Buat pertama kalinya, dia melihat Aiden menangis sejak dia lihat lelaki ini membesar.
Betul la kata orang, no matter who you are, what you are, how strong you are, still when you were in front of your parents, you just a vulnerable kid.
Bersama senyuman di bibir, dia perhatikan dari jauh akan momen ayahanda dan bondanya menangis dan menyambut kepulangan anak lelaki mereka dengan gembira. Sampaikan dia yang tengok sendiri ikut menangis. Tersentuh sebab dapat lihat dua orang ayahanda dan bondanya kelihatan gembira sejak enam tahun kebelakangan ini.
Dengan ini tugasnya sebagai anak sudahpun terlaksana.
Satu sentuhan lembut hinggap di belakang badannya tak lama selepas itu. Buatkan dia berpaling sebelum terpandang Dayang Lucia yang sedang memberi dia senyuman keibuan kepadanya.
"Taniah tuanku."ucap Dayang Lucia.
Dia yang dengar tersenyum senang. "Terima kasih Lucia."ucap Adalina kemudiannya.
"Semuanya berkat usaha putera mahkota sendiri. Kalau bukan kerana baginda yang usahakan pencarian Abang tuanku, mungkin ianya tidak akan menjadi hadiah terbesar buat tuan puteri di majlis perkahwinan ini."beritahu Dayang Lucia.
Senyuman Adalina perlahan-lahan jatuh lepas dengar. Dia berkerut kening semasa memandang Dayang Lucia. "Awak dah tahu tentang hal ni dari awal?"tanya dia.
Dayang Lucia mengangguk kepala. "Jason telah ceritakan segalanya kepada saya pada hari dimana tuan putera Addison pulang dengan Lebam dan luka selepas bergaduh dengan abang tuanku. Buat pertama kali saya lihat Putera Addison begitu. Nampaknya lelaki yang satu ini sanggup lakukan apa saja untuk isterinya ini.."dia pegang tepi lengan Adalina lalu di beri tepukan lembut dengan renungan berminat.
Adalina pun palingkan kepala ke arah Addison yang sedang berdiri di samping Aiden dan menghadap ayahanda dan bondanya. Bersama perasaan tersentuh dan kagum dia pandang muka berseri itu dengan renungan minatnya. Haih...apa la dia nak buat dengan Addison ni. Setiap masa ada saja yang lelaki ni buatkan dia semakin hari semakin jatuh cinta dibuatnya.
"Jadi saya minta tuanku untuk jagala tuan putera Addison dengan sebaiknya. Lindungi dia sekiranya pula. Bantu dia. Pimpin dia. Jadi tulang belakang untuk beliau sekiranya suatu hari nanti menjadi raja buat negara ini. Saya yakin dengan adanya tuanku di sisi Putera Addison, beliau boleh menjadi seorang pemimpin yang Berjaya."beritahu Dayang Lucia lagi sambil pandang pada lelaki yang dulu seorang anak kecil yang kuat menangis dan merengek untuk setiap perkara. Kini sudahpun menjadi seseorang yang boleh di bergantung harap.
Adalina pandang semula ke Dayang Lucia lantas pegang belakang badan itu lalu di dakapnya dengan kasih.
Tindakan itu buakan Dayang Lucia taken back sekejap. namun dia balas pelukan Adalina dengan senyuman senang.
"Terima kasih sebab tolong jagakan Addison dengan baik selama ni."ucap Adalina.
Dayang Lucia ketawa. "Tugas saya...tiada apa yang tuanku perlu berterima kasihkan. Patutnya saya yang berterima kasih kerana sudi terima Putera Addison."
Ketika itu, Jason yang berkawal dalam dewan majlis nampak akan kemesraan antara Adalina dan Dayang Lucia tersenyum sendiri. Berasa senang kerana melihat bakal ratu mereka merupakan seorang yang berendah hati dan tidak meninggi hidung untuk melayani commoner seperti mereka tanpa malu di depan khalayak umum.
Maka berlangsungla majlis makan-makan sebagai jamuan buat para tetamu di situ sehingga lewat malam.
Aiden luangkan masa Bersama Raja Eden, Permaisuri Fiona, Raja Josiah, Ratu Annastasia, Putera Addison dan Adalina sendiri sepanjang masa itu. Lelaki itu menceritakan segala kisah mengenai kehidupan selama tujuh tahun di luar sana. Yang mana Aiden kita mempunyai syarikat sendiri, seorang isteri yang baik lagikan cantic dan dua orang anak kecil seorang lelaki yang berusia 5 tahun, seorang perempuan yang berusia 3 tahun.
Selepas berbincang dan bercadang, akhirnya keluarga Adalina sudi menerima Aiden semula dan berikan semula pangkat pada lelaki itu dan menjemput ahli keluarga lelaki itu tinggal di istana Bersama mereka semula.
Dan sepanjang masa itu, Adalina langsung tak berdiri dekat pada Aiden, yang mana buatkan Aiden kehairanan dan perhatikan Adalina sepanjang sesi makan-makan itu berjalan.
Adalina yang perasan dirinya di perhatikan, saja-saja buat tak Nampak atau tidak pedulikan AIden. Saja nak sakat suaminya kerana geram gara-gara hadiah besar yang lelaki tu berikan kepadanya. Hari tu kata beria beritahu tak jumpa Aiden. Tup-tup, terpacak sudah Aiden di sini. Biar rasakan tu!