Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 68 - 68. Partner Swap!

Chapter 68 - 68. Partner Swap!

Kereta hitam berkilat brek dengan mengejut tepat dia depan pintu masuk hotel mewah sebelum pintu kereta mula terbuka dengan serentak. Mulanya Lucile keluar dahulu lalu diikuti dengan Ariel. Sewaktu mereka mahu hendak ke pintu masuk, dua orang itu berhenti secara mendadak bila perasan ada yang kurang.

"Mana Adalina?"tanya Lucile pada Ariel yang dia fikir akan keluar sama.

Ariel yang masih kebingungan itu pandang blur ke Lucile. "Entah."

"Haish.."Lucile bergegas semula ke kereta. Dan bila dia buka pintu tempat duduk belakang, di situ Adalina sedang duduk termenung seperti patung. "Adalina...apa awak buat...cepat la. Majlis akan mula tak lama lagi."beritahunya semasa tunduk menjengah kepala ke dalam kereta.

Adalina terdiam dekat situ sambil bermain dengan hujung jarinya.

Lucile kerutkan kening tak faham. Dia kemudiannya bercakung dekat tepi kereta tu untuk pandang ke Adalina. "Kenapa ni?Awak kata awak nak tolong Dania..."

Perlahan-lahan Adalina palingkan kepalanya ke Lucile. Pada awalnya dia fikir, kalau dia buat semua ni tak akan ada apa-apa yang serius bakal berlaku. Tapi bila di fikirkan semula, macam mana kalau dia hentikan semua ni ramai orang akan jadi mangsa keadaan. Macam mana kalau semua ini akan rosakkan nama baik semua orang termasuk la ibubapa Dania dan juga dia sendiri.

Lucile selak lengan kotnya sedikit untuk lihat waktu pada jam tersebut. Tinggal 15 minit saja lagi sebelum majlis pertunangan itu di langsungkan. Kalau berlengah habis semua rancangan mereka. "Awak...pandang saya sekejap."mintanya sambil pegang pipi tu.

Adalina pandang Lucile dengan kening berkerut.

"Dengar okay. Saya tahu banyak perkara yang awak sedang fikirkan sekarang. Tapi saya nak awak tahu, apa yang awak buat ni tiada salahnya. Awak bukan saja membantu ramai orang, tapi awak bantu diri awak jugak. Ya mungkin cara ni salah. Tapi nak buat macam mana, kalau hidup tanpa drama. bukan hidup namanya. Jadi jangan takut. Awak seorang yang kuat. Mana Adalina sadis yang saya kenal tu?"pujuk Lucile sebelum beri senyuman bersemangat pada Adalina.

Melihat Lucile tersenyum, Adalina ikut tersenyum. Dia tak tahu kenapa, memandang Lucile mengingatkan dia kepada Aiden. Kalau abangnya ada Bersama dengannya, mungkin Aiden akan lakukan perkara yang sama seperti Lucile lakukan untuknya. "Terima kasih"ucapnya setelah itu.

Lucile tersenyum. "Tak ada apa-apa la. Awak adalah keluarga Kian, sebagao kawan dia. Saya dah anggap sebagai kawan saya juga. Jom kita pergi jumpa Dania..."dia hulur tanganya kepada Adalina untuk di sambut.

Rasa terpujuk dengan kata-kata Lucile, Adalina turun dari kereta lalu capai tangan Lucile dan jalan bergadingan mendapatkan Ariel semula.

Mereka bertiga bergegas ke arah lif sewaktu ia telah terbuka. Dan pada masa semua hendak masuk, seorang penumpang mahu keluar dari situ pada masa yang sama. Oleh kerana hendak lekas, Adalina tidak pandang malah hanya masuk ke situ sementara penumpang itu melangkah dari situ dengan langkah bersahaja.

Butang tingkat lima di tekan Lucile terlebih dahulu sebelum ia tertutup. Adalina dekat sebelah Ariel kerling ke lelaki itu. Hendak pastikan penampilan lelaki itu memuaskan. Yalah nak jumpa kerabat diraja. takkan la nak pakai pakaian biasa-biasa.

DING!

Pintu lif terbuka setelah itu. Lucile yang tahu dimana keberadaan Dania yang lead mereka berdua untuk ke bilik puteri itu.

Mereka jalan dan jalan sehingga la tiba di depan sebuah pintu dimana dua orang pengawal keselamatan sedang berdiri di situ.

Disebabkan mereka Nampak Lucile terlebih dahulu, tanpa berlengah mereka bukakan pintu untuk lelaki itu masuk. Namun Lucile tolak Adalina dan Ariel masuk dulu barula dia masuk ke dalam dan tutup pintu Bersama.

Masuk saja dalam suite VIP, perkara pertama yang mereka Nampak adalah Dania sedang duduk di atas katil sedang menangis.

Dan setelah itu semuanya menjadi drama air mata.

Ariel terus melutut dapatkan Dania dan memeluk wanita itu dalam keadaan menangis.

Dania yang sedia menangis semakin sedih setelah itu.

Sementara Adalina tak buang masa dekat situ. Dia gerak ke arah katil lalu meletakkan beg duffel yang tersandang di badannya sejak tadi sebelum mula menanggalkan jaket di badannya. "Lucile awak lengahkan pengawal keselamatan dekat luar sana. Dania tanggalkan dress kau sekarang. Tukar dengan aku.."arah dia sambil buka butang kemeja yang ada di badannya dalam keadaan tergesa-gesa.

Lucile terus mengangguk kepala. Dia keluar dari bilik itu sekejap untuk berjumpa dengan pengawal di luar tadi.

Dania yang sedang menangis itu berdiri lalu menghadap Adalina dengan mata terkebil bingung. "Huh?Apa kau cuba lakukan ni Adalina?"tanya dia sambil seka air mata dari pipinya.

"Haih...kau orang berdua ni memang sepadan tahu tak. tanya soalan je kerjanya .Aku kata tukar dress kau dengan aku sekarang"gesa Adalina yang kini hanya bersinglet di badan. Seluar jean masih terpasang di kakinya.

Ariel terkebil-kebil bila tengok Adalina dengan selamba tukar pakaian di situ.

"Apa yang tengah berlaku sebenarnya ni?Kenapa kau boleh Bersama dengan teman lelaki aku?"tanya Dania sewaktu dekati Adlina dan pada masa yang sama membuka tali reben yang mengikat sekeliling pinggangnya.

"Panjang ceritanya kalau aku nak beritahu kau sekarang. Kemudian saja la. Apa yang penting majlis pertunangan kau dengan Addison takkan terjadi sebab aku yang akan take over, Sekarang ganti pakaian kau..."beritahu Adalina yang menarik tali pinggang keluar dari seluar jeannya lalu dicampak ke katil.

Sekali bila Adalina turunkan seluar jean ke bawah. Ariel terus lemparkan dirinya ke dinding dan berdiri menghadap dinding itu dengan mata terpejam rapat.

"Kenapa sekarang baru kau nak take over...asal tak dari awal lagi??"bebel Dania semasa turunkan zip dari dress pula lalu tanggalkan dress itu dari tubuhnya sebelum diserahkan kepada Adalina. Meninggalkan dirinya hanya berpakaian dalam saja

Adalina capai dress itu lalu di sarung ke badannya serta merta selepas tanggalkan singlet dari badannya. "Kalau aku buat dari awal mana seronoknya ya tak?Certain part of life kena la ada drama sikit."sengihnya sambil menarik dress itu naik ke badannya.

Dania capai kemeja Adalina lalu disarungkan ke badannya lalu di butang. "Macam mana dengan bonda aku nanti...tak ke dia mengamuk nanti?"tanya dia sambil itu.

Adalina serahkan seluar jeannya kepada Dania sebelum pusingkan badan untuk minta Dania tarikkan zip dress itu. "Jangan risau. Mulai sekarang kau buat apa kau nak buat. Bonda kau bukan masalah buat kau lagi. Sebab itu aku bawakan kau Ariel Bersama ke sini."

"Kau dah fikir masak-masak ke apa yang kau akan buat ni?"tanya Dania sewaktu Tarik zip dress itu ke atas sebelum tepuk belakang badan Adalina setelah selesai. Lalu dia tunduk menyarung jean ke kakinya pula.

Adalina pandang ke cermin vanity. memeriksa penampilannya yang tak ada lah teruk mana. Nak kata make up muka dia sedia natural, gincu di bibirnya masih boleh tahan lagi, rambut lurusnya awal-awal lagi telah di sanggul. "Kalau aku tak fikir mananya aku ada dekat sini.."dia berpaling semula ke Dania setelah itu.

Dania berdiri tegak semula sebaik saja Berjaya sarung jean Adalina ke kakinya. Dia pandang muka Adalina buat beberapa saat sebelum Tarik Adalina ke dalam pelukan."Terima kasih sebab datang Adalina. Kau tak tahu betapa besarnya makna semua ni untuk aku"

Adalina balas pelukan itu dengan erat sambil memejam mata. Dulu atau sekarang, Dania tetap akan jadi sahabatnya. Dia akan jaga Dania sepenuh jiwa raganya. "Pergi la...bawa Ariel Bersama dengan kau. Lucile akan ceritakan semuanya kepada kau bila kau keluar nanti."dia tolak dirinya dari Dania setelah itu.

Dania menggeleng kepala sambil tersenyum tak percaya ke Adalina. "Kau ni kan...tak pernah tak surprise kan aku.."komennya.

Adalina ketawa kecil. "Dah pergi sana. Aku ada majlis pertunangan yang perlu di crash kan ni.."

"Hahaha...tak sabar aku nak tengok dalam berita nanti. Buat yang terbaik okay."beritahu Dania semasa menepuk lengan Adalina memberi semangat.

Adalina mengangguk kepala. "Kau pun. Jumpa lepas semua hal ni selesai."beritahu dia sebelum keluar dari bilik itu untuk ke dewan dimana majlis pertunangan itu diadakan.

Here we come!