Seminggu dia cuba dapatkan maklumat mengenai teman lelaki Dania. Maklumat dari Permaisuri Diana langsung tak membantu. Wanita itu sama sekali tidak menahu sangat mengenai siapa teman lelaki Dania. Apa yang Diana beritahu padanya ialah, budak itu seorang pelajar lelaki tahun terakhir di sebuah koleh awam. Menurut Diana lagi, dia hanya hantar surat amaran pada lelaki itu supaya jauhkan diri dari Diana atau hidup lelaki tu akan susah dan kuliah lelaki itu akan di batalkan.
Dari situ Adalina siasat sebaiknya untuk kenalpasti siapa lelaki tersebut. Dan setelah bertungkus lumus akhirnya berjaya juga dia!
"Awak sure semua ni tak apa-apa?"tanya Lucile dekat Adalina di sebelahnya sambil pegang stereng kereta erat-erat.
Adalina pandang cermin depannya. "Awak ada idea lebih baik ke?"tanya dia lepas tu.
"Awak tahu...seumur hidup saya la kan tak pernah saya buat kerja gila macam ni.."seloroh Lucile sewaktu perhatikan para pelajar mula keluar masuk ke tempat itu.
"Kalau macam tu enjoy betul-betul sebab bukan selalu awak ada peluang macam ni."ujar Adalina sambil perhatikan seorang demi seorang manusia yang sedang berjalan keluar dari kawasan fakulti itu. Dia tengah cari targetnya.
"Tapi perlu ke kita culik dia bagai. Boleh je awak datang jumpa dia elok-elok dan bincang..."bebel Lucile lagi dekat situ. Langsung tak membantu untuk cari lelaki yang dikatakan merupakan teman lelaki Dania.
Adalina tersengih lepas dengar perkataan culik tu. Dia pun sebenarnya culik Lucile dari bilik kuliah lelaki ni tadi. Pensyarah tengah sibuk bagi syarahan dia dengan muka selamba masuk ke dalam dewan tu lalu heret Lucile macam lelaki tu karung kentang.
Setelah itu dia beritahu Lucile yang dia perlukan bantuan Lucile untuk dapatkan seseorang untuk dia memandangkan dia tak reti sangat selok belok tempat Angelus ni. Ini la sebabnya mereka terpacak dekat depan sebuah kolej dimana khabarnya teman lelaki Dania berada.
"Mana seronoknya dekat situ. Awak tak pernah tengok dalam drama ke movie ke...dia orang ada action okay. Yang bagi impact dekat story tu.."beritahu dia semasa kecilkan mata nak tengok muka yang dihendakkan.
Lucile menjuling mata menyampah. "Lepas awak dapatkan budak ni apa awak nak lakukan pula?"tanya dia lagi. Tak terbayang dia jumpa teman lelaki Dania nanti. Selama ni dia tak pernah ambil pusing pun sebab dia sendiri sibuk dengan urusannya. Ini kan lagi nak sibuk tentang hal adiknya.
"Drive...saya dah nampak...dia cepat!"Adalina terus keluar dari kereta tu dalam keadaan tergesa-gesa.
Lucile yang dengar apa lagi, kelam kelibut la hidupkan enjin kereta dan mula memandu mengekori Adalina dari belakang. Sampai sekarang dia tertanya-tanya kenapa la dia setuju untuk bersekongkol dengan Adalina untuk bantu Dania dan isu bondanya ini. Tak pasal-pasal dia terjerumus sekali dalam dunia bermasalah Adalina nanti.
Adalina dekat luar berlari ke arah seorang lelaki lampai berkot labuh warna hitam dan mengenakan sweater turtle neck. Dan bila dia tiba di depan lelaki itu, Adalina tercungap-cungap bernafas.
"Awak Ariel?"
Lelaki bercermin mata petak bermuka kacak dan lampai itu pandang terkejut ke Adalina. "I-ya saya."angguknya.
"Teman lelaki kepada Puteri Dania Angelus?"tanya Adalina lagi mahukan kepastian.
Mata lelaki tu gerak kanan dan kiri dengan cemas. "Ya ada apa-apa ke?Saya tak jumpa dia lagi..sumpah. Kalau ini soal dia. Saya tak pernah call dia. Tolong jangan buang saya dari akademi ni."kata lelaki tu kalut-kalut.
Adalina menggeleng kepala sambil telan air liur. "Tak...awak jangan risau tentang hal tu. Apa yang penting sekarang. Ikut saya."
"Kita nak ke mana?"tanya Ariel dengan muka bingungnya.
Adalina tidak menjawab. Dia tarik lengan Ariel ke arah kereta dimana Lucile telah parkir. Tanpa menunggu Ariel beri kerelaan untuk ikut, Adalina buka pintu kereta lantas menyumbat lelaki lampai tersebut masuk ke dalam kereta lantas dia pula ikut sama masuk.
"Hei! Apa ni!"gelut Ariel.
"Gerak cepat! Majlis tu akan mula tak lama lagi!"beritahu Adalina pada Lucile.
Lucile tukar gear kereta dan lepaskan handbrake dengan lekas sebelum pusingkan stereng kereta ke kanan dan pandu laju ke lebuh raya utama.
"Apa sebenarnya yang dah berlaku ni?Awak ni siapa?Ke mana kita nak pergi?"tanya Ariel dengan cemas semasa jarakkan diri dari Adalina. Takut kalau Adalina ini orang Permaisuri Dania dan diarahkan untuk bunuh dia ke kerat dia ke!
Adalina tidak hiraukan soalan Ariel malah dia keluarkan satu beg kertas dari bawah seat sebelum di campak ke Ariel. "Salin pakaian ni cepat."arahnya sambil sanggul rambut panjang tinggi ke belakang.
Mata Ariel terkebil-kebil bingung. "What?Salin?Untuk apa?"dia pegang beg kertas itu lalu di lihat isinya. Ianya hanya sepasang pakaian.
"Can you shut the f*ck up! Just change now!" bentak Adalina yang sudah kerimasan. Tahu tak dia dah tak ada masa banyak! Dania dan Addison akan bertunang beberapa minit saja dari sekarang. Dan lelaki ini tidak berhenti memekik! "Awak tukar baju ni atau saya yang tolong awak yang tukar?"tanya dia dengan nada tegas.
Terus terkatup mulut Ariel lepas tu. Dia pandang takut ke Adalina sebelum tanggalkan pakaiannya depan Adalina tanpa berfikir panjang.
Lucile dekat depan memandu, kerling ke belakang melalui rear view mirror. "Awak okay Adalina?"
Adalina tak jawab, Dia hanya diam palingkan kepala keluar tingkap dan termenung memandang keluar. Berharap dia masih sempat untuk halang majlis tu dari berlangsung.
Dia tak nak Dania bertunang dengan Addison!