Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 67 - 67. Nekad

Chapter 67 - 67. Nekad

Addison pandang skrin telefonnya dengan sebelah tangan dalam poket seluarnya. Matanya terarah pada kotak buble chat yang dia hantar kepada Adalina setengah jam yang lepas. Dia tanya Adalina datang tak ke majlis pertunangannya hari ni. Tapi tak dibalas pun.

Dia harap sangat Adalina datang. Kalau Adalina datang dia akan ambil keputusan untuk hentikan pertunangan ni. Dan kalau Adalina tidak hadir, itu bermakna Adalina benar-benar nekad mahu lepaskan dia.

Knock!

Knock!

Addison tersentak. Dia palingkan kepala ke balik bahunya. "Masuknya."beritahunya.

Bendahara baru yang dilantik menjengah kepala di pintu itu. "Tuanku majlis akan bermula beberapa minit lagi. Tuanku raja minta tuan putera untuk turun ke dewan sekarang."

Addison kembali palingkan kepala semula ke depan dengan wajah mendung tiada semangatnya. Bersama hela nafas Panjang di lepaskan, dia berpaling dari situ dan mula melangkah mendekati pintu dimana bendahara sedang berdiri.

Perlahan-lahan dia aturkan langkah keluar dari bilik menunggu hotel tersebut. Dia nak lengahkan masa. Harap sangat semua ni takkan berlaku. Dia tak bersedia lagi.

Setibanya Addison di depan pintu lif, , seseorang turut berdiri di sebelahnya waktu itu. Tapi dia tak ambil kisah untuk tengok siapa, sebab fikirannya sudah entah ke mana-mana.

Tak lama dia berdiri disitu pintu lif pun terbuka. Dia berjalan masuk ke dalam lif tersebut Bersama-sama dengan bendahara dan orang di sebelahnya. Dia masih lagi tidak perasaan atau peduli untuk memandang, Addison tundukkan panandangan ke bawah sambil termenung memikirkan Adalina.

DING!

Pintu lif tertutup. Lalu senyap suasana dalam lif itu.

Flashback.....

Hari di gelanggang tenis tempoh hari...

"Kalau awak di beri pilihan, pangkat yang awak ada atau saya...yang mana awak akan pilih..."tanya Adalina kepadanya.

Sudah tentu la jelas-jelas jawapannya siapa. Dia tak perlu berfikir untuk menjawabnya.

"Awak."

"Kalau awak diberi pilihan ayahanda dan bonda awak atau saya?"kening Adalina berkerut seakan sedih sewaktu memandang dia.

"Awak."

"Kalau saya mati, sanggup ke awak serahkan nyawa awak untuk saya?"

"Saya akan mati bersama-sama dengan awak."lafaznya dengan jujur jauh dari dalam sudut hatinya. Dia tak boleh fikir macam dia hidup tanpa Adalina dalam hidupnya nanti.

"Kalau macam tu ikut apa yang telah di aturkan untuk awak sekiranya awak pilih saya. jangan berhenti sekarang."minta Adalina kepadanya dengan renungan yang di faham akan maksudnya. Renungan dimana Adalina sudah nekad dengan keputusan ni.

End of flashback..

DING!

Pintu lif terbuka. Buatkan Addison terpaksa angkat kepalanya lalu pandang ke depan sebelum keluar dari situ setelah tiba di tingkat dimana dewan majlis pertunangannya bakal diadakan.

Orang yang tinggal dalam lif itu perhatikan belakang badan Addison sehingga la pintu lif tertutup dan orang itu hilang bersama di dalamnya.

Bersama langkah yang berat Addison jalan mendekati pintu utama dewan tersebut lalu berdiri di situ dengan tangan berada di sisi, dada mendabik ke depan dan kepala tegak memandang ke depan. Bendahara tiba di sebelah Addison tidak lama selepas itu. Dia pandang ke putera mahkota itu. "Tuanku dah bersedia?"tanya dia.

Addison kerling ke Bendahara dengan renungan kosong. "Sudah."angguknya dengan perlahan.

Maka terbuka la pintu gerbang dewan tersebut setelah ia di tolak oleh Bendahara. Mendedahkan isi ruangan dimana para tetamu dan media yang ada di situ.

Apabila mereka melihat pintu dewan telah terbuka, flashcamera bertubi-tubi menerjah ke Addison seperti kilat menyambar.

Addison berjalan masuk ke ruangan tersebut melalui isle berkarpet merah sepanjang laluannya. Dia jalan sambil pandang kanan dan kirinya. Nak pastikan Adalina ada di kalangan tetamu di situ. Namun begitu sehingga la dia tiba di depan pentas, kelibat Adalina langsung tidak di lihatnya. Kecuali ibubapa Adalina saja yang ada di situ.

Bersama perasaan kecewanya, Addison berdiri dekat situ dengan kedua-dua tangan berada di depan perut dan pandang ke kamera yang ada di depannya sambil mengetap gigi menahan perasaan.