Wedding gown.
Veil.
Bunga.
Make up.
Accesories.
Crown.
Seakan melihat seseorang yang berbeza, Adalina telan air liur sendiri bilik tilik dirinya melalui pantulan cermin di depannya.
What the hell!
Dia dah nak kahwin!
Ahah!
Macam tak percaya!
Seperti baru semalam saja dia masuk Istana Genovia berpakaian seperti ratu punk metal head!
Buat perangai bitch tak guna dan sakitkan hati semua orang dengan mulut laser tak ada tapis. tampar orang dan tarik rambut orang macam dia adalah ratu dekat sini.
Hari ni nak jadi isteri orang!
Haih!
Kalau buat cerita ni, mahunya sampai cucu cicit dia dijadikan bahan gelak!
"Kamu kelihatan cantik Adalina.."komen Permaisuri Fiona semasa merangkul bahunya dari belakang.
Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum di lepas panjang lantas tersenyum lebar. "Terima kasih bonda."ucap Adalina semasa hadapkan badannya ke bondannya lalu tatap wajah berseri itu. Dia tahu bonda dia memang nampak tenang di luar, tapi di dalam pasti wanita ini sedang gusar dan sedih kerana satu-satunya anak perempuannya bakal berkahwin dan pergi tinggalkan dirinya. "Bonda pun nampak cantik."
"Hahaha..mestilah. Ibu pengantinkan..."seloroh Permaisuri Fiona sambil tarik senyuman sedih di bibir. Cuba topengkan perasaan sedih dan gembira yang sedang bercampur baur sejak beberapa hari ini. Akhirnya anakandanya bakal berkahwin....sedihnya la rasa.
Adalina lentokkan kepalanya lalu tekup tepi muka bondanya lalu di usap lembut dengan ibu jarinya. "Don't be sad mother...everything is good. And I'm happy. Nothing to be worried about. Okay?"pujuknya dengan nada perlahan.
Masa itu la Permaisuri Fiona tundukkan kepalanya ke bawah lalu pegang tangan Adalina yang ada di pipinya. "Maafkan bonda, maafkan untuk setiap kata-kata bonda terhadap kamu dan layanan yang bonda berikan kepada kamu sejak Aiden tinggalkan kita. Bonda takut kalau bonda tidak bertegas, kamu akan pergi seperti abang kamu..."lafaznya dengan suara sebak.
Dia yang dengar berkerut kening serba salah. Dia tak boleh menangis. Nanti rosak pula make upnya. "It okay...I'm okay.."kata Adalina dengan nada penuh kepastian untuk yakinkan bondanya dia tidak mengapa-apa.
Pada masa itu lah, pintu bilik menunggu pengantin terbuka. Ayahandanya berdiri di situ dengan senyuman lebar dari telinga ke telinga. "Masanya telah tiba"
Permaisuri Fiona beri anggukan memberi semangat kepada Adalina sebelum iring Adalina ke arah pintu itu dengan tangan di belakang itu.
Dengan perasaan berdebar sakan dekat dada, dia aturkan langkahnya ke arah ayahanda dia lalu rangkul lengan lelaki itu dengan erat. Sebolehnya dia cuba berhati-hati melangkah sebab wedding dress yang di pakai ni beratnya hamper 5 kg! Gila tak! Entah apa-apa je la yang mereka gunakan untuk wedding dress sehingga kini adalah sebuah misteri. Mahunya dia turun berat badan sekiranya ulang alik sekeliling istana dengan pakaian ini.
Selepas berjalan beberapa minit, mereka pun tiba di depan pintu masuk dewan majlis. Menunggu isyarat untuk masuk, Adalina berdiri di samping Raja Eden di situ buat seketika. Apabila isyarat masuk, pintu itu terbuka, mereka pun berjalan masuk dengan perlahan-lahan sambil diiringi muzik.
Sedang dia berjalan sepanjang aisle, karpet merah yang ditabur dengan kuntuman kelopak bunga, Adalina boleh merasakan mata semua terarah padanya. Dan bila dia kerling ke arah mereka, dia boleh Nampak akan renungan kagum dan sedikir cemburu. Mungkin sebab mereka fikir Adalina adalah wanita paling beruntung dalam dunia.
In reality....bukan senang nak dapat tempat dimana dia sedang berdiri sekarang!
Dan sebaik saja mata Adalina terarah pada Addison, Adalina tak dapat nak kawal bibirnya dari tersenyum lebar. Tiba-tiba rasa macam nak melompat dekat situ dan jerit, dia la juara dalam dunia ni sebab dapat bersuamikan si pakcik handsome tak boleh blah depannya ini!
AHah!
Sesampai saja di depan pengantin lelaki, Raja Eden serahkan tangan Adalina ke dalam tangan Addison dengan senyuman berharap sebelum berpaling ke tempat duduk tetamu dan serta Permaisuri Fiona di situ dan beberapa tetamu yang lain seperti keluarga Dania, Kian, Puteri Camelia, Puteri Andalusia dan suaminya.
Taktala badannya menghadap Adalina , Addison tersenyum sendiri sebab terlalu gembira dan berbunga sebab terpegun dengan rupa dan penampilan Adalina yang sangat cantik. Dia pun perlahan-lahan dekatkan kepalanya ke tepi telinga Adalina lantas berbisik. "You're mine now."bisiknya.
Adalina yang dengar buat muka 'Oh really?' sambil menjungkit kening. "We'll see Pakcik."bisiknya dengan perlahan dari balik veilnya.
Bila Addison nak buka mulut, pengacara majlis pun berucap. Buatkan Addison terus berdiri tegak dan hadapkan diri ke depan serta merta.
Sementara Adalina tarik senyuman penuh kemenangan.
Here we go!
Wedding time guys!