Chereads / You and Me Never / Chapter 74 - 74.

Chapter 74 - 74.

Pusat Peranginan Mountain Swift

Pusat peranginan yang menjadi salah satu tarikan yang popular di dalam Riverdale. Ianya terletak jauh di atas bukit di belakang pergunungan. Salah satu mercu tanda bersejarah tempat itu. Ianya turut dimiliki oleh keluarga besar Zander sendiri. Pusat peranginan ini mempunyai lima buah resort penginapan untuk para pengunjung yang datang untuk bercuti atau mengambil angin berehat. Selain itu, spot light tersebut antaranya ialah jungle trekking yang sememang popular di situ. Kolam air panas yang dibuka pada waktu malam. dan taman firefly. Bukan sahaja perkhidmatan lima bintangnya saja, makanan di situ sangat enak dan mewah.

"Baik...perhatian kepada semua. Sebelum kamu semua turun, Sir nak beri sedikit briefing kepada kamu. Pertama sebaik kamu turun, beratur di depan kaunter bersama pasangan masing-masing, sebab satu bilik untuk dua orang sahaja. Check in bilik. Kemudian kamu boleh berehat. Siapa yang lapar boleh turun ke hall untuk makan. Setelah itu kembali ke bilik masing-masing kerena esok kita akan bangun seawal 5 pagi untuk mulakan aktiviti jungle trekking kita. Anda faham?"jelas pensyarah di depan bas sambil memegang mikrofon dekat tangan.

"FAHAM~~"balas semua yang ada di dalam bas itu.

"Baik itu saja...tolong jangan tinggalkan apa-apa sebelum kamu turun, sampah ke beg ke apa...pastikan bawa semuanya..."pesan pensyarah lagi sambil itu.

Mereka semua yang ada di situ mula bangun dan bergerak hendak turun dari situ. Fiena yang duduk di belakang tidak sabar hendak dapatkan Aster. Dia nak duduk sebilik dengan Aster. memandangkan dia dah tempah bilik VIP untuk mereka berdua. Sebaik dia tiba di tempat duduk Aster, senyuman bersemangat dia pudar setelah melihat orang yang duduk di sebelah Aster.

"Kau?"tanya dia dengan muka tak suka.

Azriel dongak memandang Fiena dengan renungan tak berminat.

Fiena kerling ke Aster yang sedang terlena sandar di bahu Azriel dengan kening berkerut. "Apa kau buat dengan kawan aku ha?"tanya dia.

"Hei...Fiena...cepat la jalan orang lain pun nak turun ni.."ujar pelajar lain dekat belakang Fiena waktu itu.

Fiena pandang silih ganti ke belakang dan Azriel dengan muka tak puas hati. Nak tak nak terpaksa la dia turun jugak. Tinggalkan Aster dengan Azriel dekat situ.

Azriel yang mematai Fiena turun dari bas itu hanya membuat muka kejengkelan sebelum pandang ke sisi dia dimana Aster sedang terlena nyenyak seperti bayi. Kepala itu rehat di atas bahunya sejak tadi di usap perlahan.

"Wei...kita dah sampai.."kejut Azriel.

Aster terkutik, namun belum terjaga. Malah dia melingkar kan tangan sekeliling pinggang Azriel tanpa sedar lalu menyandarkan kepala ke dada lelaki itu selesakan diri.

Azriel hanya buat muka sebelum lepaskan hela nafas panjang taktala Aster memeluk erat pinggang dia. Serta merta bau harum dari Aster menerpa hidungnya. Tapi dia tak buat apa-apa. Hanya diam di situ memandang ke depan dimana pelajar-pelajar lain sudah mulai mengosongkan bas tersebut.

Rasa macam dekat awang-awangan je dia masa ni. Sudahla hangat, selesa lagi tu. Tak pernah pulak dia rasa tilam rumah dia sehangat ni. Malah wangi lagi tu. Rasa macam tak nak bangun pun ada. Digesek-gesek perlahan pipinya pada permukaan rata itu dengan senyuman di bibir. Tapi kenapa rata?Siap berdegup lagi tu?Dia berkerut kening tak faham sebelum tangan dia naik lalu meraba permukaan dia sedang berbaring tu.

Azriel pandang ke tangan yang mula bergerak memegang dada dia sebelum perlahan-lahan naik ke leher dia sebelum hinggap di bibirnya lalu berhenti di situ taktala jari itu meneliti bibirnya dengan lama.

WHAT THE HECK!

Mata Aster terbutang luas setelah dia menyedari sesuatu tak kena.

Ini bukan tilam!

Dan dia bukan ada di rumah.

Tilam tak berdegup!

OH.MY.GOD!

Dengan terkejut Aster angkat kepala dia lalu memandang ke tepi dia bersama muka baru bangun tidur dia. Pandang saja Aster ke tepi, dia bertentang mata dengan Azriel yang memberi renungan dingin pada dia.

"Oh my god....sorry.."ucap Aster cepat-cepat sebelum sandar ke tingkap dengan laju-laju. "Saya minta maaf..."ucapnya lagi sambil bawa kedua-dua tangan ke mulut bersama muka hendak menangis sebab takut.

Tanpa berkata apa-apa Azriel bangun dari situ.

Aster perhati tingkah Azriel. Lelaki tu ambil beg dari kokpit simpan beg dekat atas tempat duduk lalu disandang ke bahu. Lalu mengeluarkan beg dia dari situ jugak sebelum pandang dia dengan muka blank. Lelaki ni tak marahkan dia?Azriel Noah tak marahkan Aster Faith yang dibencikan ni? Dia belum bangun tidur lagi?Ke mimpi lagi ni?

"Kau nak termenung dekat situ selamanya atau turun dengan aku sekarang?"soal Azriel dengan mendatar sebelum naikkan topeng mulut dia menutupi mulutnya.

Aster tersentak lalu mengangguk kepala sebelum bangun dengan mengejut. "Saya ba-" BUK! Kepala dia terhantuk sebab tak tunduk. Terduduk semula la jawabnya dekat situ sambil pegang kepala mengerang sakit.

"Auw..."aduh Aster sambil memejam mata.

Azriel melepaskan keluhan letih. "Asal la kau ni menyusahkan sangat. Bangun macam tu je boleh terhantuk. memangnya kau ni budak tadika lagi ke!"bebel dia dengan kening mencerun marah.

OH!

Azriel marah la.

Ni baru la Azriel normal.

Sambil buat muka menahan diri dari menangis dekat situ sebab sakit, Aster capai beg sandang dia dekat lantai lalu dipeluk rapat ke dada sebelum bangun perlahan-lahan untuk keluar dari situ. Sudah la dia baru bangun tidur, memang la mamai, lagi-lagi dalam keadaan terkejut tadi. Mana la dia nak peka.

Azriel berdiri dekat situ sampai Aster keluar dari tempat duduk dan berdiri dekat depan dia.

"Sakit tak kepala tu?"tanya Azriel dengan nada jengkel.

"Mm."jeda Aster sambil pegang kepala dia yang masih berdenyut tu.

"Hii..belum apa-apa lagi dah macam-macam kau ni.."keluh Azriel lagi.

Mereka berdua kemudiannya turun dari bas tu, yang mana disambut oleh Fiena yang sejak tadi menunggu Aster sejak tadi. Sekali dia nampak Aster pegang kepala, lekas-lekas dia dapatkan Aster.

"Aster...kenapa dengan kau?Huh?"tanya Fiena sambil pegang kepala Aster lalu ke Azriel yang kemudiannya berdiri dekat belakang sambil pegang dua beg dekat tangan.

"Aku terhantuk masa bangun tadi."jawab Aster sambil turunkan tangan dia dari kepala.

Kening Fiena mencerun ke Azriel. "Dia buat kau?"

Aster palingkan kepala ke Azriel sebelum hulur tangan hendakkan beg dia dari Azriel. "Tak...aku yang salah.."jawabnya sambil tu.

Dengan muka tak puas hati Azriel serahkan beg tu pada Aster sebelum gerak masuk ke dalam bangunan. Meninggalkan dua orang itu di situ.

Fiena menggeleng kepala bila dengar.

"Apa la...macam mana boleh terhantuk."keluh dia. "Jom la kalau macam tu..."ajak Fiena sambil pegang bagasi merah jambu besarnya bersama sewaktu rangkul lengan Aster.

Sambil sandang beg ke badan, Aster tunduk memandang ke bagasi Fiena. "Tak penat ke kau heret beg besar-besar macam tu tu?Bawa apa je?" tanya dia sewaktu mereka jalan seiring melalui lorong bertar itu.

"Biasa la.."jawab Fiena dengan ketawa kecil dia.