Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 72 - 72. Memori

Chapter 72 - 72. Memori

Flashback....

"Tengok aku dapat piala lagi...kau ada?"tunjuk dia akan piala emas yang ada dekat tangan lepas dapat tempat pertama untuk pertandingan bercerita dekat sekolah rendah tadi.

"Kau seorang je ke yang ada piala? Tengok dalam almari aku...."tunjuk Aiden ke penjuru bilik.

Dia pun palingkan kepala dengan senyuman bangga di bibir, tapi lepas pandang almari kaca dekat situ, senyuman dia jatuh. Pergh! Banyaknya. Siap di bingkaikan lagi tu.

"Heh...kau ada?"tambah Aiden dengan berlagak semasa baring dekat katil bermain permainan game PSP barunya.

Bersama muka menyampah, dia palingkan semula ke kepala ke Aiden lalu mencebik jengkel. "Tunggu kau...aku akan kumpulkan piala yang lagi banyak dari kau nanti." tekadnya sambil mencengkam kuat piala ditangannya.

"Good luck! Masa kau dapat piala tu maybe aku dah jadi raja...so.."Aiden yang tua 10 tahun darinya itu sudah pun masuk sekolah menengah tinggi tahun akhir. Sementara dia baru sahaja berusia 8 tahun. Memang la boleh cakap!

"Urghhh!Aku bencikan kau!"lafaznya sambil menghentak kaki sebelum berpaling dari situ.

"Yeah...me too!"laung Aiden dekat belakang!

************************************************

Flop!

Satu buku tebal jatuh dari atas lalu mebdarat dekat atas ribanya tiba-tiba. Dia yang sedang membaca novel dekat sofa ruang tamu angkat kepala. Bersama kening berkerut, dia bertanya.

"Asal dengan kau ni?"tanya dia.

"Kawan-kawan aku nak datang. Tu ambik buku edisi terhad yang kau nakkan sangat tu kemudian duduk dalam bilik diam-diam."ujar Aiden dengan muka berlagaknya.

Sambil buat muka tak faham, dia tunduk mengambil buku yang terjatuh diribanya lalu di pihat sekejap sebelum kembali dongak ke Aiden. "Memangnya kenapa aku duduk sini. Bukannya aku kacau kau dengan kawan-kawan kau."cebiknya.

"Hei...kau ingat aku nak ke biarkan dia orang tengok muka kau yang hodoh ni...malu la aku. Kau sorok dalam bilik tu diam-diam sampai dia orang balik."tunjuk Aiden pada mukanya yang bercermin mata dan berjerawat remaja.

Biasalah budak baru nak akil baligh..memang la hodoh. Dia 13 tahun kot. Nak expect muka dia lawa mana lagi. Hish! Tak guna punya abang.

"Mulut kau tu kan...aku cuci dengan clorox nak! Biar bersih sikit!"gerutunya dengan kening berkerut tak suka.

"Ahh..apa-apa je..ambik buku tu. Jangan keluar dari bilik. Warning ni!"kata Aiden semasa berlalu keluar dari ruang tamu tu.

***************************************************

"Wohoooo!Happy birthday budak kecik!"sorak Aiden sambil orak arik rambut dia sampai kusut masai di buatnya.

"Hei!Apa ni! Berapa kali aku kata jangan panggil aku budak kecik!"marahnya sambil pukul belakang badan tu.

"Ahahaha...memang budak kecik pun. Aku dah 25 tahun. Kau masih 15 tahun..tak ke budak kecik lagi tu namanya."Aiden cubit pipinya.

"Argh!Sakit lah! Bonda tengok ni.."adunya sambil merapat ke bondanya yang sedang memotong kek untuknya.

"Sudah la...kamu berdua kan. Bergaduh saja la kerjanya...ni makan ni.."bondanya menyua satu sudu kek kepadanya.

Dia apalagi buka mulut seluasnya. Namun tak sempat kek itu masuk ke mulutnya, tangan bondanya di pegang dengan Aiden sebelum lelaki itu makan kek dalam sudu itu.

"Ahah!Lambat. Aku dah makan dulu!"sakat Aiden sambil jelir lidah kepadanya.

Terus menarik muncung la dia. Suka lah Aiden buat perangai tak guna macam ni. Sakit hati dia.

"Anak-anak..pandang sini. Ayahanda nak ambil gambar kita."laung ayahandanya dari seberang meja.

"Jom!"Aiden rangkul bahunya dengan kasar. "Senyum sikit birthday girl!"

Dia yang sedang jengkel sedaya upaya menolak badan abangnya dari dia, namun belum sempat dia nak buat begity, ayahandanya menekan butang kamera lantas bunyi klik kedengaran. Pada masa yang sama pipinya di gigit dengan Aiden dan buatkan dia menjerit kesakitan dan gambar yang diambil amat la buruk hasilnya.

End of flashback.....

Bersama sisa senyuman di bibir, Adalina tutup album lama yang dia belek tadi sebelum diletakkan semula ke dalam peti seakan peti harta karun dan mencapai barangan yang seterusnya. Dia saja nak cari barang lamanya yang dia boleh ambil dan gunakan untuk dibawa sebagai kenang-kenangan di Istana Genovia lepas berkahwin nanti. Tak adalah dia ulang alik ke Istana Ronia.

Sedang Adalina pegang bingkai gambar graduasi lama sekolah menengahnya, masa itu telefonnya bergetar semula dalam poket hoodie dengan tiba-tiba.

Bingkai itu di letakkan atas ribanya sebelum dia seluk tangan ke dalam poket hoodie lantas mengeluarkan telefon darinya. Selepas dia pegang, Adalina baca nama yang tertera di skrin tersebut. 'Felia'

Bersama senyuman gembira di bibir, butang hijau disentuh pada skrin lantas telefon itu ditekup ke telinganya.

"Hai!"sapa Adalina. Sejak beberapa bulan ni dia ada kerap berhubung dengan Felia. Bertanya khabar mengenai wanita ini. Namun beberapa minggu ni, dia tak lagi dihubungi. Ini la buat kali pertamanya dia dihubungi semula. "Felia...lamanya awak tak hu-"

"Ini saya bonda Felia..."sampuk suara itu serta merta dalam panggilan dengan nada muram.

Senyuman Adalina jatuh lepas dengar. Dia kaku pandang ke depan sebelum bawa tangan ke mulut.

"Saya nak beritahu, Felia sudah pun meninggalkan dunia sejam tadi. Felia sendiri yang pesan untuk hubungi tuan puteri sekiranya sesuatu terjadi padanya."suara itu mula teresak-esak dalam panggilan tersebut.

Mata Adalina terpejam rapat sebaik dia tekup mulutnya kerana terkejut dengan apa yang di dengar. "Takziah saya ucapkan tuanku."

"Dia seorang anak yang baik. Dia pergi dengan tenang di samping kami semua. Terima kasih tuan puteri. Kerana berikan peluang kepada kami untuk bersama dengan Felia sehingga akhir nafasnya..."esak bonda Felia dengan teruk.

Adalina yang dengar ikut berasa sedih. "Bagus la kalau dia gembira. Saya turut tumpang bersedih akan kehilangan tuanku. Jangan risau. Akan saya pergi ke majlis pemakamannya nanti."beritahu dia dengan nada separa berbisik.