Excuse me?!
"Mama tak beritahu kau ke?"tanya Azriel yang sedang duduk gaya bos dekat sofa depannya.
Rasa macam tertipu betul.
Ada ke patut!
Bagi tahu la awal-awal, ini tak. Dia dah sampai sini baru nak beritahu yang Elisson keluar untuk medical check up dan terapi selama satu hari ni.
Habis tu dia buat apa dekat sini awal pagi macam ni?
"Tak...puan tak beritahu apa-apa."jawab Aster.
Azriel tutup buku bahasa perancis dia lalu di letakkan atas meja kopi tu.
"Kalau macam tu kau boleh mulakan kelas tutor dengan aku..."aju Azriel sambil duduk betul-betul dekat sofa tu.
Mata kiri Aster mengerenyet bila dengar permintaan itu.
"Hah?"
Azriel jungkit kening kanan dia dengan renungan sinis.
"Kau dah lupa ke apa yang mama beritahu kau awal bulan hari tu...selain Elisson kau kena tutor aku jugak...lagipun hari tu kau dah janji aku untuk ajar aku bahasa isyarat yang kau guna untuk berkomunikasi dengan Elisson."
Aster yang dengar sudah menggigit bawah bibir bila teringat semua tu. Ya tak ya!
"Tunggu apa lagi...mari la kita mulakan."ajak Azriel yang kelihatan tidak sabar-sabar.
Dah tak boleh nak buat apa, Aster duduk dekat sofa di sebelah sofa satu seat Azriel sedang duduk. Beg sandangnya di letakkan ke sisi. "Awak nak mulakan dari mana kalau macam tu.."tanya dia sambil buka beg sandangnya untuk keluarkan buku yang dia gunakan untuk ajar Elisson bahasa isyarat.
Semasa Aster sedang sibuk melihat isi beg, masa itu la Azriel bangun dari sofa tu dan pindah ke sofa di mana Aster sedang duduk.
Sambil pegang buku nota dia, Aster angkat kepala nak pandang ke arah Azriel, sekali dia pandang, TUP! Lelaki tu dah duduk betul-betul dekat depan dia. Terbutang sekejap mata dia menengok lelaki handsome di depannya. Bila masa pulak la lelaki ni pindah ke sini.
"Ajar aku bahasa yang mudah..."minta Azriel sambil bersila sebelah kaki di atas sofa sewaktu menghadapkan badan dia ke Aster, sebelah tangan disiku pada headrest sofa dan kepalanya di topang dengan tangan itu.
"Yang mudah?"tanya Aster.
Azriel jungkit kening tanda 'ya'.
"Okay..."segan Aster bila dia duduk berdepan dengan Azriel rapat macam ni. Rasa macam kena ditemu duga rasanya. Terus lupa dia nak ajar apa.
Azriel hanya diam memerhati Aster seakan gadis itu benda paling menarik dalam ruangan tu. Matanya bergerak setiap kali Aster bergerak melakukan sesuatu. "Cepat la."
"Kalau isyarat ni...maksudnya saya."Aster buat bentuk guna jari dia. "Kalau yang ni, makan...kemudian minum."tunjuk dia pada Azriel. "Kalau awak nak tanya sama ada dia okay atau tak...tunjuk jari ni..."dengan tekun dia tunjuk bentuk-bentuk jari tu.
Masa ni Azriel langsung tak fokus dekat tangan Aster, malahan dia hanya fokus memandang wajah Aster dan bibir itu sahaja setiap kali ia bergerak.
"Ulang balik apa saya tunjuk tadi..."minta Aster selepas itu.
Bersama muka tak berminat, Azriel angkat jari dia dan ulang semula setiap contoh yang Aster tunjukkan tadi. "Saya...makan...minum.."sebut Azriel sambil buat jari itu dengan betul. "Awak okay?Sihat tak?"
Aster tersenyum. "Okay..ingat yang tu dulu. Disebabkan awak dewasa, awak lebih mudah untuk ingat."angguk dia setelah berpuas hati dengan Azriel.
"Ajar aku yang lain...macam....nak beritahu yang kita sayang dan suka dekat seseorang...macam mana isyaratnya?"minta Azriel.
Kening Aster terangkat lepas dengar permintaan tu. Terkejut dia! "Huh?Macam mana nak beritahu kalau kita suka dekat seseorang?"tanya dia balik sebab takut salah dengar ke apa.
"Hu-uh..."angguk Azriel.
Sambil menelan air liur perlahan-lahan, Aster angkat tangan dia. "Awak buat macam ni..." Aster perlahan-lahan tunjuk jari dia pada dadanya. "Saya..."sebut dia sambil memandang Azriel dengan dada berdegup kencang."cintakan..."Aster kemudiannya buat silang pangkah di dada dia sebelum tunding jari ke Azriel. "Awak." Rasa seperti baru sahaja lafazkan perasaan, wajah Aster terus blushing dan dia tundukkan pandangan dia sebab malu nak pandang Azriel.
Azriel yang lihat setiap pergerakan itu memberi renungan berpuas hati. "Kau luahkan perasaan kau dekat aku ke apa ni?"sakat dia.
Kepala Aster tersentak memandang Azriel. Dia pandang cuak ke lelaki tu seperti tertangkap. "Mana ada...awak yang mintak tadi kan..." balas dia dengan muncung tak puas hati.
"Sekarang tunjukkan aku yang lain sampai aku mahir.."minta Azriel.
"Jangan awak nak salahkan saya macam tadi eh kalau saya tunjukkan..."tegas Aster.
Azriel hanya mengangguk kepala.
Baru saja Aster hendak mula mengajar lagi, dia tersedar akan sesuatu. "Oh ya...awak join sekali jungle trekking esok tak?"soal dia dengan renungan berharap.
"Buat apa aku pergi...menyusahkan je.."balas Azriel dengan malas.
Aster angguk kepala faham "Okay.."dia tunduk menyelak buku nota bahasa isyaratnya lalu kembali memandang Azriel untuk ajar yang seterusnya.
Dan sepanjang masa tu Azriel pandang Aster dan beri fokus setiap butir bicara dan pergerakkan yang dihasilkan Aster dengan minat.