Chapter 3 - Bab 2

Tahun 808 walfariet, di sebuah perkampungan kecil yang bernama Owlerd, Exorria. Pintu daun pinang dikuak oleh seseorang. Kelihatan seorang pemuda berjalan keluar daripada sebuah rumah kayu dengan membawa sekarung minuman. Kedua belah tangannya dari lengan sehingga ke penumbuk tangannya dibalut dengan kain pembalut kerana mengalami luka. Lalu diminumnya air yang berada di dalam karung tadi. Selepas selesai meminum air, pemuda itu tersenyum melihat kanak-kanak berlari berkejaran mengelilinginya. Tinggal di perkampungan petani ini sangat nyaman. " Abang." Panggil seorang budak yang mempunyai ekor putih panjang yang berbulu lebat. Apabila budak-budak yang lain menoleh kearahnya, mereka terus pergi menjauhi pemuda itu. Pemuda itu hanya terpinga-pinga melihat kearah kiri dan kanan. Sebelum menoleh kebelakang dan tersenyum melihat kearah budak lelaki yang berada di muka pintu.

"Abang, sudah mahu pergikah??" Soal budak tadi sambil berlari mendapatkan pemuda itu. Pemuda itu duduk mencangkung supaya mukanya sama paras dengan muka budak kucing itu. Posisi ini senang baginya untuk berbual dengan budak kecil yang berada dihadapannya. Paras rupa dan bentuk badan masih sama seperti budak normal tapi ditambah sedikit perhiasan comel seperti telinga, ekor dan tapak tangan yang berbulu seperti seekor kucing parsi. " Ya." Kata pemuda itu mengangguk tersenyum sambil mengosok-gosok kepala budak lelaki. " Abang tinggal di sini bersama saya sahaja. Saya tidak ada sesiapa lagi selain ayah. Abang sahaja yang mahu berkawan dengan saya selama ini walaupun saya seekor raksasa seperti ayah. Saya bosan tinggal di sini. Mereka yang lain tidak mahu berkawan dengan saya. Mereka kata saya bahaya. Abang pun tahu bukan??" Kata budak yang mempunyai misai seperti kucing dipipinya. Dia kelihatan sangat sedih. " Adik, abang bukan tidak mahu menemani adik tapi kini sudah tiba masanya untuk abang keluar daripada kampung ini. Abang mahu mengembara ke seluruh pelusuk untuk mencari ilmu. Abang mahu mendapatkan kuasa untuk melindungi kita semua. Itulah impian abang!!!" Kata pemuda itu bersemangat sambil tersenyum lebar. Beberapa penduduk kampung terkejut mendengar pemuda itu menjerit. Pemuda itu akhirnya tertunduk kerana malu.

Budak itu tertunduk sedih sambil melihat budak yang lain bermain dengan girang. "Adik dengar sini. Abang perlu keluar. Mana tahu abang boleh jumpa orang seperti adik dan bawa adik bermain bersama mereka." Kata lelaki itu lagi. " Kalau begitu, abang bawa saya bersama. Saya raksaksa. Semua takut dengan saya." Budak itu merengek. "Hey, adik bukan raksasa. Adik adalah budak yang paling unik yang pernah saya jumpa. Adik lain daripada mereka semua. Abang percaya adik ada kelebihan tersendiri seperti ayah. Lagipun abang hanya pergi untuk beberapa bulan sahaja. " Kata pemuda itu sambil memegang kedua belah telinga budak itu. "Kampung ini hanya didiami oleh kaum Pure Werm dan ketuanya adalah ayah saya daripada kaum Wermbhut. Di kampung ini hanya ada dua orang sahaja daripada golongan itu.." Bisik hati pemuda itu.

"Sesudah pergi, jangan awak berpatah balik nanti, pemalas." Seorang lelaki yang berkepala kerbau hitam keluar daripada rumah tadi datang menghampiri pemuda itu juga. Badannya sasa dan berotot seperti manusia tetapi mempunyai dua pasang kaki seperti kerbau. Pakaian kain yang diikat pada besi dibahagian dada miliknya kelihatan agak lusuh. " Hah, saya tidak akan." Kata pemuda itu dengan mimik mukanya yang serius dan segera berdiri. Tidak sampai beberapa saat memerhatikan wajah lelaki kerbau itu, tiba-tiba pemuda itu terus memeluknya. Pemuda itu tersenyum. "Jangan pandai-pandai pula awak ajak Kitten pergi keluar daripada kampung ini. Di luar sangat bahaya kecuali untuk orang macam awak. Budak nakal." Kata lelaki kerbau itu kemudian tersenyum. Lelaki kerbau itu menepuk-nepuk belakang pemuda itu sambil tersenyum. Pemuda itu yang masih lagi tersenyum membuka pelukannya. "Saya sudah mahu berangkat,." Kata pemuda itu sambil melihat penduduk kampung mula memerhatikan mereka berdua. " Hati-hati ya dalam perjalanan." Hati lelaki Kerbau berbisik membaca mimik muka pemuda. " Ya, baiklah. Saya akan berhati-hati." Kata hati pemuda itu sambil tersenyum girang. Mereka berdua bercakap melalui hati masing-masing.

"Tolong jaga Kitten baik-baik. Jangan jaga dia seperti awak jaga saya pula." Kata pemuda itu bergurau dengannya. " Awak lain, Kitten lain." Kata lelaki kerbau itu sambil memeluk tubuh. Pemuda itu hanya tertunduk tersenyum sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. " Baiklah. Saya sudah mahu…" " Tunggu, saya hampir lupa untuk…." Lelaki kerbau mencelah sambil mencari sesuatu di dalam kocek seluarnya. Pemuda itu hanya menunggu. " Saya jumpa ini. Saya harap awak jaga benda." Kata lelaki kerbau sambil memegang seutas Kalung berbuahkan logam bulat dengan ukiran jampi. Ukiran jampi itu bercahaya kemudian kembali seperti biasa. " Benda ini…." Mata pemuda itu membulat melihat kearah Kalung itu." Kalau awak tidak mahu tak mengapa." Katanya sambil mahu menyimpan Kalung itu kembali. Tetapi tangannya dipegang erat oleh pemuda itu. Lelaki Kerbau terkejut lalu melihat kearah pemuda yang kini sedang menahan sebak. " Terima kasih, Ayah." Kata pemuda itu sambil memegang Kalung itu dan memeluknya kembali.

" Sudah lama awak tak panggil saya begitu. Benda ini dapat melindungi awak daripada sebarang sumpahan jahat. Saya harap ianya berguna untuk awak, budak nakal. Anak ku." Kata Ayah. Pemuda itu segera melepaskan pelukannya dan memakai kalung itu dilehernya. Pemuda itu tersenyum sambil memegang buah Kalung yang kini selamat tergantung didadanya. Kemudian pemuda itu tersenyum lagi bersama ayah. " Abang.." Rayu Kitten sambil memegang erat tangan pemuda itu. Pemuda itu hanya tersenyum sambil melepaskan lembut tangan Kitten dan pergi meninggalkan mereka. Pemuda itu menoleh kebelakang.

" Hey Kitten, jangan bersedih lagi. Saya akan kembali. Percayalah." Kata pemuda itu tersenyum sambil melambai kearahnya. Kitten juga terpaksa tersenyum sekejap untuk melambai kearah lelaki itu dan terus memeluk ayah. " Hati-hati, budak bertuah!!" " Ya, semoga dapat menimba banyak ilmu!!" " Selamat jalan!!" Kata pekerja-pekerja ayahnya yang berada berhampiran sambil melangkah kehadapan sedikit untuk melambai kearah pemuda itu. Pemuda menoleh kehadapan semula sambil membetulkan tali pemegang pedang api yang diletakkan dibelakangnya. "Sebenarnya hati saya masih berasa sangat berat untuk meninggalkan kampung halaman. Walau apapun, sekarang bermulalah perjalanan sebenar kisah kehidupan saya. Sebagai seorang pengembara!!!" Bisik hati pemuda itu sambil melangkah pergi.

Bandar Qwelia. Pemuda itu memasuki sebuah bandar yang dipenuhi oleh dua kaum sekali. "Eh,tempat ini dipenuhi dengan kaum WermBhut selain daripada kaum Pure werm. Kenapa ayah tidak pernah beritahu bahawa di bandar banyak orang seperti dia dan kitten. Adakah dia sengaja? Cis, orang tua memang pandai berahsia. Patutlah dia tidak benarkan saya pergi ke bandar. Ini rahsia dia rupanya. Dia pasti tersenyum sekarang kerana berjaya memperbodohkan saya selama ini. Kitten juga." Pemuda itu tersenyum girang teruja. Dia tahu Kitten tidak akan berseorangan lagi selepas ini.

Walaupun pada mulanya pemuda itu terkejut dan sedikit takut tetapi setelah ditegur ramah oleh beberapa raksasa, pemuda itu mula menyesuaikan diri semasa berada disitu. " Dua kaum ini boleh hidup bersama dengan baik sekali." Kata pemuda itu. Pemuda itu kemudiannya melihat kesibukan penghuni di sini berniaga, bekerja, mengajar magik dan pelbagai lagi. Banyak kedai mewah berbaris disepanjang bahagian tepi jalan. " Adakah ini syurga dunia?" Bisik pemuda itu teruja melihat barang-barangan mewah dan senjata canggih yang dijual disitu. Tapi tidak boleh setanding dengan pedang pemberian ayah. Pemuda itu meneruskan niat asalnya untuk merantau. Kelihatan banyak kumpulan kanak-kanak yang bercampur kaum bermain bersama dengan gembira. " Kadang kala, dunia ini seperti baru sahaja dilahirkan. Ada yang tidak ber bapa dan tidak ber ibu. Semua ini pelik. Saya, saya juga terus besar begini. Sungguh ajaib. Hahaha, seperti ada sesuatu yang tertinggal sebelumnya. Tapi apa?? Mungkin saya masih kecil dan tidak ingat tentang kenangan masa lama saya." Bisik hati lelaki itu sambil teruja melihat sekeliling dan meneruskan perjalanannya. Kereta kuda dan haiwan tunggangan lain seperti biawak besar, gajah, dan garuda sesak memenuhi jalan utama. Sepertinya sedang berlangsung pesta rakyat dimana sudah menjadi kebiasaan penduduk di sini keluar memenuhi kota raya untuk bersuka ria bersama. Pemuda itu berasa tidak selesa lalu segera mengambil alternatif lain iaitu melalui lorong ke lorong kecil antara bangunan kedai yang tinggi.

Pemuda itu berhenti untuk meneguk air bekalannya sebentar sebelum meneruskan perjalanannya. Pemuda yang berada di atas sebuah tangga tinggi dan dibelakangi beberapa bangunan, melihat tegak kearah kawasan hutan yang berada jauh dihadapannya. Dia perlu menuruni tangga tinggi ini untuk melalui satu lagi pekan sebelum memasuki ke dalam Hutan Gelap. Burung layang-layang mula berterbangan berhampiran bangunan dan pemuda. Senario yang sangat indah. Peta lukisan milik ayah diikat kembali dipinggang.

Setelah berjaya menuruni tangga. " Pasar Borong Qwelian? Hanya untuk rakyat Qwelia sahaja kah? Hmm, mari lihat." Pemuda itu melihat papan tanda dan memasuki satu tirai lalu kelihatan satu pasar borong yang sangat besar berada betul-betul dihadapannya. " Kitten, awak pasti tidak akan percaya dengan apa yang saya tengok sekarang ini. Dan awak semestinya berasa sangat gembira nanti." Pemuda itu tersenyum teruja." Pemuda, mari singgah dikedai kami. Ada senjata hebat dijual disini !! mahu tukar senjata juga boleh!! Mari pemuda." Kata seorang lelaki. Sistem barter diterapkan di pekan ini berbeza dengan kota raya di atas sana. Di bandaraya segala-galanya memerlukan wang. " Pemuda, sini-sini. Ada cecair magik yang dapat memikat hati wanita dan juga teruna." Kata seorang perempuan tua sambil mengeyitkan matanya. Suara mereka timbul tenggelam kerana bising." Oh, hahaha. Tidak mengapa. Lagipun saya tidak berminat…" Kata pemuda itu tersenyum malu dan berjalan laju. " Opps, maafkan saya kerana melanggar awak pemuda." Kata seorang wanita tinggi yang mempunyai sepasang tanduk seperti rusa sedang menjunjung sebuah bakul. Bakulnya dipenuhi dengan ubat-ubatan. " Tak mengapa. Salah saya juga. Maafkan saya." Kata pemuda itu sambil berbalas senyuman dan berlalu pergi. Beberapa askar Exorria perlahan melintasi disebelah pemuda itu. Pemuda itu menggenggam erat penumbuknya dan menayangkan wajah geram kearah dua orang askar tadi. Seorang askar tadi menoleh kebelakang untuk melihat kearah pemuda tadi tetapi pemuda itu sudah tiada. Lalu askar itu mengikuti rakannya yang lain untuk membuat rondaan.

Sementara pemuda itu mencuci matanya di sebuah kedai ubatan tradisional, tiba-tiba mata pemuda itu tertumpu pada seorang lelaki yang sudah berumur sedang bertapa seorang diri di tepi sebuah tembok batu. " Pelik, bagaimana dia boleh bertapa ditempat orang ramai begini." Pemuda itu cuba menghampirinya. " Pusat tilikan???" Bisik pemuda itu membaca lembut tulisan purba yang tertulis dikain rentang dihadapannya. Pemuda itu melihat kearah lelaki tua yang berambut panjang dan berjanggut putih itu. Kemudian matanya melihat kearah tangan kirinya. " Light??" Lelaki tua itu bersuara. Pemuda itu terkejut dan terus melihat kearah lelaki itu. " Awak pembawa cahaya yang akan melakukan berubahan pada dunia ini bersama dengan kaum Ningen!!!" Kuat penilik itu bersuara dengan selamba. "Bukankah kaum Ningen itu…" Beberapa orang yang berhampiran mula berbisik sambil melihat kearah pemuda itu. Pemuda itu berasa tidak selesa kerana melihat semua orang sudah mula bercerita mengenainya. " Aku akan bersama dengan kaum Ningen?? Kaum yang paling kejam daripada raksasa?? Tak mungkin." Bisik pemuda itu. Langit berdentum. Semua orang terkejut lalu mengalihkan pandangan kearah langit. Langit bercahaya untuk satu saat dan mula bergelora seperti ombak dilaut. Pemuda berasa pelik melihat pasar yang tadinya bising kini sudah menjadi senyap. "Oh, Tuhan. Ini menandakan Kaum Ningen sudah berjaya memasuki ke dunia ini lagi." Kata seorang wanita separa burung yang mempunyai pelepah memenuhi dari bahagian dahi sehingga kebelakang kepala dan sepasang sayap. " Pihak atasan perlu mempertingkatkan pagar perlindungan untuk melindungi kita semua." Kata seorang lelaki Pure Werm. Beberapa orang mulai berbisik dan kemudian semakin ramai yang berbisik dan bercakap mengenainya. Pemuda melihat kearah lelaki itu sambil menelan air liur kerana berasa takut dengan ramalan yang diungkapkan oleh penilik tadi.

"Tak mungkin, tetapi perubahan yang dikatakan oleh orang tua ini.." bisik pemuda itu sambil melihat kearah langit yang kian rancak bergelora. " Samada kearah baik mahupun buruk. Awak perlu berhati-hati." Kata penilik tua itu sambil melihat kearahnya. Pemuda berasa geram sambil terus berlalu pergi meninggalkan penduduk pekan yang masih melihat kearah langit. Merentasi bandar yang besar sehingga pekan itu telah memakan masa yang panjang. Apabila pemuda itu mahu memasuki hutan. " Hey, pemuda. Hati-hati ya semasa pergi memburu. Awak nampak masih muda dan keseorangan." Nasihat seorang lelaki yang sebelumnya sedang bersembang dengan beberapa orang rakannya. Mungkin mereka juga sekumpulan pemburu yang baharu sahaja pulang dengan hasil tangkapan. Pemuda hanya terus memasuki hutan gelap. " Kemana saya mahu pergi sebenarnya?" Bisik hati pemuda sambil memegang kalung pemberian ayah.

Anne dan Sarra terbaring di satu tempat yang sangat asing di dunia. Tempat ini mempunyai kabus yang agak tebal, sunyi dan dipenuhi dengan pokok-pokok mati. Tanah di sini pula berbatu, tidak rata dan mempunyai banyak rekahan. Kemudian, seekor burung gagak terbang lalu mendarat di atas tanah di sebelah Anne. Jari Anne bergerak dan matanya pula terbuka perlahan-lahan. Anne batuk beberapa kali kerana tersedut akan asap kabus. Anne lihat ada seekor burung gagak dihadapannya. "Saya berada dimana sekarang ini?" Lembut Anne bersuara. Suaranya sedikit bergema dihujung. Anne teringat kembali mereka berdua terjatuh daripada tebing dan masuk kedalam air. Tangan mereka berdua erat berpegangan. Kemudian pandangan matanya semakin kabur dan terus gelap.

Tangannya perlahan-lahan mahu memegang burung itu tetapi burung itu terbang meninggalkannya. " Sarra?!" Apabila Anne mengalihkan badannya, Anne ternampak Sarra yang sudah pun sedar dan sedang termenung memandang langit. Anne mengikuti perbuatan Sarra. "Awan di atas kelihatan seperti air laut yang sedang bergelora dan berombak. Kakak, kita ada dimana sekarang?" Soal Sarra yang berada dalam keadaan basah sambil melihat kearah Anne yang juga begitu. Anne melihat sekeliling lalu bangun berdiri. Begitu juga dengan Sarra.

Mereka berdua hanya berkaki ayam. " Tempat apakah ini? Tempat ini sangat pelik. Sepatutnya kita terjatuh di dalam air tasik tadi dan bukannya ditempat ini. Adakah ini tempat yang dimaksudkan oleh mimpi misteri itu?" Soal Anne sendirian sambil menghampiri dan menyentuh dinding yang berbatu seperti sebuah tebing yang sangat tinggi. Dan penhujung dinding tidak dapat dilihat oleh mereka kerana dihalang oleh awan yang sangat tebal. Mereka merenung kearah awan. "Air tasik sudah menghilang. Sekarang apa?" Anne mengerluh perlahan sambil melihat sekeliling kerana mengenangkan nasib mereka berdua. Angin pula masih bertiup tetapi tidak sekencang tadi dan makin beransur perlahan.

Langit sudah mulai tenang. "Ouch!!" Anne jatuh terduduk apabila cuba memanjat tebing itu. Anne bangun semula untuk mengulangi perbuatannya. Baju mereka berdua juga sudah kering. " Mustahil untuk memanjat semula ke atas. Ianya terlalu tinggi." Sarra bersuara perlahan. "dan ini semua… ini semua salah kakak! Kalau tidak kita tentu tidak akan berada disini!" Jerit Sarra sambil tangannya digenggam lalu diletakkan didada. Menandakan hati sedang berasa sakit. Anne tersentap lalu menoleh kebelakang untuk melihat adiknya. Mata Sarra tajam melihat kearahnya. Anne tertunduk. "Maafkan saya, Sarra. Saya juga tidak sangka yang semua ini akan jadi begini." Kata Anne sambil berjalan kehadapan untuk menghampiri Sarra tetapi Sarra menjauhinya sambil mengelengkan kepala. Anne berhenti menghampiri Sarra. "Saya tahu ini semua salah saya tetapi kalau awak juga menyalahkan saya, saya rasa….." "Bersalah?! Menyesal?! Ini semua seperti sebuah mimpi yang tiada penghujungnya!! Kakak sepatutnya membiarkan sahaja mimpi tak guna ini!!" Kata Sarra yang tiba-tiba memintas percakapan Anne. Suaranya juga bergema menandakan kawasan kosong ini sangat luas. Mata Sarra mulai berkaca dan serpihan kaca yang lembut itu laju mengalir di pipinya.

" Sarra, tolong jangan begini!! Jika kita bersatu mungkin kita berdua akan jumpa jalan keluar.." Kata Anne bersungguh. Kini giliran Sarra tertunduk dan berasa ragu. "Tapi sampai bila?? Saya sebenarnya berasa sangat takut. Takut tidak dapat keluar daripada sini bersama. Saya…." Belum sempat Sarra habis meluahkan perasaannya, Anne telah memeluknya. " Kakak…" Sarra berasa lega berada dapat pelukan kakaknya. " Jangan risau saya berjanji. Kita akan mencari jalan pulang bersama." Kata Anne tersenyum lebar sambil memegang bahu Sarra. Sarra memeluk Anne erat. "Bersama." Ulang Anne bagi meyakinkan adiknya. "Baiklah." Sarra memejamkan mata sambil menganggukkan kepalanya. Air mata laju turun membasahi pipi Sarra.

Sedang mereka berjalan mengakhiri tempat yang berkabus itu, Anne dan Sarra terkejut melihat sekawan burung gagak beterbangan dihadapan mereka dan memasuki sebuah hutan yang semakin gelap. Mereka saling berpandangan, tangan berpegangan erat antara satu sama lain dan meneruskan perjalanan mereka. Harungi kegelapan malam bersama.

" Bersama mengharungi cabaran." – Anne.