Malamnya lepas mereka semua check in. Aster dan Feina duduk dekat bilik VIP yang Fiena booking awal. Terkejut jugak Aster lepas dia tahu yang keluarga Fiena owner tempat ni sekali masa berborak dengan Fiena sebelum tidur. Banyaknya Fiena yang bercakap. Aster hanya mendengar. Well anak orang kaya ada cerita yang lebih menarik nak dicerita kan?
Esok paginya Aster dan Fiena bangun seawal 4 pagi untuk bersiap sebelum turun berkumpul di kawasan lobi. Yang mana pada masa itu sudahpun dipenuhi dengan peserta jungle trekking yang lain. Tepat jam 5 pagi, pensyarah dan pengiring yang bertanggunjawab untuk aktiviti pada hari itu beri breifing kepada mereka semua.
Kemudian mereka semua sarapan yang ringan-ringan. Setelah itu baru la mereka buat senaman memanaskan badan. Akhir sekali mereka semua di pecahkan kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli.
Disebabkan peserta yang mengikuti aktiviti itu lebih ramai lelaki dibandingkan perempuan. setiap kumpulan hanya terdiri daripada lima atau enam orang perempuan sahaja. Yang lain semuanya lelaki.
Satu kumpulan demi satu kumpulan berjalan naik ke atas bukit dulu lalu ikuti kumpulan yang seterusnya sambil diiringi dengan pensyarah di belakang dan depan.
Disebabkan susunan itu, Aster berpisah dengan Fiena dan terpaksa satu kumpulan dengan Zander. Sementara Azriel berada di kumpulan yang lebih ramai peserta perempuannya dari lelaki.
Yup!
Zander Knight.
Lelaki tu ada sekali dalam kumpulan Aster.
Sedaya upaya Aster cuba jarakkan diri dari Zander dengan mendaki lebih cepat untuk ke atas. Cepat dia sampai cepat dia turun. Tapi itu la...kalau nak dibandingkan kaki dia yang pendek tu dengan kaki panjang Zander memang tak ada chance la jawabnya.
"Hei..."sapa Zander dekat sebelah masa dia tercungap-cungap pegang pokok sebagai penyokong untuk dia berdiri ambil nafas. "You okay?"
Aster palingkan kepala keZander dengan muka merah padam kepenatan kehairanan. Macam mana Zander boleh sampai secepat ni...dengan bersahaja pulak tu. Dia ni dah nak putus nafas di buat gara-gara nak larikan dari lelaki ni. Urgh!
Tak mampu nak melafazkan sebarang kata, Aster hanya membuat thumbs up!
"Jom...awak tak boleh berhenti macam ni..nanti makin penat."ajak Zander sambil pegang belakang beg sandang yang Aster pakai.
Senang je cakap! Zander atlet tak apa la. Dia ni exercise pun malas. Inikan lagi stamina macam orang tua! Bergerak sikit dah termengah-mengah. Memang tak la."No...saya tak boleh.."sebut dia di balik nafas.
Zander tersenyum. "Sikit je lagi..awak boleh buat."paksa Zander semasa pegang tangan Aster dan tarik dia bersama naik bukit di depan mereka dimana pelajar-pelajar lain sedang lalui.
Kebetulan pada masa itu, Sarah, bekas teman wanita Zander turut berada di situ. Dan dia menyaksikan keadaan itu dengan renungan tak suka dari belakang. Sejak dia di situ, Zander sikit pun tak nak pandang dia. Malah budak junior hingusan tu jugak yang dikejarnya.
Zander berdiri dekat belakang menyokong Aster yang berada di depan sepanjang perjalanan tu. Dari satu cenuram ke satu cenuram di redahi mereka semua di situ dengan gigih tanpa seorang pun yang berhenti di tengah jalan.
Dekat sejam lebih macam tu, barulah Aster tiba di puncak bukit tersebut. Perasaan lega tu jangan cakap la! Memang melutut syukur terus dia dekat situ. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa leganya dia waktu itu.
Zander yang sejak tadi tengok-tengokkan Aster hanya tersenyum. Dia kemudiannya bercakung sebelah Aster menyerahkan satu botol air mineral untuk gadis itu.
"Minum ni sikit..."aju Zander sambil tersenyum kesian pada Aster. Disebabkan dia dah biasa naik turun bukit ni, sikit pun tak terkesan sebab dah terbiasa. jadi penat tu rasa normal je bagi dia.
Tanpa berkata apa-apa Aster capai botol air dari Zander lalu dibuka dengan rakus sebelum diteguk tanpa waspada. Akibat kegopohannya itu, Aster tersedak air mineral tersebut lepas tercekik sikit dalam tekaknya masa minum.
"Uhuk!Uhuk!"terbatuk-batuk Aster masa dia tepuk dada untuk soberkan rasa tersedak tu. Rasanya waktu tu ibarat macam baru tenggelam dalam air. Sebunya sakit sampai ke otak wei!
Zander yang tengok keadaan itu cepat-cepat tepuk belakang badan Aster dengan cemas. "Kan...kenapa tak minum perlahan-lahan tadi." ujar dia.
Aster angkat tangan sambil tolak sikit badan Zander jauh dari dia. Well...jangan nak ambil kesempatan dalam kesempitan bro. "I'm fine.." sebut dia dengan susah payah menelan air liur hendak hilangkan rasa tersedak itu.
"Aster!"laung suara ceria itu tak lama kemudian.
Dengan lekas, Aster angkat kepala sebelum ternampak wajah teruja Fiena dari kejauhan. Nampaknya ada yang tak terkesan dengan pendakian ni jugak la!
"Oh no..."Fiena bercakung depan Aster dengan wajah hairan. "Apa kau dah buat dengan dia Zander?"soal Fiena sambil seka air mata Aster dengan hujung lengan hoodie yang dipakai dia.
"Aku pulak...dia tersedak okay.."jawab Zander.
"Aku okay...jangan risau. Bila kau sampai?" tanya Aster yang sudah kembali tenang dari batuk dia.
"Lama dah...dekat 10 minit macam tu...kau baru sampai eh?"Fiena pegang lengan Aster dan bantu kawannya berdiri sebelum tilik badan itu dari atas ke bawah nak pastikan Aster tak apa-apa.
"Mm...."angguk Aster.
"Sini...aku nak ajak kau tengok something.." Fiena tarik tangan Aster ke satu arah.
Zander yang ditinggalkan dekat belakang tunduk kutip botol dan beg sandang Aster lalu ikut langkah mereka bersama kemudian.
Setelah berjalan keliling bukit tu, Fiena bawa Aster menghadap pemandangan matahari terbit pagi itu. Bukan saja mereka berdua sahaja ada di situ, tapi kebanyakan para peserta yang lain sudah pun berkumpul di situ. Ada yang rakam video ada yang ambil gambar. Ada juga yang hanya berdiri di situ melihat pemandangan matahari terbit.
Tergantung mulut Aster lepas lihat keindahan kejadian semula jadi didepannya. Dengan lebar dia tersenyum melihat cahaya matahari yang perlahan-lahan membias ke mata lalu ke wajah sebelum ke tubuh dia sepenuh. "Cantiknya..." gumam dia dengan perlahan.
"Kan?Kalau tengok matahari terbenam lagi cantik.."ujar Zander dekat sebelah kiri Aster.
"Ha'ah...betul tu.."angguk Fiena sambil rangkul lengan Aster. "Mama dengan papa selalu datang sini kalau dia orang cuti atau tak ada kerja nak buat..."
Zander palingkan kepala dia ke sisi untuk melihat Aster. Dan bila dia lihat Aster tersenyum indah, dia pun ikut tersenyum. "Cantiknya.."sebut dia tanpa sedar semasa memandang Aster.
Bersama sisa senyuman di bibir, Aster turut berpaling memandang Zander. "Huh?"dia jungkit kening lepas dengar komen tu.
"Cantik..." Zander tersenyum dengan manis pada Aster semasa memandang tepat ke mata itu.
Aster tergamam dekat situ. Siapa yang Zander panggil cantik?Dia?Ke matahari depan mereka ni?
Kalau Zander maksudkan ialah dia, lelaki ni memang dah rabun agaknya.
Tang mana cantiknya?
Sudah la rambut dia kusut masai macam apa!
Peluh lenjan membasahi wajah dan leher, siap rambut melekat-lekat lagi tu dekat dahi dan tepi muka dia.
Muka jangan cakap la. Merah agaknya macam udang rebus!
Cantik...Psst!Yalah tu!
"Okay semua! Kita akan rehat sekejap sebelum gerak turun semula. Jadi diminta jangan merayau ke mana-mana dan berkumpul setempat dengan rakan-rakan sekumpulan!"laung pesyarah melalui megaphone dia.
Dengan serentak Aster, Fiena dan Zander palingkan kepala ke arah pensyarah itu. Dan pada masa yang sama Aster terpandang Azriel tak jauh dari tempat dia berdiri. Dan lelaki tu sedang berdiri sambil di kelilingi beberapa orang student perempuan yang seperti cuba hendak cari perhatian lelaki itu.
Azriel menjadi Azriel, dia hanya beri muka 'i don't give a f*ck' seperti yang dia biasa dia buat kepada pelajar-pelajar perempuan di situ.
Aster yang perasan hanya geleng kepala tak percaya dengan sikap dingin Azriel itu.
Siapa je la yang bertuah jadi pasangan encik grumpy dia tu nanti.