Dengan renungan jahatnya, Sarah pandang belakang badan tu dengan sabar. Dia tunggu masa yang sesuai je untuk tolak perempuan tak guna yang dah rampas perhatian Zander dari dia selama ni. Mana taknya sejak kejadian di perpustakaan beberapa bulan yang lepas. Zander hanya sibuk bercakap dengan Aster. Balik-balik Aster. Itu Aster ini Aster. Sampaikan dia yang dengar berbulu telinga.
Alang-alang peluang ada depan mata, apa salahnya kan!
Dan masa itu la peluang dia muncul.
Kawan ceria Aster si Fiena tu gerak ke depan sikit hendak tunjukkan sesuatu meninggalkan Aster sendirian dekat belakang.
Tanpa berlengah Sarah gerak ke depan mendekati Aster sambil mengetap gigi dan memandang tajam je belakang badan Aster. Bersama dada berkobar-kobar tidak sabar, Sarah angkat tangan dia hendak tolak Aster jatuh ke depan, namun belum sempat dia nak tolak, kolar baju dia di tarik dari belakang secara mengejut.
Secara automatik Sarah gerak hendak jatuh ke belakang, tapi tak sempat sebelum dia di tarik sandar ke belakang pokok berdekatan dan mulutnya di tekup kuat dengan satu tangan. Dia meronta-ronta terkejut dengan tangan menampar-nampar orang di depannya.
Tak lama lepas tu Sarah buka mata nak pandang siapa orang di depan dia ni sekali dia buka mata, Sarah terus menjadi batu, mata dia terbutang luas bila melihat lelaki lampai di depan dia. Wajah tanpa emosi dan renungan maut di tenung Sarah dengan mata menggigil teruk.
"Apa kau cuba buat ha?"
Sarah geleng kepala di balik tekupan mulutnya itu.
"Kau cuba sakiti dia ya?"
Siapa lelaki depan dia ni! Tolong sesiapa selamatkan dia!
"Kau patut fikir dua kali sebelum buat keputusan tu.."
Suara dingin itu terus menerus menyapa gegendang telinga Sarah hingga buatkan air mata mula bertakung dekat kelopak mata dia. Dia pegang tangan tu dengan kuat untuk di alihkan namun tiada gunanya. Lelaki di depannya ini terlalu kuat.
"Sesiapa boleh cari pasal dengan dia kalau nak....tapi jangan sesekali sakiti dia...kau buat dia sekali, aku buat kau tiga kali dari apa kau buat...kau nak sangat rasa ke?"
Sarah geleng kepala. Dia tak nak. Tolong la. Ni pertama kali dia buat semua ni.
"Aku nampak kau dekat dengan dia atau ada sesuatu yang tak elok menimpa dia, kau orang pertama yang aku jumpa. Faham?"
Sarah memejam mata rapat-rapat sambil mengangguk kepala bila suara beraura gelap itu menyapa telinga dia sekali lagi. Dia janji! Dia takkan dekati Aster atau sesiapa. Dia janji!
Disebabkan terlalu takut, Sarah langsung tak sedar tangan yang menekup mulut dia itu menghilang dan lelaki tadi sudahpun meninggalkan dia.
Itu pun lepas dia bukak mata baru Sarah perasan.
Terus terduduk dia dekat situ dengan air mata berjuraian turun. Terkejut dia dengan kehadiran lelaki tadi.
"Sarah?"tegur seorang pensyarah yang tiba-tiba muncul dari balik pokok tu. "Apa kamu buat?Lekas..semua orang dah turun tu..tak ada nak rehat-rehat lagi."
Melompat terkejut Sarah dengan teguran tu. Dia ingatkan siapa tadi.
"Kenapa dengan kamu?Kamu menangis ke?"tanya pensyarah itu sewaktu tunduk mendapatkan Sarah. Dia pegang lengan Sarah dan tarik pelajarnya bangun dari situ.
Sarah hanya menggeleng kepala. Dia tak berani nak cakap apa-apa. Kalau dia cakap bukannya orang boleh buat apa-apa. Lagipun dia yang buat salah. orang tu tak apa-apakan dia. Nak buat report memang tak laku la alasan dia. Malahan dia pulak yang masuk penjara tadi.
"Tak...saya cuma penat."nafi Sarah semasa mula berjalan turun dari bukit itu.
Dia akan ingat muka tu sampai bila-bila!