Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 69 - 69. Surprise Comeback

Chapter 69 - 69. Surprise Comeback

Raja Eden dekat sebelah Permaisuri Fiona pandang depan pentas melihat dengan minat putera mahkota Addison. Bertuah la siapa yang dapat menantukan anak lelaki berkerjaya dan bijak di depannya ini. Tak sangka dulu masa jumpa orangnya muda dan kebudak-budakkan. Dan sekarang sudah pun matang menjadi seorang anak lelaki yang hebat. Kalau Aiden ada di sini, pada dua orang anak ini paling berseri wajahnya.

"Awak...awak dapat berita dari Adalina tidak?Saya try call dia sejak tadi tapi dia tak pick up call saya."bisik Permaisuri Fiona dekat sebelah sambil tunduk memandang skrin telefon.

"Macam la awak tak biasa dengan anak perempuan awak yang seorang tu."jawab Raja Eden tanpa mengalihkan perhatiannya dari Putera Mahkota Addison.

"Haih...anak bertuah itu kan...sekali tu tak pernah buat saya risau tau. Ada saja kerenahnya.."bebel Permaisuri Fiona sambil taip sesuatu di skrin telefon.

Pada masa itulah seseorang berjalan masuk ke dalam dewan tersebut lantas daki naik ke pentas untuk membisikkan sesuatu kepada pengacara majlis. Dekat beberapa saat, muka pengacara itu berubah reaksi dari berkerut kening kepada terkejut. Orang lelaki yang berbisik pada pengacara tadi kemudiannya turun dari pentas lalu dekati pasangan Raja Lucian dan Permaisuri Diana di seberang barisan dimana Raja Eden dan Permaisuri Fiona berada.

Raja Eden yang menyedari akan hal itu perhati dengan kening berkerut risau. Sesuatu berlaku ke? Kenapa nampak cemas semacam.

"Minta maaf kepada para tetamu dan hadirin yang hadir pada hari ini...nampaknya terdapat perubahan dalam aturan majlis pertunangan yang diadakan pada hari ini..."ujar pengacara itu di atas pentas.

Semua orang termasuk la Putera Addison sendiri masing-masing fokus pada pengacara tersebut.

Sementara Raja Lucian dan Permaisuri Diana sudahpun bergerak pergi meninggalkan tempat itu dengan langkah tergesa-gesa dan wajah cemas mereka.

"Kita persilakan pihak perempuan untuk masuk ke dalam dewan bagi memulakan majlis pertunangan ini."maklum pengacara itu dalam keadaan teragak-agak.

Pihak media dan semua tetamu yang ada di situ berpaling ke arah pintu untuk lihat tuan puteri yang bertuah menjadi pasangan buat putera mahkota negara mereka. Punya la bersemangat mereka nak tepuk tangan masa pintu dewan itu terbuka.

Sekali bila mereka nampak wanita anggun yang mengenakan dress labuh berwarna putih dan bersanggul kemas jalan masuk, masing-masing pasang muka tergamam. Sebab tak sangka lain pulak orang yang keluar.

"Dipersilakan Puteri Mahkota dari Negeri Ronia, Adalina Bloom Eden IV."maklum pengacara di atas pentas tersebut.

Raja Eden dan Permaisuri Fiona yang dengar berpaling laju dengan muka terkejut beruk mereka.

Flash kamera bertubi mengenai Adalina semasa wanita itu jalan menyusuri Isle tersebut dengan langkah yakin dan senyuman meleret sadisnya.

Addison yang dumbfounded dengan apa yang di lihat hanya berdiri kejung dekat atas pentas. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Gembira ada. terkejut ada. Nak menangis ada. Nak jerit pun ada. Semuanya bercampur baur.

Dengan muka tak bersalahnya, Adalina beri lambaian ala-ala tuan puterinya kepada mereka semua di situ dengan senyuman cantik di bibirnya.

Ahahah! Suprise tak semua!

Hah! Ini baru la dikatakan sebagai Engagement of The Year. Dikhabarkan orang lain, yang hadirnya orang lain.

Permaisuri Fiona dekat sebelah Raja Eden dah mula pitam mahu tumbang di situ, namun sempat di peluk dengan Raja Eden.

Para tetamu di situ ada yang hampir hendak ketawa kerana situasi tak masuk akal ini.

Ada yang tanpa sedar tepuk tangan sebab kagum sendiri dengan kecantikan Puteri Adalina yang biasa mereka lihat di media dan artikel sahaja.

Setiba di atas pentas, Adalina berdiri sebelah Addison dengan senyuman di bibir dan keningnya di jungkit main-main pada lelaki itu.

Sober dari terkejutnya, Addison tekap dahinya lalu tunduk menggeleng sambil tersenyum tak percaya. Apa la dia nak buat dengan puteri yang seorang ini.

Pengacara majlis yang berdiri sambil pegang mikrofon melopong sendiri bila tengok Adalina berdiri di depan dia. Dalam fikirannya, ini ke puteri mahkota yang orang sibuk katakan selama ini. Dia tak sangka dapat berjumpa secara depan-depan begini.

"Dengan itu kita persilakan wakil keluarga dari dua orang pasangan ini untuk menyerahkan cincin tunang kepada belah lelaki dan perempuan."ucap pengacara itu.

Raja Eden dan Permaisuri FIona yang masih dalam keadaan shock itu gagahkan juga diri mereka untuk naik ke pentas. lalu diikuti dengan Raja Josiah dan Ratu Annastasia kemudiannya. Dan bila dua buah keluarga itu saling menghadap, masing-masing memberi isyarat mata.

'apa yang berlaku?'

'awak tahu semua ni'

'kenapa boleh jadi seperit ini'

'tak tahu..'

itu antara bahasa isyarat yang mereka sampaikan.

Raja Eden yang tak sediakan cincin untuk ditukarkan, dia tunduk pandang ke jari dimana cincin warisan keluarga yang tidak pernah dia tanggalkan seumur hidupnya. Tanpa rasa ragu-ragu dia tarik cincin itu dari jarinya lantas di serahkan kepada pengapit yang bertugas memegang cincin untuk di tukarkan.

Sementara Ratu Annastasia yang tidak tahu ukuran jari cincin Adalina pandang bingung ke mereka di situ sebelum tanggalkan cincin pusaka yang diturunkan dari ahli keluarganya kepada dia lalu diserahkan kepada pengapit yang sama.

"Pihak lelaki boleh sarungkan cincin ke tangan pasangan anda."ujar pengacara itu.

Bersama senyuman lebar di bibir, Addison capai cincin bondanya tadi dari dulang yang dipegang pengapit lantas di sarung ke jari Adalina muat-muat.

Setelah itu diikuti Adalina, dia capai cincin milik ayahandanya sebelum di sarung ke jari Addison tanpa rasa takut atau gemuruh sama sekali.

"Dengan itu maka rasminya Putera Mahkota Addison Archer Josiah bertunang bersama Puteri Adalina Bloom Eden."maklum pengacara itu.

Baru la suasana dewan itu bising semula dengan bunyi tepukan tangan dan flashcamera.

Adalina ambil peluang itu untuk memandang Ratu Annastasia. "Okay tak suprise ni?"tanya dia sambil tersenyum nakal.

Permaisuri Fiona yang dengar terus tampar lengan Adalina. "Kamu dah hilang akal ke!"

"Ahh..sakit la.."kerut Adalina sambil pegang bekas tamparan tu.

"Awak tahu tentang ni?"tanya Ratu Annastasia kepada Permaisuri Fiona dengan muka tak percayanya.

"Ratu tengok saya macam saya tahu ke?"jawab Permaisuri Fiona.

Raja Eden pandang Raja Josiah dengan senyuma lebar sebelum dua orang itu saling berpelukan dan memberi tepukan semangat di belakang masing-masing.

Addison sepanjang masa itu hanya berdiri perhatikan Adalina dengan renungan penuh minatnya tanpa lekang senyuman di bibir.

Sementara Adalina yang seronok perhatikan gelagat orang tua di depannya tersenyum sendiri. Mungkin semua ini akan jadi hot topik di dalam artikel. Tapi sekejap saja. Jadi tak apa-apa agaknya. Sambil tersenyum dia palingkan kepala ke sisi dimana Addison sedang berdiri.

Bertentang saja mata mereka berdua, Adalina kenyit mata ke Addison sebelum ketawa.

Addison geleng kepala sebelum menundukkan kepala kerana berasa malu sendiri dengan tindakan Adalina yang begitu berani dan bersahaja.