Menari ikut lagu slow, kepalanya di rehatkan ke dada ayahandanya. Ianya berasa sangat bagus dan selesa. Ianya buatkan dia bila lagi la dia boleh menari Bersama dengan ayahandanya seperti ini.
Sambil menari tu, matanya terarah pada Addison yang sedang duduk dekat belakang meja.
Mereka berdua saling bertentang mata buat seketika sebelum Addison julingkan mata menyampah sambil tersengih meleret lalu palingkan kepala ke tetamu yang sedang berborak dengannya di sebelah.
Adalina yang lihat akan reaksi itu tersengih sendiri taktala tubuhnya mula gerak kanan dan kiri membuat bulatan. Untuk pusingan kedua, dia ternampak Addison berjalan mendekati arah mereka. Buatkan Adalina angkat kepalanya dari dada itu sebaik lelaki tu tiba di sebelah mereka.
"Maafkan anakanda, boleh anakanda culik Adalina buat seketika?"tegur Addison pada Raja Eden sejurus itu.
Raja Eden yang dengar tersenyum senang lalu mengangguk kepala. "Sudah tentu. Ambil la masa kamu berdua."katanya sebelum perlahan-lahan jarakkan diri dari Adalina lantas berpaling ke arah dimana Raja Josiah dan ayahanda Dania berada untuk serta perbualan mereka.
Addison Tarik senyuman segan silunya sebelum hulur tangan ke Adalina. "May I?"
"Menyampah."kata Adalina sambil letakkan tangan ke dalam tangan Addison.
"Menyampah pun suami awak juga.."Addison kemudiannya Tarik Adalina ke satu arah dimana sebuah pintu terletak.
Adalina jalan seiring dengan Addison tanpa berkata apa-apa kemudiannya. Fikirannya mula menerawang. Terbayang wajah Aiden tersenyum sekiranya lelaki itu Nampak dia dalam pakaian pengantin ini. Agaknya di puji atau di kutuk?Memikirkan perangai tak guna Aiden, lelaki tu pasti akan mengutuk dia.
"Jauhnya menung..suami dekat sebelah ni masih sempat lagi termenung.."tegur Addison dekat sebelah semasa mereka jalan keluar melalui pintu itu. Jason dan beberapa orang pengawal keselamatan menyambut kehadiran mereka.
Adalina yang tersentak akan teguran tu perasan akan lelaki-lelaki bersut dekat kanan dan kirinya itu. baru dia tersedar nak bertanya. "Ke mana kita nak pergi ni?"
"Keluar...ambil angin."jawab Addison tanpa pandang Adalina. Tangan dia masih menggengam erat jari jemari Adalina.
"Dekat mana?"tanya Adalina lagi sewaktu melihat mereka kita sedang menyusuri koridor istana Genovia yang membawa mereka ke laluan laman luas belakang istana ini.
"You'll see."Addison jalan selangkah demi selangkah mengikut rentak kaki Adalina. Tak nak gesakan Adalina sebab isterinya pasti sukar kalau nak berjalan laju dengan kasut tumit dan wedding dress begini.
Setelah itu Adalina tidak bertanya apa-apa sehingga la mereka tiba depan laluan gerbang menghala laluan lurus sepanjang laman itu.
Masa itu Jason muncul dari belakang lalu memakaikan satu kot ke badan Adalina yang tidak berpakaian tebal itu. Setelah itu dia undurkan diri ke belakang.
Sewaktu kot itu di letakkan, Adalina hanya fokus pandang ke depannya. Dia terpandang satu susuk lampai sedang berdiri membelakang laluan dia. Lelaki tu berdiri dalam pakaian kot labuh dan bermafela sekeliling leher. Tangan berada di belakang badan, bersarung tangan hitam.
"Siapa tu?"tanya Adalina tanpa palingkan kepala ke Addison. Jantung dalam tulang rusuk dia mula menghentak kuat sampai dia sendiri susah nak bernafas. Kenapa belakang badan tu tak Nampak asing buat dia.
Addison tersenyum Bersama hidung dan pipinya yang kemerahan sebab suhu musim sejuk waktu itu. "Cuba la tanya sendiri.."katanya sambil betulkan kot di badan Adalina.
Bersama muka tergamam, Adalina palingkan kepala ke Addison. "Tak mungkin"sebutnya dengan perlahan.
"Pergi la.."Addison tolak sedikit belakang badan Adalina supaya ke depan.
Menggeletar kuat seluruh badannya waktu itu kerana terlalu terkejut dan teruja pada masa yang sama. Adalina perlahan-lahan atur langkah ke arah lelaki lampai itu dan memijak lantai bersalji itu selangkah demi selangkah.
Zrap!
Zrap!
Bunyi tumit tinggi itu pijak permukaan jalan bersalji itu.
Lelaki lampai itupun perlahan-lahan menoleh ke belakang lepas dengar bunyi derap langkah itu.
Dan sebaik dia berpaling, Adalina yang lihat terus berhenti dari berjalan dan berdiri dekat situ sambil tekup muka dan tertunduk dekat situ lantas jatuh bersimpuh atas salji sebab tak larat nak berdiri apa lagi teruskan langkahnya.
Melihat betapa devastated keadaan Adalina, lelaki lampai bercermin mata itu perlahan-lahan dekati Adalina lantas berlutut sebelah kaki di depan Adalina lantas pegang bahu tersebut dengan lembut.
"Hai Budak Kecik."sapa suara tu dengan perlahan.
Sambil teresak-esak seperti budak kecil, Adalina dongak memandang ke depannya sebelum hulur tangan hendak peluk leher tu.
"Apa ni...aku ingat kau tak kuat menangis macam dulu...rupanya sama je?"seloroh Aiden sambil cekau bawah lengan Adalina lalu mendukung adiknya dalam pelukan beruangnya.
Meraung Adalina dekat situ dengan sebak sekali. Tiada kata-kata yang dapat di luahkannya saat itu. Hanya tanggisan rindu dan syukur saja yang dapat dia luahkan.
Sambil pegang belakang kepala Adalina, Aiden pandang ke arah Addison yang berdiri jauh dari mereka. "Maafkan aku sebab baru sekarang datang."ucapnya sambil tu.
"Apa yang berlaku?Macam mana kau boleh ada dekat sini?"Adalina jarakkan dirinya untuk pandang muka Aiden. Langsung tak berubah. Sama macam dulu. Bezanya cuma Nampak lebih dewasa dan matang.
Aiden seka air mata dari tepi mata Adalina dengan ibu jarinya lalu tersenyum. "Addison temui aku sebulan yang lepas. Aku cuba larikan diri, tapi dia belasah aku cukup-cukup dan sekolah kan aku semula. Itu yang aku ada dekat sini."jawabnya sebelum tersenyum sedih.
"Dia buat semua tu?"tanya Adalina dengan terkejut.
"Um."Aiden mengangguk kepala. "Dia beritahu, kau dah nak berkahwin. Sebagai kawan dan bakal adik ipar, dia minta aku untuk temui kau dan juga ibubapa kita."beritahunya lagi.
Adalina pegang tepi lengan kot Aiden dengan kuat. "Kau akan jumpa bonda dan ayahanda kan?"
"Mahu ke dia orang terima aku semula?"tanya Aiden dengan lirih dan renungan sedihnya. Sumpah tujuh tahun bukan la tempoh masa yang pendek. Sakit sebenarnya hidup berjauhan dengan keluarga sendiri tanpa identity. Rindu jangan cakap la.
"Percaya atau tidak, dia orang lebih dari terima kau.."senyum Adalina.
Aiden ikut tersenyum. Dia bantu Adalina bangun dari situ sebelum peluk belakang Adalina dan hadapkan semula ke arah pintu gerbang tadi. "Kalau macam tu mari jumpa dia orang..."ajunya dengan bersemangat. Dia tak peduli kalau dia dihalau semula. Apa yang pasti dia mahu menemui ibubapanya semula.
Adalina lingkarkan sekeliling tangannya ke belakang tulang rusuk Aiden lalu sandarkan tepi mukanya ke dada itu.
Addison dan beberapa orang pengawal yang berdiri di situ menyambut dua beradik itu dengan senyuman di bibir. "Kau datang."dia peluk badan Aiden Bersama-sama Adalina dalam pelukan itu sebelum memejam mata mengawal diri dari menangis kerana lega di situ.
Aiden balas pelukan itu. "Aku lega kau yang jadi suami Adalina...taniah sahabat."ucapnya semasa menepuk belakang badan Addison.
"Terima kasih jugak pada kau Aiden."ucap Addison sebelum melepaskan pelukan. "Marilah masuk...bonda dan ayahanda pasti gembira dapat melihat kau semula."ajaknya.