Chereads / You and Me Never / Chapter 71 - 71.

Chapter 71 - 71.

"Bye sayang!"lambai mama Aster dari dalam kereta semasa hantar Aster depan bangunan fakulti.

Aster lambai ke arah mama dia masa kereta tu bergerak pergi. Bersama senyuman di bibir sebab gembira malam tadi dapat call dengan Azriel sampai tertidur, dia mimpi indah. Ahahah!

"Aster!"suara ceria kedengaran dari arah depannya tiba-tiba.

Buatkan Aster yang dengar pandang ke arah itu dengan kening terangkat tinggi. "Oh-Hai Fiena.."lambai dia ke rakannya yang cantik menggayakan pakaian branded. DIa daki tangga itu sehingga tiba di puncak dan menyertai Fiena di situ.

"Macam mana cuti semalam?"soal Fiena sambil rangkul lengan Aster. "Atuk kau dah okay?"

Aster pandang ke depan semasa mereka berdua jalan seiring memasuki ke dalam bangunan dimana sedang sibuk dengan para penuntu lain lalu lalang di sekitar tempat itu.

"Okay...atuk aku cuma batuk-batuk je. Kau buat apa masa cuti semalam?"

"Oh...aku ada fashion runaway dengan mama aku. So kita orang pergi hari sabtu pagi tu, malamnya ada dinner dengan family belah papa aku...ahad tu aku pergi parti dekat kelab malam...aku nak ajak kau..tapi ingatkan balik yang mama kau marahkan kau tak jadi.."cerita Fiena semasa mereka berdiri depan lif tu.

Aster tersenyum nipis. "Kau dah give up nak satukan aku dengan abang kau kan?"soal dia sewaktu tekan butang lif untuk naik ke tingkat atas. Sebab kelas mereka ada dekat tingkat lima pagi ni.

"Ya..."angguk Fiena. "Tapi kan kau jangan marah tau kalau aku cakap ni.."FIena pandang ke sisi.

Kening Aster berkerut, dia pandang ke sisi dengan muka tak faham. "Kenapa kau cakap macam tu?"

Fiena menarik sengih serba salah masa pandang Aster. "Kau tahu kan kita ada jungle trekking hujung minggu ni?"tanya dia.

Aster kecilkan mata memandang curiga ke Fiena. "Ah-ha..kenapa dengan program tu?"soal dia.

"Aku daftarkan nama kau dengan aku untuk aktiviti tu semalam..."jawab Fiena sambil buat muka takut hendak di marah.

"Apa!"Aster pandang tak percaya ke Fiena. "Kenapa kau tak tanya aku dulu?"

"Alah...sorry la. Budak-budak lain dah sibuk cakap kalau lambat tak ada tempat sebab terhad. Aku nak join. Tak nak sendiri, itu aku daftarkan nama kau sekali.."jelas Fiena dengan muka serba salah.

Aster pandang Fiena sebelum lepaskan hela nafas mengalah. Nak di marah kesian, tak dimarah menjadi-jadi. Nak cakap macam mana lagi ni? "Habis tu bayarannya macam mana dah buat ke?"

Fiena mengangguk kepala sambil garu kepala. "Dah.."

"Nak aku bayar berapa ni?"tanya Aster sewaktu pintu lif terbuka. Dia pun berjalan masuk bersama dengan Fiena dekat sebelah.

"Eh..tak payah. Aku belanja kau."tolak Fiena.

"Tak payah mengada-ngada..."kata Aster semasa hendak tekan butang tutup lif itu. "Aku bayar. Tak payah nak belanja aku bagai..."masa itu la seseorang berjalan masuk ke dalam lif tersebut tepat semasa Aster menekan butang tersebut.

Terkejut Aster sebab takut orang tu tersepit. Kenapa la tak menyabar, kena ke main masuk macam tu je masa pintu lif nak tertutup. Lepas dia tekan butang lima, dia palingkan kepala untuk pandang orang tu. Nak tegur, tapi tak jadi lepas sedar siapa orang tu.

"Kau nak mati sangat ke masuk masa pintu lif tertutup...nasib baik sempat."tegur Fiena pada Azriel yang sedang berdiri di tepi kiri lif itu.

Mata Aster terarah pada lelaki yang segak mengenakan jaket varisit warna hitam dengan huruf 'A' besar di dada kiri, di oadankan dengan t-shirt putih di dalamnya. Dengan kemas t-shirt itu di tuck in ke dalam jeans hitam yang menonjolkan susuk panjang kaki milik lelaki tu. Rambut hitam berkilat itu di sisir kemas menampakkan dahi yang luas mintak di kiss. Jari jemari runcing itu pula erat memegang telefon bimbit di tangan.

Azriel angkat kepala lepas Fiena menegur dirinya. Dia beri muka toya pada Fiena lantas menjeling ke anak orang kaya manja depannya itu. Malas nak cakap apa-apa. Bukan bagi faedah pun.

"Jeling-jeling....juling baru tau.."getus Fiena dengan menyampah sebelum silangkan tangan ke dada. Lantas dia pandang ke Aster semula dengan senyuman mesra di bibir. "So kau pergi ya jungle trekking tu As?"

Tersentak Aster lepas dengar nama dia di sebut. Cepat-cepat dia alihkan mata dia dari Azriel ke Fiena.

"Huh?"nganganya terpinga sekejap.

"Kau jadi pergi kan.."ulang Fiena lagi.

Azriel pandang Aster semasa Aster sedang memandang Fiena.

"Ya pergi la...dah bayarkan..kau sendiri cakap kau nak sangat pergi. Nanti pergi sendiri kesian pulak."kata Aster sewaktu melihat reaksi Fiena yang dari risau kepada teruja.

Sambil ketawa kecil, Fiena berkata. "Serius?"tanya dia.

"Ya...tapi aku bayar balik tau..kau jangan nak mengada-ngada bayarkan untuk aku."tegas Aster sambil tunding jari ke Fiena.

"Okay...kau nak bayar ke apa ke...buat la. Asal kau jadi pergi."Fiena peluk bahu Aster lalu rehatkan kepala dia ke bahu Aster. Tengah dia tersengih-sengih tu, Fiena perasan Azriel sedang memandang ke arah mereka.

Aster pandang ke petak yang sedang tunjuk nombor tingkat berapa mereka berada sebelum kerling ke Azriel semula. Tak sangka dia, boleh pulak bertentang mata dengan Azriel masa tu. Terus dia berikan senyuman nipis pada lelaki tu.

Lepas Azriel nampak Aster senyum dekat dia, Azriel kembali tunduk memandang skrin telefon dia. Disentuh itu dan ini melakukan sesuatu.