Flashback.....
"Kenapa kamu tak boleh nak jadi anak yang baik Aiden?Susah sangat agaknya untuk kamu turuti apa yang datuk kamu minta?"marahnya.
"Ayahanda kata anakanda tak jadi anak yang baik?"tanya Aiden dengan kening berkerut seperti tidak dapat menerima kenyataan itu.
"Yalah...kamu pilih wanita dari golongan bawahan untuk jadi pasangan kamu sedangkan ada saja pilihan lebih baik dari tu?Memangnya kamu yakin kamu boleh bahagia hidup Bersama wanita itu?"
"Ini bukan soal teman wanita anakanda. Tapi soal pilihan apa yang anakanda nak jadi. Kenapa ayahanda nak desak Anakanda. Selain anakanda ada saja calon lain yang boleh jadi raja. Bukan anakanda seorang...boleh tak ayahanda faham apa yang anakanda hendakkan?"bidas Aiden dengan tegas hingga timbul urat di leher.
"Dengar kata datuk kamu Aiden. Tolong. Kalau tidak datuk kamu akan lucutkan pangkat kamu sebagai putera mahkota."tegasnya dengan bengang.
"Kalau macam lucutkan la...kalau ayahanda anggap Aiden sebagai anak ayahanda bukan objek untuk kekalkan pangkat, ayahanda pasti lakukan sesuatu untuk pujuk datuk supaya lepaskan anakanda. Tapi tak...ayahanda anggap anakanda sebagai objek yang mana cukup buatkan anakanda kecewa pada ayahanda."
"Aiden!"
"Ini keputusan anakanda. Ayahanda nak sangat buang anak bukan. Buang la. Lepas ni jangan cuba cari Aiden lagi. Sebab anakanda tak nak ada kaitan dengan keluarga di raja atau seisinya lagi. Semua orang dekat sini sungguh mengecewakan!"
End of flahsback.....
Satu sentuhan lembut hinggap ke atas bahunya buatkan dia buka mata lalu pandang ke tepi. Wajah anakanda keduanya di pandang sebak. "Hai..apa kamu buat di sini?"tanya dia dengan senyuman nipis di bibir.
"Anakanda yang patut tanya apa yang ayahanda buat seorang diri dalam kamar tidur Aiden ni?"tanya Adalina semasa ambil tempat di sebelah Raja Eden lalu terpandang bingkai gambar lama Aiden di tangan tu.
Raja Eden dengan sedih tunduk memandang bingkai gambar ditangannya. Diusap permukaan kaca tu perlahan-lahan."Ayahanda hanya teringatkan kekanda sulung kamu." lafaznya dengan perlahan. "Ayahanda harap ayahanda dapat putar balik masa di mana ayahanda halang Aiden dari pergi dari sini"
Kening Adalina berkerut semasa tatap tepi muka tua ayahandanya itu. Dia boleh nampak sangat ayahanda serba salah dan sedih mengenangkan Aiden. Sama la dengan dirinya. Dia pun rindukan Aiden. "Tidak terlambat untuk kita cari Aiden..."beritahunya.
Raja Eden angkat kepala lalu pandang Adalina bersama air mata bergenangan di kelopak mata. "Abang kamu dah bersumpah. Dia tidak mahu ada kaitan dengan keluarga ni kerana dia kecewa sebab ayahanda tidak cuba pertahankan dia dari hukuman datuk kamu.."
Adalina kemudiannya tarik senyum sedihnya sebelum sandarkan kepala ke bilah bahu Raja Eden lalu memejam mata lantas mula menangis tanpa bersuara.
"Ayahanda salah sebab tak pernah cuba faham apa yang Aiden mahukan. Kalau la Ayahanda tidak ego dan berfikir seperti seorang ayah untuk anaknya...keluarga kita pasti bahagia sehingga sekarang...maafkan ayahanda Ada...ayahanda salah pada kamu dan juga abang kamu"Raja Eden sandarkan tepi kepalanya ke kepala Adalina bersama linangan air mata di pipi.
Tersedu sedan Adalina menahan tanggisnya dari kedengaran. Namun tak berjaya kerana suara esaknya lepas juga dari bibir. Dia sedih sebab perkahwinannya bakal tiba tapi tak dapat kongsikan rasa bahagia ini bersama Aiden.
"Ayahanda cuba cari Aiden beberapa tahun ni, tapi satu petunjuk pun tidak dapat di peroleh. Ayahanda dapat rasakan dia tahu ayahanda mencari dia, jadi abang kamu pasti hapuskan jejaknya dari di kesan serta merta."beritahu Eden sambil pegang erat bingkai gambar lama anak lelakinya. "Ayahanda minta maaf Adalina kerana buatkan kamu berkahwin tanpa abang kamu di sisi.."
Adalina cengkam erat kain lengan baju ayahandanya sebelum mula teresak-esak semahunya. Dia marah tapi tak ada kata-kata yang dapat diluahkan. Dia tak boleh nak salahkan ayahanda dan bondanya lagi sebab semua ini kerana adat dan peraturan tak guna yang ditetapkan oleh Ronia sendiri. Tak kira la dia bengang mana sekali pun, ianya tak dapat nak ubah apa-apa.
"Ada rindukan Aiden, ayahanda...Ada nak lihat Aiden semula sebelum Ada berkahwin."minta Adalina dari balik esak tanggisnya.
"Ayahanda pun sama...ayahanda harap ayahanda dapat temui Aiden sebelum ayahanda hembuskan nafas yang terakhir. Ayahanda mahu minta maaf padanya."Eden pegang kepala Adalina lalu di tepuk sewaktu dia mengalirkan air mata sedihnya.
Duduklah dua beranak itu di situ meratap perasaan sendu masing-masing di dalam bilik tidur lama AIden di petang itu.