Jam di dinding beritahu dah masuk waktu 11.30 malam.
Suasana istana Genovia yang pada awalnya sibuk dan penuh dengan suara orang kini sudahpun surut dari para tetamu. Para dayang serta seisinya sudah beransur ke tempat istirahat masing-masing. Termasuk la pengantin barunya.
Addison pandang ke katil yang kosong lalu ke wanita yang duduk bersilang kaki dekat sofa silih ganti. Tidak tahu nak buat apa! Dia rasa pelik dengan layanan dingin yang di berikan oleh Adalina terhadapnya sejak siang tadi.
Dia ada buat salah ke?
Dia salah cakap ke?
Dia terlupa sesuatu ke?
Ada yang dia tak lakukan ke?
Apa bendanya?
Kenapa?
Itu la soalan yang bermain dalam fikiran lelaki ini sepanjang masa tersebut.
"Adalina.."panggil Addison dengan perlahan dari arah katil.
Adalina tidak menyahut. Dia hanya diam memandang buku tebal di ribanya.
Addison gigit bawah bibirnya kerana geram. Mana adil macam ni! Dia dah aturkan segalanya untuk jadikan hari ini hari paling sempurna. Dan Adalina boleh pulak buat perangai acuh tak acuh dengan dia. "Kenapa dengan awak?"
Adalina yang sedang tunduk sedaya upaya ketap bibirnya untuk elakkan diri dari tersenyum atau ketawanya lepas. Kesian tapi dia suka. Ahahahah!
"Saya buat salah ke?"Addison bangun dari katil lalu dekati set sofa yang ada dekat tengah bilik tu.
Tak nak di dekati, Adalina tutup buku tu lalu berdiri dari sofa tu semester sebelum Addison sempat duduk.
Terkejut Addison bila Adalina jauhkan diri dari dia. "Ada apa ni?Ada sesuatu yang tak kena ke?Kenapa awak tiba-tiba buat perangai macam ni?"rajuknya sambil buat muka sedih.
Adalina ketap gigi dia kuat-kuat masa pandang muka kesian Addison. Sedaya upaya kawal diri dari ketawa. "Alah..macam nak peluk je la. Tapi tak boleh, dia nak sakat lama sikit lagi. Suka bila tengok muka sedih Addison yang mintakkan perhatian tu. Sejak kali pertama dia nampak akan sikap ni, Adalina rancang nak keluarkannya dari Addison bila mereka berdua saja.
"Kenapa awak tanya macam tu?"soal dia sewaktu gerak ke arah pintu.
Addison tundukkan kepala ke bawah sambil tarik muncung sedihnya. "Tak adalah..sejak siang tadi awak macam ni?"
Terus terpejam mata Adalina lepas tu. Dia yang dengar cepat-cepat pegang tombol pintu. Nak keluar dari situ dan ketawa semahunya. Ya tuhan...kesiannya la suaminya ini. Nasib la dapat isteri suka menyakat macam dia. Bertabah saja la sayang
Namun disebabkan tak dapat nak bendung rasa tawa yang berkumpul dekat dada, Adalina meledak ketawa. "Ahahahah!HAhahahah!"dia tunduk memegang perut sambil sandar ke pintu. "Oh my god...just look at your face.."sebutnya dari balik nafas ketawanya.
Tersentak kepala Addison lepas dengar ketawa tu. Dia berkerut kening tak faham. What the heck!
"Apa yang berlaku?"tanya Addison bingung-bingung.
Adalina pandang ke Addison dengan muka merah padamnya. Dia tarik pintu sebelum berpaling ke arah Addison. "Rasanya apa saya cuba buat?"tanya dia sambil jungkitkan kening main-mainnya.
Sebaik reality menghentaknya, Addison tercengang dekat situ. "Adalina Bloom!"panggilnya dengan bengang.
"ahahahhaa.sorry my husband. You are too cute for an old man...ahahah"sakat Adalina lagi sambil berdekah-dekah ketawa.
"You are such pain in the ass!"lafaz Addison dengan muka bengangnya.
"Bueeek"Adalina tarik bawah matanya sambil jelir lidah ke Addison. "Tangkap la kalau boleh!"agahnya.
Addison tanpa buang masa terus pecut ke arah Adalina. "You so done when I got you Budak kecik!"tundingnya dengan geram ke isterinya. Bertuah betul!
Adalina apa lagi, dia terus pecut lari keluar dari bilik tu dan larikan diri. "Yeah...if you got me!"balasnya semasa berlari keluar dari situ dengan sisa ketawanya.
Tidak pasal-pasal sesi kejar mengejar menjadi first night mereka pada malam itu.
-TAMAT-