat akan air yang berbuih dan menggelegak seperti lava yang berada di dalam kawah dihadapannya. "Permintaan terakhir awak berdua sebelum menjadi korban?" Bisik wanita tadi yang kini berdiri di antara gadis. Mulut mereka tidak dijahit lagi. Mungkin akan diberi peluang untuk dilepaskan. MUNGKIN. Rayuan demi rayuan ditambah pula dengan jeritan meminta tolong tidak dilayan olehnya. Lalu, dengan selambanya wanita itu menolak kedua orang gadis mentah-mentah kedalam kawah yang panas. Jeritan dan tangisan maut telah membuatkan wanita itu tersenyum sinis.

Satu letupan bercahaya biru muda dan hijau muda tersebar keseluruh dunia itu. Tiada satu pun yang dapat lari daripada mengenai cahaya itu. Selang beberapa saat kelihatan semua penghuni kembali hidup. Tumbuh-tumbuhan kembali berdaun dan berbunga. Istana juga mula tersergam indah. Mereka, rakyat jelata menjalankan perdagangan, membuat magik, senjata dan pelbagai lagi seperti biasa. Mereka hidup kembali seperti mana mereka sebelum disumpah menjadi batu. Akan tetapi! Wanita itu mengerti risiko jika mereka semua dihidupkan kembali. Oleh itu, dia menghidupkan mereka kembali tetapi mereka semua tidak akan pernah ingat tentang masa silam mereka. Hal selain daripada hal diri sendiri akan mereka lupakan. Mereka hanya bergantung atas satu Maku atau tanda yang sudah diatur oleh wanita itu sebelum hari kebangkitan mereka. Maku yang berada dibawah pergelangan tangan kiri pada semua orang. Itu sahaja tanda yang menyatakan nama dan pangkat mereka.

Hiduplah mereka di dalam dunia yang baru sambil berpeluang menjadi orang yang baru. Tempat ini tidak ubah seperti sebuah pentas hiburan yang terdiri daripada jutaan boneka. Dimana anda yang lemah adalah barang permainan untuk si dia yang berkuasa.

"Semua ini hanya keindahan sementara. Exorria, keindahan sementara. Ingat, inilah Exorria. Exorria."- Suara Wanita Misteri