Dulu....masa pertama kali berjumpa, kalau boleh mereka nak saling bercakaran antara satu sama lain. Dan sekarang bila jumpa asyik nak ketawa saja bila mengingatkan balik semua yang telah terjadi.
Tak sangka semuanya berlalu dalam sekelip mata. Pejam celik seorang dah kahwin. Seorang dah nak berkahwin dan seorang bakal bertunang. Dan seorang lagi masih dalam proses berkenalan.
Seusai hadirkan diri di majlis permakaman Felia tadi, Adalina bertemu dengan tiga orang puteri yang pernah bersama-sama jalani test pemilihan calon isteri putera mahkota.
Habis saja sesi istiadat pay respect diraja, mereka berempat keluar bersama-sama untuk berborak seketika di sebuah kafe berdekatan dengan Istana Hyva.
Habis tak pasal-pasal satu kedai itu dikelilingi dengan pengawal keselamatan dan buatkan pelanggan lain tidak di benarkan.
"So apa cerita bakal pengantin baru kita ni hah?Macam mana preparation?"tanya Camelia yang kelihatan semakin chubby sejak kali terakhir wanita ini di temui.
"Yalah...apa perasaan kamu?Nervous happy?"tanya Andalusia dengan teruja dekat seberang meja bulat menghadap Adalina dan Dania.
"Hei...sabar la. Orang baru duduk kan. Di tanya soalan bukan main laju lagi.."ujar Dania semasa menyelesakan diri.
Sementara Adalina yang baru saja duduk tersenyum sendiri lepas dengar soalan itu. "Mana satu nak aku jawab dulu?"tanya dia sambil lirik ke Camelia dan Andalusia.
"Jawab soalan saya dulu."aju Camelia.
"Hei. .aku lebih tua, so aku yang patut dijawab dulu."bantah Andalusia.
Adalina yang lihat perbalahan mereka tersenyum sedih. Kalau la Felia pun ada bersama dengan mereka. Pasti mereka semua sedang ketawa dan bergembira sekarang ni.
"Hei...kau okay?"Dania dekat sebelah menyiku lengan Adalina dengan perlahan lepas perasan Adalina mengelamun.
Adalina pandang sekilas ke Dania sambil mengangguk kepala. "Aku okay. Aku just masih terfikirkan Felia."walaupun dia tak rapat dengan Felia, tapi kehilangan orang yang kita kenal sedikit sebanyak buatkan dia bersedih dan terasa kehilangan tu.
Camelia dan Andalusia yang sibuk berbalah jadi diam bila dengar Adalina cakap macam tu. Mereka buat muka serba salah kemudianya.
"Kau tahu...kau dah buat yang terbaik untuk Felia. Jadi tak ada apa-apa yang kau perlu sesalkan."bahu Adalina di ramas Dania memberi kepastian. "Semangat okay. Aku rasa Felia pun tak nak kau bersedih sebab dia."
"Betul tu. Jangan la bersedih. Nanti hilang seri pengatin kamu tu."tambah Camelia denga nada memujuk.
"Jangan risau. Felia mungkin tumpang gembira ke atas kamu Adalina."kata Andalusia pula.
Mendengar kata-kata itu buatkan Adalina pandang setiap seorang di situ dengan senyuman lebar di bibir. Hampir hendak ketawa dia bila teringat akan semua yang dia lakukan kepada mereka bertiga. "Terima kasih. Kata-kata kau orang amat berharga untuk aku."
Dania terus hantukkan kepalanya dengan perlahan ke tepi kepala Adalina. "Ini baru la namanya kawan aku.."katanya sambil itu.
"Okay la...dah jangan bersedih lagi. Mari kita kenyangkan perut kita."Camelia tepuk tangan memberi semangat.
Andalusia yang dengar menggeleng kepala. "Hei.dah badan tu kembang makan tu jaga la sikit."
Camelia mencebik menyampah. "Suka hati saya la. Badan saya. Saya nak makan banyak ke sikit ke gemuk ke kurus ke saya tak susahkan sesiapa!"
Dania yang lihat perbalahan dua orang itu kemudiannya alihkan perhatiannya ke Adalina di sisi. Sejak kejadian Adalina selamatkan dia dari bertunang dengan Addison, Lucile telah ceritakan segalanya kepada dia apa yang Adalina telah lakukan demi dia. Demi mendapatkan kebahagian dia, Adalina sanggup korbankan diri. Jadi untuk balas apa yang Adalina telah lakukan untuknya dia mahu lakukan sesuatu untuk Adalina. Termasukla kisah lucu dimana Adalina psiko bondanya sampai orang tuanya itu menangis rayu pada dia supaya dimaafkan.
"Hei...Adalina."panggil Dania semasa Adalina sedang tunduk membelek buku menu.
"Hmm?"jeda Adalina sambil selak muka surat menu tu.
"Kau...ada apa-apa special request ke untuk hadiah wedding kau nanti?"tanya Dania sambil jungkit kening ingin tahu.
Adalina angkat kepalanya memandang Camelia dan Andalusia yang sedang bertekak akan sesuatu sekejap sebelum pandang ke Dania dengan kening terangkat. "Kenapa kau tanya?"tanya dia pula.
Dania Tarik senyuman goofy dia. "Saja...mana tahu kau nak something special...you know?" dia menari-narikan keningnya menyakat.
Satu pukulan hinggap di dahi Dania dengan buku menu itu oleh Adalina. "Mengada. Tak payah. Kau datang ke majlis tu pun dah cukup. Bergambar dengan aku"jawabnya.
"Alah benda tu simple je. Apa-apa yang besar la....beritahu aku. Aku akan tunaikan untuk kau."desak Dania sambil goyangkan lengan Adalina.
Dia nak buat sesuatu untuk Adalina kerana Adalina bantu dia satukan Ariel dengannya.
Bukan itu saja, Adalina juga bantu Andalusia berkahwin dengan Bendahara Loui.
Serta bantu Camelia dari mengalami kemurungan kerana penampilan diri.
Sekarang apa salahnya giliran Adalina pula yang rasa happy.
Adalina pandang muka Dania sambil tersenyum senang. Lantas dia angkat tangan menekup pipi Dania sebelum di tepuknya dengan perlahan. "Kalau kau happy dan senang. Itu semua cukup untuk aku. Tak ada apa-apa yang aku nak mintak lebih dari tu.."katanya.
Terkedu Dania lepas dengar.Dia tersentuh sebab Adalina masih lagi fikirkan soal dia sedangkan tak perlu pun. "Kau ni kan..suka lah buat aku emo macam ni"cebiknya mahu menangis.
"Cengeng...kejap-kejap menangis. Macam mana la Ariel boleh tahan dengan perangai kuat menangis kau ni"seloroh Adalina.
"Apa kau cakap?cengeng!"Dania menjegil mata bulat.
Maka riuh la kafe itu dengan suara empat orang itu bertekak dan diselangi dengan gelak ketawa gembira mereka.