Dua bulan kemudian....
Musim sejuk akhirnya tiba.
Udara dekat luar tu buatkan sesiapa yang keluar rasa nak masuk ke dalam semula berselimut dalam comforter.
Nak dibandingkan dengan orang lain, kalau musim sejuk kan ramai yang suka duduk tak berbuat apa-apa dan duduk dekat tempat yang hangat atau istilahnya berhibernasi kan.
Tapi tak Adalina...
Waktu macam ni la, Adalina menjadi manusia paling aktif dan tak boleh nak duduk diam. Ada saja yang mahu dikerjakan oleh wanita itu. Hari lain tak ada pun buat perangai macam ni. Asal musim sejuk je kelibat Adalina boleh di lihat dekat mana-mana penjuru istana. Kalau ada 100 cctv 100 cctv tu rakam Adalina. Tak ada yang lepas.
"Apa yang kamu nak?"tanya Ratu Fiona dengan kening mencerlung tak faham.
"Alah..peti lama yang anakanda selalu guna untuk simpan barang masa kecil dulu?Bonda ingat tak mana peti tu?"beritahu Adalina buat kesekian kalinya.
"Mana la bonda tahu, istana ni besar. Ianya boleh ada dimana-mana. Sudah kamu tanya pada Dayang Nina?Kan dia yang selama ini uruskan kamu dari kecil hingga la sekarang?"Ratu Fiona kembali tunduk menyelak helaian dokumennya.
Adalina buat muka sebelum mencekak pinggang memandang dinding. Cuba ingatkan balik dekat mana peti tu kali terakhir dia letak.
Masa itu la Raja Eden berjalan masuk ke dalam kamar tidur itu dengan satu mug dan buku di tangan. Baru pulang dari bilik bacaan menyiapkan urusan kerja rasmi. "Lah...dah kenapa kamu ada di dalam bilik tidur ni?Nak tidur dengan kami lagi ke?"selorohnya semasa menghampiri katil dimana Permaisuri Fiona sedang duduk melunjur di situ.
Adalina buat muka. "Anakanda jumpa bonda la. Ayahanda ni kan boleh tak meloyar..menyampah tahu tak."renggusnya sambil berkerut kening tak suka.
Raja Eden ketawa kecil. "Alah...ayahanda bertanya saja. Mana tahu kamu nak tidur dengan kami seperti waktu kecil dulu."
"Apa-apa je la. Anakanda keluar dulu.."pamit Adalina dengan tiada mood sebelum berpaling dari situ dan gerak ke arah pintu dan keluar dari situ.
Baru saja Adalina tutup pintu bilik tu, telefon dalam poket hoodienya bergetar minta di angkat. tanpa berlengah dia capai telefonnya dari situ lalu di lihat skrinnya. Nama Addison tertera di situ. Dia pun jawab la panggilan tu.
"Hello?"sapanya sambil berjalan merentasi koridor tersebut dengan langkah perlahan.
"Busy?"
"Tak ada. Kenapa?"
"Ada sesuatu yang saya nak beritahu awak."
Adalina berhenti dari berjalan. Dia berdiri dekat situ dengan mata terarah ke depan. "Kenapa?"tanya dengan perlahan.
"Ingat lagi deal awak dengan saya masa awal-awal kita jumpa?"tanya Addison dengan nada serius.
Adalina mengangguk kepalanya dengan perlahan. "Ya..tentang abang saya."
"Beberapa minggu ni saya telah kerahkan beberapa orang penyiasat dan penyelidik untuk siasat dimana keberadaan Aiden."
Cengkaman pada telefonnya di eratkan lepas dengar makluman itu. Matanya mula berdenyut panas. "Dan?"
"Mereka maklumkan kepada saya mereka mungkin telah temui beberapa petunjuk dimana Aiden berada tapi mereka tidak pasti sama ada ianya benar Aiden atau orang lain sebab mereka dapati Aiden telah menukar identity dan semua maklumat asalnya."beritahu Addison lagi.
Secara automatic Adalina bawa tanganya naik lalu mencengkam kuat kain baju di dadanya dengan erat.
"Saya sebenarnya nak beritahu hal ni selepas siasatan benar-benar lengkap. Tapi mengenangkan majlis perkahwinan kita akan diadakan tak lama lagi. Saya tak nak biarkan awak tertungu tanpa tahu apa-apa. Itu saya beritahu awak hal ni dulu."jelas Addison yang kedengaran serba salah. "Jadi jangan berharap dulu. Saya takut maklumat ni bawa ke orang yang salah...okay?"
"Mm...."balas Adalina sambil berkerut kening sewaktu memandang ke hujung koridor di depannya.
"Jangan risau...kita akan temui Aiden tak kira lambat atau cepat masa yang perlu di ambil..."
Dia tahu."Terima kasih."ucap Adalina lepas tu.
"Tak ada yang awak patut berterima kasihkan pun. Kalau awak tak minta saya sendiri mahu cari dimana Aiden. Maaf kerana menganggu. Itu saja dari saya.."pamit Addison.
"Okay. bye..."balas Adalina dengan suara kecil kerana berasa susah hati dan terkejut sikit mendengar berita itu. Dia takut fikirkan sebarang kemungkinan sebenarnya. Dan terkejut sebab Addison buat siasatan tanpa pengetahuan dia. Dia sendiri dah lupa mengenai deal mereka tempoh hari.
Setelah panggilan di putuskan masa itu la sesuatu terlintas dalam fikirannya. Peti lama dia! Ianya ada di dalam bilik tidur lama Aiden. Dia suka bawa barangnya ke bilik lelaki itu kerana Dayang Nina suka kemas semua barang dia tanpa pengetahuan dia. Jadi bilik Aiden ada safety box dia. Tanpa berlengah Adalina lari merentasi koridor tu dengan senyuman di bibir.