Chereads / You and Me Never / Chapter 73 - 73.

Chapter 73 - 73.

Dua bas di parkir depan laman kolej, sekitar 70 orang pelajar berada di sekitar bas tersebut dengan beg travel masing-masing. Ada juga yang bawa bagasi bersama. Ramai-ramai di situ,Fiena paling ketara kerana pakaian dia yang lebih flashing dari yang lain. Semua dekat situ pakai pakaian warna gelap dan tidak terang. Sementara Fiena dia kenakan baju yang berwarna ceria dan terang. Dengan kasut sneaker mahal dia yang bertatahkan permata dan berwarna merah jambu terang buatkan penampilan gadis itu seperti patung barbie. Fancy sangat!

Aster dekat sebelah hanya ringkas mengenakan jumper oversized milik Ashton dan legging hitam. Lalu berkasut sukan warna kelabu biru. rambut panjangnya diikat tinggi ke belakang. Disebabkan mereka hanya tinggal di sana tiga hari dua malam, Aster hanya bawa yang penting saja. Nak bawak banyak-banyak leceh. Kalau drive sendiri tak apa jugak.

Selepas ambil kedatangan, mereka semua di situ di arahkan untuk naik bas. Aster yang terlebih dahulu masuk dapat tempat duduk sebelah tingkap. Fiena dekat bawah tersekat sebab dia bergelut hendak masukkan bagasi besar princess dia yang entah apa-apa diisinya dalamnya ke dalam tempat bagasi bas.

Aster keluarkan ipod dari beg sandangnya dan di cucuk dengan earfonnya sebelum dipasang ke telinganya. Teringat yang dia ada gula-gula getah dalam beg, Aster pun tunduk ke bawah semula untuk selongkar isi begnya sekali lagi.

Pada masa Aster tunduk, waktu itu jugala tempat duduk di sebelahnya di duduki seseorang.

Tegak saja Aster dari tunduknya dia buka pembalut gula-gula getahnya. Sebaik saja dia keluarkan gula-gula getah tu dikeluarkan dari pembalut, dia masukkan ke dalam mulutnya sambil palingkan kepala ke sisi sebab baru perasan ada yang duduk di sebelahnya. Memikirkan Fiena adalah rakan dia. Aster sama sekali tak expect apa-apa.

Toleh saja dia ke sisi, Aster membatu di situ dengan gula-gula getah terjulur keluar dari mulutnya lepas pandang siapakah orang yang sedang duduk di sebelahnya itu.

WHAT A FREAKING F*CK!

Dengan mata terbutang luas, dia pandang tepi muka lelaki yang mengenakan hoodie hitam, berkaca mata hitam dan bertopeng mulut yang sedang duduk di sebelahnya. Kata tak datang?Dah tu siapa yang duduk sebelah dia ni?

Perasan dirinya di perhatikan, Azriel palingkan kepala dia ke Aster. Tanpa berkata apa-apa dia hanya pandang Aster yang sedang termangu memandangnya dengan gula-gula getah terjulur dekat mulut macam tu.

Cepat-cepat Aster sedarkan dirinya dan memasukkan gula-gula getah itu sepenuhnya ke dalam mulut sebelum bersuara. "Apa awak buat dekat sini?"soal dia dengan mata naik turun menilik Azriel. Nak pastikan yang lelaki depan dia ni real dan bukan sekadar ilusi semata. "Awak kata awak tak pergi?"

Azriel sandar ke belakang sambil pandang ke depan, tidak mempedulikan pertanyaan Aster. Dan masa itu jugak Fiena muncul dengan muka devastated. Dia berdiri dekat tepi tempat duduk itu dengan muka marah tapi terus berubah bila dia tengok ada orang duduk dekat tempat dia.

"Siapa ni?"soal Fiena pada Aster yang sedang dumbfounded.

"Hah?"nganga Aster kebingungan. Mati la kalau Fiena tahu ini Azriel.

Fiena mencekak pinggang sewaktu mematai lelaki yang berkaca mata hitam dan bertopeng mulut itu. Dia tak kenal sangat sebab tertutup sikit wajah tu. "Hello...pindah tempat lain..ini tempat saya.."minta dia.

Mata Aster bergerak silih ganti dari Azriel ke Fiena.

"Okay semua...duduk tempat masing-masing sekarang. Bas akan bergerak.."arah pensyarah pengiring di depan bas pada masa itu. "Fiena...kamu apa lagi tu...duduk lekas.."

Fiena yang berbelah bahagi nak tak nak pergi hentak kaki tak puas hati bila pandang lelaki di sebelah Aster lalu gerak ke tempat duduk belakang dengan muncung di bibir.

Sambil kunyah gula-gula getah Aster pandang Azriel yang mungkin sedang pejam mata atau tak. Dia tak pasti sebab cermin mata hitam tu terpasang dekat wajah Azriel.

"What do you want mon amour....sit back.."

tegur Azriel dengan nada malas.

"Apa mon?Did you just cursing?"soal Aster bila dengar bahasa asing keluar dari mulut lelaki tu. Kening dia berkerut tak suka.

Azriel palingkan kepala ke sisi lalu memandang Aster sambil turunkan cermin mata hitam itu dari wajah dia. "It not curse..." jawab dia.

"Apa maksudnya?"tanya Aster.

"Kau kan pandai...cari tau la sendiri."balas Azriel sambil tenung ke mata Aster tanpa berkedip.

Aster buat muka menyampah. Ihh...cakap dengan Azriel ni kan hanya buat dia sakit jiwa je tau. Azriel ni kalau nak bercakap dengan lelaki tu dia layan elok-elok...tapi kalau dia nak bercakap dengan Azriel acuh tak acuh je layan dia.

Azriel pandang earfon yang terpasang di telinga Aster sebelum dicapai tanpa bertanya terlebih dahulu. "Kau dengarkan apa tu?"tanya dia sebelum letak earfon tu ke telinga.

Tindakan itu buatkan Aster terpaksa anjak mendekatkan diri ke Azriel sebab tali earfon itu yang pendek. Serta merta buatkan tangan dia terpegang lengan Azriel taktala lelaki itu secara mengejut tarik earfon itu. Terkebil mata Aster masa dia sejengkal saja jarak muka dia dengan tepi pipi Azriel waktu itu.

Dup!Dup!Dup!Dup!Dup!

Dengan laju jantung Aster berdegup sampaikan dia terpaksa tahan nafas sebab terkejut.

Lepas rentak lagu kedengaran di telinga dia, Azriel turut palingkan kepala dia ke Aster. Buatkan mereka bertemu hidung dengan hidung. Mujurla topeng mulutnya terpakai, kalau tak mahunya mereka kiss di situ.

Tanpa alihkan mata dia dari Aster, Azriel tatap mata Aster buat beberapa ketika sebelum kembali memasang earfon itu ke telinga Aster, dan dengan sengaja dia geselkan tangannya pada cuping telinga itu.

"Tastes muzik kau teruk."komen Azriel sambil itu tanpa alihkan mata dia dari mata Aster.

Kening Aster berkerut tak puas hati, lalu dia jauhkan dirinya sejurus itu. Fuh! "Suka hati saya la..citarasa saya...telinga saya..."jawab dia sebelum palingkan kepala ke luar tingkap, dan dalam diam cuba tenangkan jantung dia yang sedang berdegup aneh masa itu.

Tenang! Tenang! Fikir Aster sambil gosok dada dia sembunyi-sembunyi.

Memikirkan perjalanan baru hendak dimulakan, Aster yakin tiga hari dua malam ini akan jadi hari yang panjang untuk dia!