Tiga hari kemudian
Matanya naik turun perhatikan dua lelaki yang sedang berdiri di depannya. Sejak dari tengah hari dua minion ni menyemak dekat tempat dia semata nak bragging pakaian baru yang dikurniakan oleh putera mahkota untuk parti bujang yang bakal di diadakan lewat petang nanti.
Fine then kalau mereka gembira. Dia ikut tumpang happy sekali.
Tapi yang tak fahamnya sekarang ni, apa isu dia orang sebenarnya!
"Hei...kau orang memang dah tak ada kerja lain ke selain duduk melepak dekat sini semata nak bercerita pasal betapa seronoknya kau orang dijadikan VVIP malam nanti?"tanya Adalina semasa tilik Lucile dan Kian yang duduk dekat sofa depan meja kerjanya. Dia yang nak buat research pun terganggu.
Mana taknya, dua orang ni tak ubah macam model dekat majalah yang penuh dengan abang-abang hottie edisi terhad tu. Dengan pakaian custom made yang tonjolkan rupa paras mereka. Mata dia tak boleh nak pandang skrin computer lebih dari 10 saat kerana mereka berdua.
Stress betul!
Sudah la tiga hari ni dia tak Nampak Addison langsung! Dua lelaki god freaking good looking tak habis-habis tayang muka depan dia.
Makin tergugat dia bila tengok dua side dish depannya ini. Untung dia perempuan dan mereka lelaki! Kalau tidak! Urgh!
"Kenapa?Kau jelous ke sebab putera mahkota bagi layanan istimewa dekat kita orang bukan kau?"seloroh Kian sambil menjungkit kening main-main pada Adalina.
"Haih..apa kau cakapkan ni Kian, nanti Adalina la yang akan terima layanan paling 'teristimewa' dari kita orang..."Lucile kemudiannya ketawa.
Menjegil bulat mata Adalina lepas dengan komen tu. Kepala otak betul!Tak teragak-agak dia capai buku tebal yang ada dekat depan mata dia lalu di lempar ke arah Lucile, tapi lelaki tu dengan cekap mengelak.
"Aha!Tak kena!Muahahaha!"ketawa Lucile setelah itu.
Kening Adalina mencerlung geram. "Awak tak nak hidup lama agaknya ya?"tanya dia dari balik ketapan gigi.
"Buahahah!"meledak ketawa dua orang lelaki tu bila tengok muka merah padam Adalina.
"Dia blushing la...kau fikir apa hah Ad?"sakat Kian dari balik ketawanya.
"Kita cakap benda lain, awak fikir pasal apa Adalina?"tambah Lucile pula.
Urgh!Adalina lepaskan ngerangan jengkelnya.Ya tuhan! Tolong la! Sabarkan dia sebelum dia botakkan dua kepala depannya ini saat ini masa ni dan sekarang ni jugak!
"Ketawa..ketawa la...seronok sangat kan kau orang gelak. Aku call Addison supaya cancel pas masuk kau orang ke parti tu nanti baru tahu!"ugut Adalina sambil pegang telefon bimbitnya dan berdiri dari situ. Nak sakat dia kan! Dia orang patut fikir dua kali sebelum lakukannya.
Dengan laju Kian melompat keluar dari balik sofa tu untuk dapatkan Adalina. "Apa kau cuba buat!"
"Kau rasa?"Adalina pandang ke Kian sambil tarik sengih jahatnya menayangkan skrin telefon dimana dia sedang menghubungi Addison.
"Lucile...halang dia!"teriak Kian dengan cemas.
Lucile apa lagi, dengan menggunakan kepakaran sebagai penyerang dalam pasukan ragbinya, dia berlari ke arah Adalina hendak merampas telefon tu. Dia lompat melangkau meja kerja Adalina.
Tapi Adalina yang lebih cepat terus berlari keluar dari meja kerjanya sewaktu Lucile mendarat.
"Adalina! Berhenti. Jangan kau berani!"
Sambil ketawa jahat, Adalina berlari keluar dari bilik bacaan itu terus ke koridor. "Muahahahahah! Cuba la kejar kalau boleh. Loser!"laung dia sambil berlari.
Dua lelaki bersut mahal itu pun berlari keluar dari bilik tersebut dengan serentak dan mula mengejar langkah Adalina.
Hiruk pikuk kawasan istana itu dengan suara teriakan dan ketawa itu.
Sampaikan para butler dan dayang yang sedang lalu Lalang di tempat kejadian bertembung dengan mereka hampir nak melayah terbang gara-gara nak elak dari di rempuh dengan mereka.
"Adalina Bloom!!Berhenti!"teriak Kian.
"Aku nak call jugak! Kau orang sukakan sakat aku! Sekarang rasakan!"ketawa Adalina semasa turun dari tangga dan melompat dua anak tangga sekaligus gara-gara nak cepat.
"Kau la ni Kian.."Lucile tolak bahu Kian ketika mereka berlari.
"Aku pulak?Kau yang cakap macam tu.."Kian tolak Lucile pula.
"Kalau kau tak api-apikan dia.."Lucile tolak Kian semula.
Tidak semena petang itu Istana Ronia di hiasi dengan suara orang terpekik-pekik dan diselangi dengan hilaian ketawa.