Chapter 2 - Bab 1

Kelopak mata Anne perlahan dibuka. " Exorria…." Bisik pemilik mata yang berwarna perang itu. Raut wajah comelnya kelihatan sedikit geram bercampur kecewa. Mujur sahaja dirinya masih bernyawa. Cahaya matahari pagi terik menyinari sebuah kereta pacuan empat roda Pajero sport putih berjenama Mitsubi Ningen sedang melalui jalan yang berbukit. Kelihatan sepasang suami isteri sedang rancak berbual di dalam kereta tadi. " Abang, bagaimana keadaan rumah itu? Besarkah? Cantikkah? " Soal si isteri yang ingin tahu. " Jangan risau, sayang. Walaupun rumah itu tidaklah sebesar mana tetapi mampu menempatkan kita berempat. Lagipun rumah itu sangat cantik tahu." Kata si suami tersenyum lebar sambil memandu. "Abang, betulkah ini?" Suami isteri itu terus bersembang tanpa menghiraukan dua orang puterinya di tempat duduk belakang. Kelihatan dua orang budak perempuan sedang duduk senyap di tempat duduk belakang. Mereka berdua memakai seutas kalung sama yang berbuahkan sebiji Kristal jernih yang berlainan warna iaitu merah dan biru. Sememangnya jalan yang berpusing sangat memeningkan kepala mereka berdua. "Rantai ini pasti mempunyai peranannya yang tertentu." kata Anne sambil dagunya diletakkan disisi kereta untuk merenung ke luar tingkap.

" Saya Anne. Berumur 17 tahun. Saya mempunyai seorang adik yang bernama Sarra. Umurnya 2 tahun lebih muda daripada saya." Bisik hati Anne sambil melihat kearah Sarra. Kepala Sarra sedikit terangguk-angguk kerana tertidur dalam posisi duduk. Anne kembali meletakkan dagunya disisi tingkap kereta." Tahun ini juga telah genap sebulan, saya mengalami mimpi pelik dan ianya berulang kali bermain di dalam kotak mimpi saya. Saya selalu didatangi mimpi tentang sebuah dunia yang menjadikan magik sebagai punca pentadbirannya. Dunia itu sangat berkuasa dan saya kurang pasti kerana mimpi itu tidak memberi peluang kepada saya untuk meneliti di mana sebenarnya dunia itu berada. Hahaha, Anne ianya hanya sebuah mimpi. Siapa mahu percayakannya? " Sedang Anne mengelamun dan bermonolog sendirian. Dia akhirnya ternampak sesuatu yang dapat menarik perhatiannya.

"Sarra…bangun," Anne teruja sambil segera mengesa Sarra untuk bangun daripada terus terlena. " Mmm?? Kakak? Kenapa ganggu saya?? Penat semalam tak habis lagi." Sarra membebel lembut sambil mengeliat. " Maaf. Itu, rumah kitakah?" Soal Anne sambil menunjuk ke arah sebuah rumah di atas sebuah bukit yang dikelilingi oleh hutan Pokok Pain. " Mmm, mungkin." Kata Sarra sambil mengosok-gosokkan matanya "Iya anak-anak ayah, itulah rumah baru kita." Sampuk ayahnya."Cantik bukan?" Soal ayah mereka sambil memiict punat untuk membuka tingkap kereta di bahagian belakang. Anne dan Sarra mengeluarkan kepala mereka untuk melihat rumah itu dengan lebih jelas. " Wah, betullah! Cantiknya!" Luah Sarra yang sama ikut teruja melihat sebuah rumah yang tersergam indah diatas sebuah bukit. Mereka berdua tersenyum sambil merenung kearah rumah itu melalui tingkap kereta yang terbuka luas.

" Pap" Bunyi pintu kereta ditutup. " Wah, cantiknya! Tidak sabar mahu melihat keadaan rumah ini dari dalam pula." Teruja ibu mereka sambil berjalan laju menuju kearah rumah itu. "Bukankah saya sudah kata tadi? Rumah ini sangat cantik." Bangga ayah mereka sambil mengikuti isterinya. " Betul, rumah ini terlalu cantik untuk diberikan kepada kita. Tapi ianya kelihatan sangat sunyi." Kata si isteri sambil membuka kunci pintu rumah. " Ini rumah peninggalan Ayah saya. Saya satu-satunya anak dia. Jadi saya diberikan rumah ini sebagai harta peninggalannya. Rumah agam ini sudah berkurun lama diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Saya ialah generasi yang ke seratus." Kata suaminya bangga. " Hmm, permandangan disini sungguh indah lagi tenang. Jauh daripada kesibukkan kota. Bagus, ibu suka." Borak ibu mereka teruja sambil membuka daun tingkap diruang tamu dan kelihatan ada beberapa ekor burung bangau sedang terbang dilangit.

Anne menutup pintu kereta dan terus melihat kearah rumah yang sangat besar dihadapannya. Sarra pula berdiri dibelakangnya sambil mereka berdua memandang kearah rumah itu. " Rumah ini sungguh cantik dan besar." Bisik Sarra yang berada dibelakang Anne. Anne hanya mengangguk tanda setuju. " Tapi Sarra, saya macam pernah lihat rumah ini….di mana ya?" Soal Anne. " Hahaha, apalah kakak ini, kita baru sahaja lihat rumah ini hari ini." Sarra ketawa. "Mmm…betul juga." Anne tersenyum sambil memandang adiknya dibelakang. Adiknya berjalan meninggalkan kakaknya untuk mengambil barang di bonet kereta." Tapi rumah ini…" Anne melihat kembali kearah rumah agam yang bercirikan Eorupean itu. Sarra yang sedang mengangkat beberapa kotak berhenti berjalan disebelah Anne dan terus melihat tepat kearah mata Anne. Anne juga melihat kearah adiknya." Rumah ini seperti berpenghuni." Kata Anne sambil melihat kearah rumah agam yang besar itu. " Memanglah. Roh datuk dan nenek sentiasa ada untuk menjaga rumah ini." Kata Sarra selamba sambil tersenyum manis.

" Selain itu, roh jahat juga bersama dengan kita semua..eeeee, menakutkan…" Sakat Anne sambil membuat suara seperti berbisik dan pantas melihat muka Sarra yang sudah mulai pucat. " Kakak!! Jangan mulakan semua itu!!" Sarra memarahi Anne. Anne hanya ketawa. Sarra terus berlalu sambil mengangkat kotak tadi dalam keadaan marah. " Anne tolong ibu bawakan kotak-kotak yang lain masuk ke dalam rumah!" Jeritan lembut milik ibunya sedikit mengejutkan Anne. " Baik ibu!....Sarra penakut!!" Anne masih lagi sempat meyakat sambil tersenyum melihat adiknya. "Hey Sarra, di sekolah baru kita. Dengar cerita ramai pelajar perempuan hilang. Misteri bukan?!!! Mahu siasat?" Sarra tidak mempedulikan kakaknya yang sedang tersenyum girang jauh ketinggalan dibelakangnya. Hatinya panas.

"Tidak habis dengan cerita rekaan dia lagi. Hobi kakak saya suka menulis cerita misteri. Hobi yang pelik." Bisik hati Sarra mengerluh sambil mengelengkan kepalanya. Kotak yang diangkat olehnya diletakkan di ruang tamu. Sarra kemudiannya mahu keluar semula untuk mengambil barang lain tetapi berhenti apabila satu gambar besar yang tergantung di rumah agam itu menarik perhatiannya. Sarra cuba meneliti gambar yang tergantung agak tinggi didinding yang dipenuhi dengan ukiran bunga. Muka wanita yang sedang memakai gaun kembang dan duduk di atas kerusi itu sangat cantik dan kelihatan tenang. Mungkin itu moyang ayah. " Sarra cepat angkat barang lain. Nanti tidak sempat untuk siapkan makan malam bersama." Arah ibunya yang berada ditingkat atas. " Ya!!" Lantas Sarra berlari kerana tidak mahu mendengar ibunya berleter.

" Anne, kotak perkakas dapur terus hantar ke dapur ya." Arah ibunya. " Baik, ibu." Sedang Anne meletakkan sebuah kotak yang agak besar di dapur, dia ternampak akan satu lubang kecil yang berada di atas bidai kertas di jendela dapur. Ada cahaya dapat menembusi lubang itu juga. Anne menghampiri bidai itu lalu menarik tali untuk membuka bidai yang telah menutupi pandangan luar daripada sebuah jendela kaca. Mata Anne membulat dan mulutnya ternganga melihat sesuatu dihadapannya. Ianya sebuah tasik yang sangat cantik dan diterangai cahaya jingga kemerahan matahari terbenam. " Ayah, itu tasik bukan?" "Iya, Anne. Sebuah tasik yang sangat luas. Oh, ayah sukanya." Kata ayahnya tersenyum lalu meninggalkan Anne yang sudah ternganga keseorangan.

Di tepi tebing tasik itu. "Cantiknya!! Seperti dalam mimpi." Luah Anne teruja melihat keindahan tasik itu. Anne kemudiannya tergamam apabila tersebut perkataan yang sangat sensitif buatnya. " Hey, Sarra tasik ini besar bukan?" Kata Anne sambil menghampiri tasik itu lalu duduk mencangkung di tepi tasik itu. Pembalikan bayangan wajahnya dapat dilihat jelas di atas permukaan air yang tenang itu. "Betulkah ini tasik? Ianya terlalu besar dan menakutkan." Kata Sarra sambil berjalan menghampiri kakaknya. " Esok boleh kita ajak ayah memancing ikan di sini." Kata Anne sambil berdiri dan tersenyum memandang kearah adiknya. Tiba-tiba, angin lembut daripada tasik bertiup kearah mereka. Kemudian, mereka berdua memandang kearah tasik yang sepertinya tiada penghujung kerana tasik itu terlalu besar. Sekawan burung bangau berterbangan meninggalkan tasik itu. " Kakak, betulkah tindakan ayah dan ibu?" Soal Sarra. "Hmm?? Kenapa tanya begitu?" Soal Anne pelik. "Saya rasa tidak sedap hati. Rasanya ayah dan ibu tiada masalah ditempat kerja. Kita berdua pula, juga tiada masalah tapi kenapa mahu berpindah ke sini?" Soal Sarra sambil termenung jauh. " Oh, ini pasti takut dengan cerita tentang sekolah baru kita tu kan? Hehehe." Usik Anne sambil tersenyum. "Kakak ini suka buat saya berasa takut." Mereka berdua tersenyum sambil berkejaran dan memasuki rumah. " Sarra penakut!!! Huhuhu." Ejek Anne membahannya.

Pada malam itu, Anne terduduk diatas sebuah katil dalam kegelapan malam sambil memegang buku tebal berwarna emas. Biliknya hanya diterangi oleh satu lampu dinding yang berwarna kuning dan malap. Tiba-tiba, pintu bilik dikuak perlahan-lahan. Kelihatan Sarra sedang memegang pemegang yang mempunyai tiga batang lilin. " Selamat malam, sayang kamu berdua. Ibu masuk tidur dulu. Kita sambung kemas rumah esok pagi ok??" Kedengaran suara ibunya yang ceria. " Baik ibu, selamat malam juga." Kata Sarra sambil menutup pintu biliknya dan memadamkan lilin tadi. " Rumah agam ini terlalu besar. Penatnya bahu saya." Kedengaran ibu mereka mengomel sendirian dalam perjalanan memasuki kamar sebelah. Sarra datang menghampiri katilnya lalu terus berbaring diatas katil sambil mengerluh. Kepalanya menoleh kearah kiri. Sarra ternampak Anne sedang tertunduk dan diam. " Kakak," Panggil Sarra lembut. Anne mendongak dan melihat kearah adiknya. " Masih risau mengenai mimpi pelik itu?" Soal Sarra. Anne terdiam sambil melihat kearah bantalnya. " Jangan risau kakak. Mungkin mimpi itu tidak akan menghantui kakak lagi." Kata Sarra sambil menarik selimutnya dan terus tidur. " Tidak kira dimana saya tidur dan pada waktu apa. Mimpi itu pasti menghantui. Bukan takut tapi sudah penat. Sekarang mimpi itu semakin panjang pula." Bisik hati Anne. Tanpa berlengah kerana tidak suka berjaga keseorangan di rumah baru. Anne segera meletakan buku tebal di sisi bantalnya dan terus menarik selimutnya yang tebal. Semoga kesejukkan malam dapat melenakan lagi tidur mereka berdua.

Sarra dan Anne lena tidur di atas katil walaupun guruh berbunyi dan kilat sabung-menyabung di luar. Kemudian, mimpi muncul kembali tetapi kali ini berbeza dan mengandungi mesej yang sepertinya sangat penting." Cukuplah berehat selama ini pewira...Tolong bantu kami di sini wahai pemilik batu sakti bewarna merah…Tolong kami.. tanpa kamu, kami diseksa olehnya….tolong." Lembut suara wanita misteri berbisik di telinga Anne. Tangan Anne memegang erat kalungnya yang mulai bercahaya. " Suara itu lagi…" Dahi Anne sedikit berkerut dalam tidur. "Tidakkah, kamu kesian melihat nasib kami. Tolong ubah takdir kami.Tolong !!! ...tolong .. tolong." Anne ternampak sebuah penduduk kampung diseksa dan dikerah untuk melakukan kerja berat. "Saya tak tahu di mana tempat awak?!" Soal Anne. Lalu, Anne ternampak pula pintu dapur rumah belakangnya terbuka dan dia terus berjalan keluar rumah mengikuti suara itu.

Di luar, langit gelap. Kilat dan bunyi guruh bukan datang daripada langit. Anne terus berjalan kearah bunyi guruh dan suara itu datang. " Mari kearah tasik…" Suara itu membantu Anne untuk menemuinya. Tasik di belakang rumah kelihatan kadang kala bercahaya. Anne segera berlari menuju kearah tasik. Apabila Anne memandang ke dalam tasik itu, ternyata itu bukannya tasik. "Ianya dipenuhi asap bukan lebih tepat ianya awan yang tebal yang bewarna hitam seperti awan yang berada di langit." Kata Anne sambil memandang kearah langit yang ternyata lebih tenang. Apabila Anne mahu memandang kebawah kembali, suara yang meminta tolong itu semakin kuat. " Tolong.." Satu lembaga putih besar dan bercahaya berterbangan muncul daripada awan yang tebal itu. "Huh?!" Anak mata Anne mengecil melihat lembaga yang bercahaya itu menghampirinya.

Cahaya kilat yang sangat terang menerangi seluruh bilik mereka dan guruh berbunyi dengan sangat kuat. "Huh,…" Mata Anne terbuka luas kerana terjaga daripada tidur. Anne memejamkan matanya dan membuka matanya semula. Sukar untuk dirinya percaya. Anne cuba menenangkan dirinya. Dia duduk sambil menoleh kearah Sarra yang sepertinya sedang lena tidur. Sarra tidur dalam keadaan membelakanginya. Sarra tidur mengereng kearah bertentangan dengannya. Bunyi guruh dan kilat berselang seli menghantui Anne. Tanpa berlengah lagi, Anne segera membangunkan Sarra. " Sarra, Sarra bangunlah…." Sarra masih lagi tidur dengan lena dan tidak mengendahkan kakaknya. " Sarra..bangun…huh!" Percakapan Anne terhenti kerana terkejut akan bunyi guruh yang terlalu kuat.

Kemudian, Anne mengalihkan pandangannya kearah jendela kerana seperti diketuk bertubi-tubi oleh seseorang. " Itu hanya angin." Kata Sarra tiba-tiba. Anne menoleh kearahnya dan menghembus nafas lega kerana adiknya sudah terjaga dan duduk di sisinya. Muka Anne berpeluh dengan agak teruk. " Angin diluar terlalu kuat." Kata Sarra lagi. " Sarra, saya mengalami mimpi yang sama lagi. Mimpi yang luar biasa itu menghantui saya kembali. Tempat itu sebenarnya dibelakang rumah baru ini. Tasik dibelakang rumah kita…Patut awak kata tasik itu pelik. Saya juga sepatutnya tahu daripada awal lagi." Kata Anne sambil merenung kearah jendela yang kadang kala bercahaya. " Ianya berada di dalam mimpi saya selama ini." Anne membebel seorang diri. Sarra hanya memandang kearah kakaknya. " Sarra, awak tidak dapat mimpi yang pelikkah selama saya mengalaminya?" Soal Anne yang kembali memandang adiknya. Sarra memandang kearah lain sambil menggelengkan kepalanya. Anne berasa hampa. " Saya mahu cari apa sebenarnya suara itu mahu daripada saya. Kalau begitu…." Anne turun daripada katil dan berjalan menuju kearah pintu bilik lalu memulas tombol pintu.

" Kakak mahu ke mana? Tidakkah kakak berfikir sejenak??" Soal Sarra sedikit pelik. Anne menoleh kearah adiknya dibelakang. Kilat bercahaya lagi." Kakak, ini semua hanya mainan tidur sahaja." Kata Sarra yang terpancar kegelisahan diwajahnya. Anne melihat kearah pintu biliknya pula. " Adik, apa maksud apabila kita mendapat mimpi yang sama selama sebulan?? Setiap malam mendengar keluhan penduduk itu?? Ini semua seperti telah ditetapkan." Kali ini Anne melihat kearah tombol pintu biliknya dengan serius. Sarra hanya tertunduk. " Saya tahu ianya menyeksakan. Tapi kakak perlu tahu. Ini semua tidak masuk akal. Ini semua hanya khayalan semata-mata. Itu bukan tempat kita." Kata Sarra. Anne pula terdiam. " Sarra, saya mahu hari ini jadi hari yang terakhir untuk semua mimpi aneh itu. Saya mahu tamatkannya sekarang juga." Kata Anne berkeras. Guruh masih lagi berbunyi menanti hujan untuk menghujani alam.

Dua pasang kaki perlahan-lahan menuruni anak tangga dalam gelap yang hanya diterangi cahaya kilat dari luar rumah. " Kakak," " Ishh, senyap. Nanti ibu dan ayah terjaga." Kata Anne perlahan. Walaupun sedang geram melihat perangai kakaknya, Sarra hanya mampu mengikutinya daripada belakang. Sarra juga risau jika ada apa-apa berlaku kepada kakaknya. Guruh berdentum sekali lagi. Wajah ayu gambar besar tadi menjadi muram apabila cahaya kilat terpacar menerangi seluruh ruang tamu. Senyuman manisnya sudah tiada lagi. Mereka berdua berjaya memasuki ruangan dapur dan apabila mahu menyentuh tombol pintu dapur, telefon diruang tamu berdering. Pintu dapur perlahan-lahan ditutup. " Furh," Anne menghembus nafas lega sambil mengesat peluh di dahinya. " Jom, kita pergi sekarang, Sarra. Saya tidak sabar mahu mengetahui apa sebenarnya berlaku." Kata Anne sambil tangan kanannya menarik tangan kiri Sarra dan terus berlari menuju kearah tasik itu.

" Betul, di langit tidak ada kilat dan bunyi guruh. Mimpi saya menjadi kenyataan!!" Kata Anne tersenyum sambil berlari memandang kearah langit. Sarra memandang kearah langit yang pada mulanya disinari jutaan bintang mula ditutupi awan hitam. " Adakah semua ini benar??" Soal Sarra sambil menoleh kebelakang, bunyi deringan telefon makin lama makin perlahan akibat bunyi guruh yang semakin kuat. " Ibu dan ayah bagaimana?" Soal Sarra. " Sarra, tengok tasik itu bercahaya menandakan kilat dan bunyi guruh datang daripada sana.." Kata Anne tersenyum sambil menunjuk kearah tasik tanpa menghiraukan pertanyaan Sarra. Sarra mengalihkan pandangannya ke hadapan semula dan terkejut melihat tasik itu. Kemudian, Anne memperlahankan langkahnya dan melepaskan tangan adiknya setelah sampai di tepi tebing tasik. Anne hanya tersenyum memandang kearah adiknya. Sarra berjalan menghampiri Anne dan memandang kedalam awan itu. Angin mula bertiup kencang.

" Ini semua mustahil. Kakak kita pulang sahaja. Kita pergi tidur sahaja. Kita tidak sepatutnya berada di sini. Atau ini semua hanya mimpi?!" Soal Sarra yang tidak mempercayai sambil memandang kakaknya yang hanya memandang ke dalam awan itu. Anne sepertinya sudah dipukau dengan kejadian pelik itu. " Kakak!!" Jerit Sarra sambil memegang dan menggoncangkan tangan Anne. Anne mengalihkan pandangannya kearah Sarra. " Sarra, saya tahu ini tidak masuk akal tetapi saya tidak boleh menghampakan suara-suara itu lagi. Saya tidak mahu dia menghantui saya lagi. Mari kita bongkarkan rahsia suara itu bersama." Kata Anne sambil tangannya memegang tangan Sarra. Kening Sarra berkerut memandang kakaknya. " Saya mahu menolongnya. Jadi tolong, kita pergi bersama?!" Soal Anne kerana terlalu berharap agar adiknya sudi mengikutinya bersama. Sarra hanya membisu dan merenung ke dalam awan itu.

Kemudian Sarra kembali menatap wajah kakaknya yang bersungguh- sungguh mahu meneroka misteri mimpinya itu. Wajah Sarra perlahan-lahan mengukir senyuman dan menganggukkan kepalanya. Anne juga tersenyum. " Mari kita….Huh??!!!" Tiba-tiba satu gegaran kuat berlaku. Kaki Anne tergelincir. " Sarra!!" Jerit Anne dan tangannya sempat menarik tangan Sarra. Mereka berdua jatuh ke dalam awan tebal itu dan hilang kerana ditelan satu cahaya yang sangat terang. Di rumah telefon masih berdering. Ibu mereka segera mendapatkan telefon. " Hello??" Soal ibu mereka kepada pemanggil yang membuat panggilan. " Hello, siapa di sana? Hello?...siapa itu? ... mmm ... awak salah nombor… Tidak mengapa… Sama-sama." Kata ibu mereka sambil meletak kembali ganggang telefon dan berhenti sebentar lalu merenung kearah pintu rumah dapurnya apabila kilat masih lagi bercahaya dan guruh masih lagi berdentum di luar. Kemudian hujan pun turun membasahi luar rumah mereka. "Ah.. Kebelakangan ini asyik hujan sahaja. Musim hujan barangkali." Ibu mereka terus melangkah menaiki tangga untuk memasuki biliknya. Tasik di belakang rumah mereka akhirnya kelihatan apabila awan tebal tadi beransur hilang kerana hujan dan menampakkan tasik yang luas itu. Bulan sabit muncul disebalik awan hitam.

" Saya mahu semua mimpi itu berakhir tetapi sebenarnya ianya adalah permulaan sebuah perjalanan baru kepada kami berdua. Saya tersilap langkah. Tiada istilah berpatah balik sekarang."-Anne