Flahsback
"Eh...aku dengar kau ada adik...tak nak kenalkan dekat kita orang ke?"
"Yalah...aku dengar dia boleh tahan jugak macam kau?"
"Jangan nak lebih-lebih. Kau ingat aku nak ke kenalkan douchebag macam kau orang ni dekat adik aku.."balas Aiden sewaktu menjeling ke dua orang rakan.
"Alah..kau ni. Kenalkan je pun. Kita orang bukannya buat apa-apapun."
Aiden menjuling menyampah. "Kau orang tahu kenapa aku lebih prefer Addison saja yang boleh bermalam dekat sini bukan kau orang?"
Dia yang dengar sejak tadi perbualan tiga orang di depannya membuat muka lepas namanya timbul. Tak pasal-pasal dia pulak yang kena ungkit. Dan masa itu tiga orang ni pandang dia yang sejak tadi dekat belakang berjalan tak cakap apa-apa.
"Asal aku pulak?"tanya Addison sambil jungkit kening dengan muka tak faham.
"Orang blur macam Addison ni mana la tahu apa-apa...."tambah rakan pertamanya tadi.
"Dia bukan blur okay. Dia Budak cool. Tak macam kau orang jakun bila nampak perempuan. Tak ada-tak ada. Jangan nak menggatal cari adik aku."bidas Aiden sebelum rangkul bahunya lalu bawa dia jalan seiring dengan mereka satu barisan merentasi koridor istana Ronia tingkat dua.
Biasanya kalau Aiden malas nak keluar, Istana Ronia la tempat mereka berempat lepak sama. Semua ada dalam istana ni. Jadi tak bosan. Nak wayang. Ada. Nak gelangang bola sepak. Ada. Nak game room. Arked pun di sediakan. Nak makan. Semua boleh di sediakan. Tinggal order je.
"Kau orang masuk la sini du-"sebaik saja pintu ruang tamu Utama dibuka, Dia dan Aiden yang terlebih dahulu masuk ke dalam sementara dua orang lagi rakan mereka dekat belakang, terlebih dahulu nampak adik Aiden dekat ruang tu.
Aiden menepuk dahi tak percaya.
Sementara dia pandang tak berkedip ke gadis bercermin mata yang sedang duduk dekat sofa bersama laptop dan buku tebal bertimbun dekat meja dan kanan kiri sofa yang di duduk.
Mungkin perasan akan kehadiran mereka disitu, Adalina angkat kepala lalu memandang ke arah dia dan Aiden.
"Okay...bukan sini..patah balik semua!"laung Aiden semasa palingkan badannya dari situ lalu dorong dua orang lagi rakannya keluar dari bilik itu.
Dia nak tak nak palingkan kepala untuk pandang semula ke Adalina, tapi tak sempat bila Aiden tutup pintu ruang itu dan menghadang pandangan matanya.
End of flashback....
Knock!
Knock!
Addison angkat kepala. "Ya...masuk."arah dia sambil pandang ke arah pintu pejabatnya.
Pintu terbuka lalu seorang lelaki bersut berjalan masuk. "Semuanya telah sedia tuanku." maklum Jason.
"Puteri Adalina?"tanya Addison.
"Tuan puteri kini dalam perjalanan ke Istana Hyva untuk menghadiri majlis permakamam Puteri Felia." maklum Jason lagi.
Keningnya berkerut. "Puteri Felia sudah meninggal dunia?Apa yang berlaku?"tanya Addison dengan nada terkejut.
Jason tundukkan matanya ke lantai sambil bawa tangan ke depan perut sebelum berkata. "Tuan Puteri Felia menghidap kanser hati beberapa bulan yang lalu. Dia cuba bertahan sehingga hujung bulan ni dan kemudiannya tewas pada malam hari semalam."jelasnya.
Addison buat muka simpati lalu mengangguk. Dia nak pergi masalahnya dia dah ada urusan yang perlu di hadiri sebentar lagi.
"Tak apa la kalau begitu. Mari kita bertolak sekarang."katanya sambil bangun dari situ lalu capai kot dari penyangkut kot lantas di sarungkan ke badan.
"Baik.."Jason beri tunduk patuh lantas bukakan pintu pejabat itu untuk Addison lalu.
Keluar saja Addison dari pejabat tu, Jason ikut dari tepi sambil bercakap melalui alat komunikasi yang terpasang pada kolar dan telinganya. Dia maklumkan kepada pengawal diraja yang lain bahawa Addison dalam perjalanan untuk keluar.
Ketika mereka masuk di dalam lif, Jason ambil keputusan untuk bersuara kerana dia tertanya-tanya. "Tuanku maafkan saya. Mungkin saya bersikap lancang dengan bertanya. Tapi boleh saya tahu kenapa kita hendak ke sana?" tiga hari lepas Putera Addison beritahu dia untuk buat persiapan ke sebuah tempat ini. Dia buat la. Tapi tak tahu kenapa.
Tanpa memandang Jason, Addison lihat pantulan dirinya di permukaan pintu lif si depannya. "Untuk berjumpa dengan seseorang." beritahunya.
"Boleh saya tahu siapa?"tanya Jason lagi.
Hela nafas panjang lepas dari hidungnya. Dia pandang terkilan akan bayang-bayangnya. DIa harap sangat Aiden sudi menemuinya nanti dan masih ingat dia sebagai sahabat lama lelaki itu. "Seseorang yang sangat penting buat saya dan Puteri Adalina."
Jason kerutkan kening tak faham. Siapa pulak?! "Kawan tuanku ke?"
"Abang, saudara, rakan baik, sahabat sahati sejiwa...segalanya."beritahu Addison sewaktu pandang ke Jason. "Kalau kamu ada kawan, Hargai la dia sebelum kamu menyesal sebab tak dapat nak jadi kawan baik dia..."
Jason yang dengar pandang tergamam. Tidak tahu hendak bertanya apa lagi lepas dengar. "Siapakah orang itu?"tanya dia lagi dengan perlahan.
Barulah Addison tundukkan matanya ke bawah. "Abang kandung Puteri Adalina yang dilucutkan jawatannya sebagai putera mahkota kerana melanggar perintah bekas raja Ronia, iaitu datuk Puteri Adalina sendiri. Rancangan asalnya mereka mahukan abang Adalina menjadi raja seterusnya. Namun disebabkan abang Puteri Adalina lebih pilihkan cinta dari pangkat. Maka dia di buang dari senarai keluarga Ronia. Dan sejak itu kami terputus hubungan dengan dia."ceritanya .
Jason pula yang termenung memandang ke lantai buat seketika. Rupanya Puteri Adalina sendiri ada masalah yang perlu di tanggung. Tapi sempat lagi nak bantu orang lain. Bertuah betul puteri yang seorang ini. Tidak hairan la kenapa putera mahkota mereka mahukan Puteri Adalina seorang! Tak nak orang lain!
"Adakah tuan puteri Adalina tahu tentang hal ini?Yang tuanku hendak bertemu dengan kekandanya?" Jason bertanya selepas mendiamkan diri.
DING!
Pintu lif terbuka pada masa yang sama.
Dan sewaktu ia terbuka masa itu la Addison pandang semula ke Jason. "Tak. Saya nak buat surprise untuk dia."katanya sebelum tersenyum.