Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Kisah Malaysia Ke Piala Dunia

Hamid_Addin
--
chs / week
--
NOT RATINGS
5.4k
Views
Synopsis
Kali pertama Malaysia berusaha untuk layak ke Piala Dunia ialah pada tahun 1972, selepas kejayaan skuad Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Namun sayang, Malaysia tidak layak. Walaupun ketika mana Malaysia dianggap sebagai gergasi bola sepak Asia, terutamanya sewaktu zaman kegemilangan Super Mokh serta pingat gangsa di Sukan Asia, Malaysia masih gagal layak ke Piala Dunia. Pada tahun 2036, peminat bola sepak digemparkan dengan berita perpindahan penyerang muda negara ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. Tidak lama kemudian, Tan Sri Syed Burhan pula mencipta kejutan apabila berjaya menjadi pemilik kelab bersama bagi pasukan Chelsea. Adakah ini petanda awal bagi kebangkitan bola sepak Malaysia? Seterusnya mampu membuatkan skuad Harimau Malaya layak buat pertama kali ke Piala Dunia?

Table of contents

Latest Update2
Bab 13 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - PROLOG

Kejayaan Hakim Said menjadi pemain bola sepak pertama Malaysia yang dipancing oleh kelab gergasi Real Madrid sangat mengejutkan warga Malaysia. Walaupun masih muda iaitu hanya berusia 18 tahun, namun kelincahan pemain sayap ini sewaktu menyarung jersi kebangsaan dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 peringkat Asia telah membuka mata para pencari bakat terutamanya dari Eropah.

Siapa sangka, pemain muda berbakat ini yang sering dikaitkan dengan kelab Aston Villa sebelum ini akhirnya menandatangani kelab gergasi dari Sepanyol pula!

Pastinya kejayaan Hakim Said ini bukanlah disebabkan 'kabel' atau orang dalam, sebaliknya kehebatannya di atas padang sememangnya diakui oleh legenda bola sepak seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sendiri. Mana tidaknya, dengan usia yang masih muda, Hakim Said bukan sekadar berjaya menjadi pemain utama skuad senior kebangsaan, malah berjaya menjaringkan 12 gol dalam hanya lapan perlawanan sahaja. Rekod yang sangat mengagumkan.

Momentum Hakim Said ini pastinya membuka mata para pemain muda yang lain untuk cuba meloloskan diri agar dapat bermain di Eropah suatu hari nanti, selepas kejayaan pemain muda negara, Luqman Hakim Syamsudin yang menjadi pemain bola sepak negara pertama yang bermain di liga utama Eropah iaitu di Belgium.

Dalam masa yang sama, berita sensasi mengenai Hakim Said ini sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan skuad bola sepak negara yang kesekian kalinya gagal melangkah ke pentas Piala Dunia. Ataupun mungkin para peminat bola sepak negara sendiri langsung tidak menaruh harapan agar skuad bola sepak Malaysia menjejak kaki ke Piala Dunia? Entahlah.

Apapun, syabas Hakim Said!