Lepas Aster balik rumah, Aster ceritakan semuanya dekat mama dia dan Ashton, memandangkan lelaki tu ada sekali dekat rumah masa tu. Dan macam mana dia boleh cedera. Kedua-dua mereka dengar dan terima berita tu dengan baik. Tak ada nak marah-marah. Cuma papa Aster je la kurang senang sikit dengan kecederaan yang menimpa Aster. Beliau tak salahkan Elisson tapi Aster sendiri sebab cuai untuk tidak cuba lindungi diri untuk sebarang kemungkinan.
Ahadnya Aster luangkan masa tolong mama dia kemas rumah dan memasak. Sementara Ashton tolong ganti tempat papa Aster untuk kemas barang yang berat atau kerja yang perluka tenaga lelaki. Sampai nak makan tengah hari, mereka semua berhenti bekerja dan duduk lepak dekat ruang tamu. Menunggu kehadiran keluarga Ashton yang katanya nak datang melawat.
"Picit sini sikit.."minta Ashton sambil letak kaki dia atas riba Aster. Kebetulan Aster duduk satu sofa dengan dia.
Aster yang tengah tengok skrin tv sambil borak dengan mama dia terus angkat tangan dan picit kaki tu tanpa sedar.
"Penat ya Ashton?"soal Mama Aster sambil tersenyum kesian ke Ashton. Mana dia tak kesian, hari ni Ashton tolong basuh cuci saluran air dekat atas bumbung dan mesin rumput lama rumah.
"Biasa la. Tak sepenat latihan bola sepak saya." kata Ashton yang baring mengiring menopang kepala dengan tangan kanan memandang tv.
"Mama...papa balik ke nanti?"tanya Aster tanpa alihkan mata dia dari skrin tv.
"Balik agaknya..tapi lambat sikit..."
Ding!Dong!
Tak semena loceng rumah berbunyi. Serta merta buatkan Ashton yang baring itu bangun dari situ lalu lompat melangkaui sofa itu semata untuk cepat keluar dari ruang tamu itu.
"Maksu kamu la tu.."Mama Aster ikut bangun dari situ untuk sambut mereka. "Baik kamu ke dapur sediakan minuman untuk mereka Aster.." arahnya sambil itu.
Tanpa berkata apa-apa Aster gerak ke dapur. Masuk saja dia ke dapur, Aster boleh dengar suara ceria mama dia dan maksunya dari luar lagi.
Gembira betul dua beradik tu.
Aster capai gelas dari kabinet lalu disusun dalam dulang yang tersedia dekat dining table itu. Setelah itu dia gerak ke peti sejuk untuk keluarkan botol jus anggur yang baru dibeli semalam oleh Ashton. Setelah itu dia tunduk ke kabinet bawah untuk keluarkan jag kaca pula.
Jag itu kemudiannya diisi ais melalui ais dispenser yang ada di depan pintu peti sejuknya. Seusai itu, jag tadi diletakkan atas dining table, botol jus anggur yang diambilnya dari peti sejuk dibuka lalu isinya dituang habis ke dalam jag tadi.
Siap bancuh air, Aster gerak ke kabinet sebelah kiri, rak atas sekali dimana balang biskut coklat tersimpan.
Oleh kerana ketinggian dia hanya 155cm sahaja, Aster terpaksa jengket untuk mencapai balang itu. Beberapa kali cubaan dia untuk jengket gagal, Aster ambil keputusan untuk panjat kaunter tu. Geram kot!Penat dia jengket. Buang masa...baik panjat terus. Settle!
Baru sahaja kaki kanan dia naik atas kaunter tu, dua pasang tangan muncul dari belakang lalu mengangkat badan dia turun dari situ.
"Apa kau buat..?"tegur Ashton dekat belakang masa letakkan Aster ke bawah.
Aster berdengus jengkel. "Well..ada orang dalam rumah ni sengaja letak balang biskut aku tinggi melangit...so aku nak ambik.."seloroh Aster masa jeling tak puas hati ke Ashton.
Terus ketawa Ashton lepas dengar. "Ahahaha.. Sedar pun diri tu pendek...padan muka kau. Baru kau tau betapa pentingnya aku dalam hidup kau. Lagi-lagi untuk perkara macam ni.." Ashton capai balang biskut dari kabinet tu lalu diserahkan ke Aster.
Dengan muka bercemberut Aster rampas dengan kasar balang kaca tu lalu dibawa ke sebelah dulang tadi.
"Asal kau dekat sini..pergi la depan sana." halau Aster masa keluarkan pinggan kecik dari kabinet sebelah kabinet gelas. Dia isi pinggan tu dengan biskut.
"Saja tengok apa si ketot ni buat sendiri dekat dapur."
Malas nak balas komen tu, Aster bawa dulang yang berisi jus dan biskut itu keluar bersama dari dapur itu ke ruang tamu.
Ashton dekat belakang ikut dengan wajah sugul.
"Hai Aster..."sapa Maksu Aster sebaik saja Aster masuk ke ruang tamu.
"Hai Aunt...hai uncle.."sapa Aster sambil bongkok hidangkan minuman itu di atas meja kopi sebelum tuang jus tadi ke dalam gelas satu persatu sebelum dihidangkan.
"Bagusnya la anak dara seorang ni. Bertuah la siapa isterikan dia ni..."seloroh paksu Aster.
Aster yang dengar senyum nipis. Selesai dia tuang air, Aster duduk dekat sebelah mama dia, sementara Ashton duduk dekat lengan sofa sebelah mama lelaki itu.
"Dari mana ke mana ni Lissa?"tanya Mama Aster.
Maksu Aster sondong ke depan mencapai gelas minuman itu laku disisip sedikit air untuk basahkan tekaknya lalu memandang mama Aster dengan senyuman di bibir.
"Kami dari rumah hendak ke airport."jawab maksu Aster.
"Nak ke mana?"Mama Aster berkerut kening.
"Abu Dhabi...kami sekeluarga akan pindah ke sana dan menetap di sana. Syarikat induk Mason dipindahkan dekat sana. Jadi kami akan menetap di sana. Kami datang ni pun nak pamitan dengan kakak."maklum maksu Aster.
Aster yang dengar terkedu sekejap.
"Pindah?"tanya mama aster. "Kamu tak beritahu akak pun?"
"Maafla kak...tak sempat. Kami sibuk dengan persiapan.."ucap paksu Aster pula.
Ashton yang dengar hanya tunduk diam menguntil hujung kuku sambil tersenyum nipis.
Aster pandang terkejut ke Ashton. Sampai hati Ashton tak beritahu dia.
"Sejak bila kamu rancang semua ni?"tanya Mama Aster yang kedengaran sedih.
"Dua bulan lepas. Patutnya kami pindah sebelah Ashton start semester akhir dia. Tapi ada masalah sikit jadi kami terpaksa tangguh. Sekarang semua dah settle...itu yang kami nak pergi ni.."jelas maksu Aster dengan renungan serba salah.
"Yalah...kalau kamu dah berkata begitu. Akak doakan yang terbaik untuk kamu sekeluarga." angguk mama Aster dengan pasrah.
"Ashton akan ikut kami ke sana sekali memandangkan kami menetap terus di sana dan dia perlu bant Mason handle company di sana..."maklum paksu Aster sambil melirik ke Aster.
Aster gengam jari jemari dia dengan cemas. Ashton nak pergi jauh dari dia?Dah tu macam mana dengan dia nanti?
"Maafkan aunt Aster sebab tak beritahu hal ni dari awal."ucap maksu Aster dengan muka serba salah pada anak saudaranya itu.
Lepas tu terus Aster bangun dari situ dan keluar dari ruang tamu untuk ke biliknya.
Mama Aster pandang ke Ashton dengan wajah sedih. "Pergi la pujuk dia...kamu sendiri betapa attachnya dia dengan kamu.."minta mama Aster.
Maksu Aster ikut tepuk peha Ashton. "Lekas..kita tak ada masa ni."gesa maksu Aster.
Dengan berat Ashton bangun dari situ lalu gerak ke tingkat atas.