Kisah Malaysia Ke Piala Dunia

Hamid_Addin
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 5.4k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - PROLOG

Kejayaan Hakim Said menjadi pemain bola sepak pertama Malaysia yang dipancing oleh kelab gergasi Real Madrid sangat mengejutkan warga Malaysia. Walaupun masih muda iaitu hanya berusia 18 tahun, namun kelincahan pemain sayap ini sewaktu menyarung jersi kebangsaan dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 peringkat Asia telah membuka mata para pencari bakat terutamanya dari Eropah.

Siapa sangka, pemain muda berbakat ini yang sering dikaitkan dengan kelab Aston Villa sebelum ini akhirnya menandatangani kelab gergasi dari Sepanyol pula!

Pastinya kejayaan Hakim Said ini bukanlah disebabkan 'kabel' atau orang dalam, sebaliknya kehebatannya di atas padang sememangnya diakui oleh legenda bola sepak seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sendiri. Mana tidaknya, dengan usia yang masih muda, Hakim Said bukan sekadar berjaya menjadi pemain utama skuad senior kebangsaan, malah berjaya menjaringkan 12 gol dalam hanya lapan perlawanan sahaja. Rekod yang sangat mengagumkan.

Momentum Hakim Said ini pastinya membuka mata para pemain muda yang lain untuk cuba meloloskan diri agar dapat bermain di Eropah suatu hari nanti, selepas kejayaan pemain muda negara, Luqman Hakim Syamsudin yang menjadi pemain bola sepak negara pertama yang bermain di liga utama Eropah iaitu di Belgium.

Dalam masa yang sama, berita sensasi mengenai Hakim Said ini sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan skuad bola sepak negara yang kesekian kalinya gagal melangkah ke pentas Piala Dunia. Ataupun mungkin para peminat bola sepak negara sendiri langsung tidak menaruh harapan agar skuad bola sepak Malaysia menjejak kaki ke Piala Dunia? Entahlah.

Apapun, syabas Hakim Said!