"Kamu dah hilang akal!"
"Apa kamu fikir dengan buat semua ni tanpa pengetahuan kami berdua!"
"Kamu tahu tentang hal ni Addison?"
"Anakanda rancang dari awal hal ini?"
Suara bising dua orang wanita di depan mereka berdua sepertinya sikit pun tak buatkan mereka hendak bersuara sejak majlis selesai tiga jam yang lalu.
Dan sejak itu mereka di bebeli dan di leteri tanpa henti dengan mereka.
Sementara dua orang raja sudah hilang entah kemana tanpa jejak. Mungkin sedang duduk lepak berborak di mana-mana tempat dalam Istana Ronia. Meninggalkan baki yang lain dalam ruang tamu Utama istana.
"Alah...apa big dealnya. Bonda patutnya berterima kasih pada saya sebab selamatkan majlis ni.."keluh Adalina dengan muka letihnya.
"APa maksud kamu selamatkan majlis?"marah Ratu Annastasia.
"Tak ada la...Puteri Dania telah larikan diri dari majlis tu., mujur saya ada pada tepat pada masanya. Kalau tidak mana nak letak muka. Lagipun kesilapan boleh berlaku. Orang tak akan bising punya lepas semua ni terjadi."
Permaisuri Fiona berdengus tak percaya. Tengok la anak ini. Hah..asal di tegur ada saja jawapannya. Mana dia tak marah. "Habis tu macam mana ni...kamu berdua dah bertunang, takkan la nak di putuskan pula..Ratu Annastasia?"tanya dia sambil pandang Ratu Annastasi sambil mencekak pinggang.
Ratu Annastasia hanya melepaskan keluhan letih. "Nak buat apa lagi. Teruskan saja la. Lagipun kita dah lama kenal pun. Cuma saya ni tak berkenan dengan puteri awak yang seorang ni.."katanya sambil mejuih bibir ke Adalina.
"Jangan beritahu, saya sendiri sebagai ibu kandungnya pun tak berkenan."balas Permaisuri Fiona.
Adalina buat muka. Amboi tengok la. Bertuah punya orang tua. Bukan main lagi seronok kecam dia. Siap bergeng lagi tu. "Hello...orang yang bonda kutukan tu ada depan mata ni hah."tegur dia.
Permaisuri Fiona tidak hiraukan Adalina, malah dia rangkul lengan Ratu Annastasia. "Marila ratu..kita lapangkan fikiran. Jaga anak-anak ni buat kepala beruban saja."
Ratu Annastasia buat muka lalu ikut berpaling dengan Permaisuri Fiona keluar dari ruangan tersebut. Penat dah membebel. "Ayuh"
Adalina buat muka tercengang semasa mematai langkah dua orang wanita itu sehingga la pintu ruang tamu itu tertutup. Seriously?Sambil berdengus tak percaya, sambil tu dia Tarik rambutnya yang sedang sakit kerana disanggul lama sejak tadi.
Addison yang sejak tadi diam memerhatikan Adalina hanya diam melihat rambut yang jatuh mngurai lembut ke bahu Adalina. Dia perhatikan saja jari jemari kurus yang bercincin pada jari itu melarikan rambut ke celah jari jemari sambil menggigit bawah bibir kerana geram.
Adalina pandang ke sisinya lalu tersedar yang dia bukan seorang diri saja disitu, tapi Addison ada di sebelahnya. Lelaki tu duduk menghadap dia sambil topangkan siku dekat sofa pada kepala semasa memandang dia.
"Kenapa?"tanya Adalina semasa lirik matanya naik turun kehairanan.
"Saja. Ada mata pandang la."jawab Addison tanpa alihkan matanya dari menatap Adalina.
Adalina selak rambutnya ke belakang bahu sambil berkata. "Awak tak nak bebel macam makcik-makcik tadi ke?"perli dia.
Addison tersengih lepas dengar. "Kalau saya membebel nanti awak gelar saya pakcik pulak."selorohnya.
"It okay...awak membebel la. Saya tak panggil awak pakcik tapi atuk terus."senyum Adalina dengan matanya ikut sekali.
"Atuk?"ulang Addison semasa turunkan tangannya ke bawah. "Did I look so old for you?"tanya dia sambil mengecilkan mata kerana geram. "Saya tahu saya tua 10 tahun dari awak...tapi itu tak bermakna saya tua okay. Usia hanya sekadar nombor."bidasnya.
"Alah...kalau dah tua tu mengaku je la tua. Apa nak dimalukan. Saya tak kisah pun kalau awak jadi atuk masa saya berusia 30 tahun."tambah Adalina lagi yang mahu menyakat Addison. Suka la kalau ada modal nak pekena orang ni.
Bersama sengih nakal, Addison terus terkam Adalina lantas mula menggeletek pinggang dan sekitar perut Adalina. "Apa awak cakap hah! Ulang balik! Dasar Budak!"
Terkekek Adalina ketawa kerana kegelian sebelum tumbang atas sofa itu sambil menolak tangan Addison dari perutnya. "Mana aci macam ni!"
"Aci.aci...aci dekat kedai mamak sana!"Addison tidak berhenti. Dia terus menggeletek Adalina! Padan muka!
"Jangan la!!"teriak Adalina sambil ketawa berdekah-dekah hingga suara itu boleh di dengar dari luar pintu itu lagi.
Pengawal diraja dari Istana Genovia yang berdiri di luar pintu ruang tersebut hanya menarik senyuman nipis bila dengar suara yang sudah lama mereka tidak dengar sejak orang itu keluar dari Istana Genovia. Nanti orang istana sana mesti suka sekiranya Adalina kembali ke sana semula.