Chereads / You and Me Never / Chapter 52 - 52.

Chapter 52 - 52.

Mulanya dia ingatkan nak balik terus, tapi rasa tak elok pulak kalau pergi macam tu je. Jadi dia pergi la cari Tiara nak pamit minta diri. Sekali tu...

"Huh?Bermalam dekat sini?"tanya dia dengan muka dumbfounded. Kalau dia tahu, dia balik terus tadi, tak adanya datang pamit minta diri bagai. "Tak apa la..."

"Dah lewat pun...saya dah hubungi mama kamu tadi minta izin dari dia untuk benarkan kamu bermalam di sini."ujar Tiara sambil tepuk badan Elisson yang sudah di bawa ke bilik baru dan dipakai pakaian bersih. Doktor tadi dah bagi rawatan dan suntik ubat penenang untuk Elisson sebelum beredar.

Mata Aster terarah pada Elisson sekejap sebelum kembali memandang Tiara yang sedang bersimpuh dekat sebelah kanan anak lelakinya.

"Tak apa la puan. Rasa menganggu pulak. Lagipun Elisson dah tak apa-apa. Baiknya saya balik."

"Tiada masalah la...mama kamu sendiri dah beri izin. Jadi kamu bermalam saja di sini. Alang-alang tu boleh la kamu luangkan masa dengan Elisson...dia pasti gembira lihat kamu lagi." ujar Tiara dengan senyuman di bibir.

Aster telan air liur gemuruhnya lepas dengar. Alahhh...lama-lama dia dekat sini, dia takut hati dia ni tak tahan je.

"Tapi puan sa-"

Masa itu la Tiara nampak Azriel berjalan masuk ke dalam bilik tu di belakang Aster."Elok la kamu ada...ni ha. Tolong hantar Aster ke bilik tamu. Malam ni dia bermalam dekat sini..." arah Tiara pada anak lelakinya sekali lagi.

Terus bercemberut muka Azriel lepas dengar. "Suruh la maid sana...kenapa Az pulak.."sungut dia.

"Kamu jangan nak banyak bunyi...sebab siapa semua ni berlaku?"ungkit Tiara dengan muka mak-mak bila marah anak mereka.

Aster palingkan kepala ke belakang, lantas terpandang Azriel yang berdiri tak jauh dari dia sedang bermasam muka. "Tak apa puan...saya boleh balik sekarang dengan naik teksi." kata Aster sambil palingkan kepala ke depan memandang Tiara.

"Ada-ada je la.."renggus Azriel dekat belakang.

Tiara tersenyum senang, dia pandang Aster lalu juih dagu ke Aster. "Dah pergi ikut Azriel sana...untuk baju tukar, kamu pakai dulu baju Azriel...saya tiada baju salin saiz kamu dalam rumah ni..."

"Hah?"nganga Azriel. "Suka hati je mama ni.."

"Jangan nak bising...dah cepat pergi sana bawak Aster."gesa Tiara lagi. "Adik kamu nak rehat."halaunya pada Azriel dengan muka serius. "Dan kamu Aster, jangan segan-segan. Ada apa-apa beritahu."senyum dia pada Aster pulak.

Azriel menjuling mata menyampah dengan layanan bias mama dia terhadap dia. Mana satu anak mama dia ni. Dia ke Aster. Melebih-lebih pulak perempuan menyusahkan ni!

"Hish...dah la. Cepat."sentap Azriel sebelum gerak keluar dari situ dengan muka tak puas hati.

Aster yang rasa serba tak kena tu terpaksa ikut. Dia nak apa kan lagi. Di cakap, tak nak dengar. Di tolak malah kena paksa.

Azriel mulanya pergi ke bilik tidur dia dahulu untuk ambil baju tukar untuk Aster, kemudian baru la dia bawa Aster naik ke tingkat tiga rumah agam itu dimana bilik tetamu terletak. Sesampai saja di tempat itu, Aster di serve dengan sebuah bilik tidur saiznya dua kali ganda lebih besar dari bilik asal dia.

"Saya kena tidur dalam bilik ni ke?"sebut Aster dengan muka cuak.

"Asal?Tak cukup besar ke untuk kau?Nak lagi besar?"soal Azriel dengan jengkel masa letakkan pakaian dia di atas katil lalu menghadap Aster yang kelihatan takut-takut dekat depan pintu bilik tu.

Aster pandang kanan dan kiri dia. Berfikir, entah sudah berapa lama bilik besar ni tak dihuni. Makin takut dia bila fikirkan sebarang kemungkinannya.

Yalah, just imagine okay. Rumah besar, penghuni sikit. Kemudian kalau tak dihuni suatu ruang tu dalam jangka masa yang lama, rasanya siapa yang huni ruangan kosong dalam rumah agam ni?

"Dah la...malas aku nak layan kau."Azriel gerak hendak keluar dari situ dengan muka tak puas hati dia.

Sesaat Azriel melintasi dia, Aster terus cubit kain baju belakang lelaki tu cepat-cepat. Gila apa nak bagi dia tidur sensorang dalam bilik besar ni. Macam mana kalau ada hantu katil muncul?Tak pun momok almari yang bersembunyi dekat dalam bilik pakaian? Huhu...seram dia fikirkannya.

Terus berhenti langkah Azriel lepas dia rasa tarikan kecil pada bajunya. Perlahan-lahan dia palingkan kepala ke belakang bahu dia. Terus dia terarah pada tangan yang mencubit kain baju dia. "Ada apa lagi ni?"deram dia.

Takut-takut Aster angkat kepala lalu memandang Azriel. Setakut-takutnya dengan Azriel. takut lagi dia dengan hantu dan benda yang tak nampak ni. "Saya takut.."sebutnya dengan sangat perlahan.

"Hah?"Azriel nganga sebab tak dengar."Apa kau cakap?"

Aster telan air liur cuak dia dengan susah payah lalu bersuara. "Saya takut dengan bilik besar ni.."

Terus jatuh bahu Azriel lepas dengar. Seriuosly, dah besar panjang pun takut. "Tak ada apa la."

Aster goyangkan baju yang dia cubit. "Hmm...saya tak nak."rengeknya betul-betul tak nak. Dia nak balik! Nak bilik dia!

"Hish! Mengada-ngada la kau ni!"

"Bukan salah saya...mama awak yang paksa..." renggus Aster lagi dengan jengkel.

Lama Azriel perhatikan Aster. Ikut hati mahu je dia campak Aster dekat luar rumah biar minah ni balik sendiri dan dia boleh rehat! "Menyusahkan la kau ni...dah cepat baring sana. Aku temankan."arah dia dengan geram.

Aster pandang terkejut ke Azriel. "Huh?"

"Aku temankan kau sampai kau tidur...dah la cepat. Salin baju tu. Aku tunggu sini."sambil jalan mengheret kaki sebab jengkel, Azriel gerak ke arah sofa sebelah jendela bilik tu.

Aster perhatikan Azriel sehingga lelaki tu baring melunjur dekat sofa tu baru la dia gerak dapatkan pakaian ganti lalu masuk ke bilik air untuk tukar pakaian. Beberapa minit kemudian dia keluar dari bilik air. Pakaian Azriel terlalu besar untuk dia sampaikan longgar-longgar seluar dan baju tu nak terlucut dari badan dia.

Masa Aster keluar, Azriel sudahpun pejam mata dengan tangan bersilang dekat dada. Terkutil-kutil hujung jari Aster naik atas katil sebelum merangkak hendak ke tepi kanan katil. Dekat dengan sofa dimana Azriel baring. Sumpah dia tak main-main yang dia takut. Disebabkan dia dah terbiasa duduk ruang yang kecil dan ramai orang, dia fobia sangat bila tempat tu besar tapi tak ada orang.

"Tutup lampu tu.."arah Azriel dengan nada mendatar dan mata terpejam.

Aster yang baru nak letakkan kepala atas bantal duduk tegak. "Tak boleh ke lampu ni biarkan nyala?"tanya dia dengan takut-takut.

Ekoran terlalu jengkel, Azriel bangun dan terus mengerang bengang. "Hisshh...Kau ni banyak bunyi tau tak! Kalau kau nak tidur seorang, aku blah. Nak aku temankan, matikan lampu tu!"sentap Azriel masa duduk menghadap Aster dengan kening berkerut.

Bercebik bibir Aster lepas dengar. Takut dia bila Azriel sentap dia macam tu. "Saya takut la...katil ni besar sangat. Macam mana kalau saya matikan lampu dan ada momok baring sebelah saya?"marah dia dengan suara kecil.

Kecik besar Azriel perhati Aster ni. Tak pernah la dia jumpa orang pengecut macam perempuan ni. "Fine...lepas ni aku dengar je suara dari mulut kau...aku ikat kau, campak kau dalam stor, duduk la situ dengan momok nanti."ugut Azriel masa bangun dari situ lalu dekati katil itu.

Bulat mata Aster bila dia tengok Azriel naik atas katil lalu baring di sebelahnya dengan kasar. Niat dia nak bukak mulut, tapi bila ingatkan balik ugutan tadi, dia ketap bibirnya rapat.

"Tutup lampu sekarang."arah Azriel yang sudah selesakan diri dalam selimut dan memejam mata.

Tanpa bersuara, Aster tutup lampu. Serta merta bilik besar tu jadi gelap gelita. Hanya cahaya malam di jendela itu saja yang beritahu Aster itu adalah jendela. Yang lain semua kelihatan seakan kelibat hitam menakutkan. Perlahan-lahan dia baring ngiring menghadap ke sofa.

TUP!

Mata dia macam nampak bayang sesuatu yang panjang baring dekat sofa tu. MAK! Terus dia ngiring menghadap Azriel pulak. Dia tutup muka dia dengan bantal! Takutnya! Dia nak balik! NAK BALIK! MAMA!!!!!

Azriel dengar bunyi Aster bergerak-gerak, yang mana menambahkan lagi kejengkelan dia yang sudah menggunung itu. Terus dia buka mata hendak marah, tapi belum sempat dia nak cakap apa-apa, satu terpaan melingkar erat ke sekeliling dada dia.

"Please....jangan marah..."minta Aster di balik pelukannya.

Azriel boleh rasa betapa menggigilnya badan Aster waktu itu. Terus tak jadi dia nak marah. Nampak sangat Aster betul-betul takut sebab Azriel boleh rasa degupan jantung Aster pada badannya waktu tu. Laju sangat.

Apa la yang dia dah libatkan diri sekarang ni!

Tanpa berkata apa-apa, tangan Azriel naik lalu memeluk badan Aster lalu menepuk belakang badan itu untuk tenangkan Aster yang sedang ketakutan itu.

Serius beritahu, ianya membantu. Tak lama lepas tu, Aster terlelap di atas dada Azriel tanpa Aster sedar