88.
Lucas jalan menghampiri kereta di bahu jalan hadapan kafe tersebut dimana pemandu kereta sudahpun sedia menunggu di tepi pintu kereta. Berdiri sahaja Lucas hendak masuk ke dalam kereta pemandu keretanya bersuara.
"Silakan tuan..."sapa pemandunya dengan tertib.
"Terima kasih.."ucap Lucas sebelum masuk ke dalam kereta.
Sebaik Lucas selesakan diri di situ, satu tangan pun melingkar ke bawah lengan kanannya sebelum menggengam erat celas jari jemari dengan tangan yang sama.
Tidak tersentak kerana sentuhan itu, Lucas palingkan kepala ke sisi lalu mengucup tengah dahi itu dengan perlahan.
"Apa yang buatkan awak lama sangat tadi?"
"Penat ya?Sorry. Sebab itu saya suruh awak tunggu aje di hotel sementara saya uruskan hal di sini."
Kereta mula bergerak ke jalan Utama setelah pemandu mula memandu.
"Saya tak faham, kenapa awak perlu berjumpa dengan semua orang di sini dan selesaikan segalanya. Bukannya mereka kisah pun kalau awak tinggalkan sini.."
"Mestilah perlu. Mereka semua di sini yang selalu membantu saya sewaktu saya susah dulu. At least saya berikan sedikit cenderahati sebagai tanda terima kasih sebelum saya tinggalkan tempat ni nanti..."pujuk Lucas.
"Kalau saya la kan...saya dah tak peduli dah...berterima kasih atau nak diterima kasihkan...semua tu saya tak peduli lagi."
"Tak boleh macam tu...mama saya ajar kita kena sentiasa berterima kasih pada orang yang dah berjasa pada kita walaupun jasa itu sekecil biji sawi."
Tawa kecil kedengaran tidak lama kemudian. "You're so sweet do you know that?"
Seandainya Airis tahu apa yang dia telah lakukan rasanya kekasihnya ini tidak akan mengatakan dia seorang yang baik. Lucas apalagi, dia pun ikut tersengih lebar mendengar ucapan itu sebelum pandang wajah yang sedang memandangnya saat ini. Ya...wajah kekasihnya. Airis Ariana.
Mengenangkan sikap keras kepala yang dimiliki Airis, nampaknya sangkaan Encik Davis mengenai Airis memang tepat. Gadis ini selamat semasa pembedahan akibat kecederaan berpunca dari Aron tempoh hari. Doktor kata luka Airis boleh dikira dalam sebab kulit kepalanya koyak dan terpaksa menerima beberapa jahitan. Namun tulang tengkoraknya tidak apa-apa.
Kemudian selang empat hari, Airis sedarkan diri. Kemudian Airis dibawa keluar dari hospital dengan Encik Davis. Airis sembuhkan diri di rumah Encik Davis di sana.
Sakit la jugak sebab berpisah jauh dan terpaksa berhubung secara jauh. Tapi Lucas tidak kisah janji Airis tak apa-apa dan sihat.
Selang beberapa bulan selepas itu, ibu Lucas pun meninggal dunia kerana kanser yang dihidapi selama bertahun lama. Airis tidak sempat hadiri majlis pengebumian itu kerana Airis sendiri masih proses nak sembuhkan diri.
Tetapi Airis kembali ke situ menemui Lucas dua hari selepas Lucas berjumpa dengan Keluarga Adriana untuk menyerahkan surat hak milik syarikat Encik David yang pernah dirampasnya tempoh hari.
Dan semua yang terjadi di situ, tiada satupun yang Airis ketahui. Lucas enggan Airis tahu apa yang telah terjadi pada mereka yang telah menyusahkan dan menyakiti Airis selama Airis di situ.
Apa yang Airis tahu, Lucas dah tamat belajar dengan jayanya dan mendapat anugerah dan bakal menerajui bisnes ayah Lucas nanti. Kemudian soal Keluarga Adriana, Airis cuma tahu tentang khabar yang keluarga ibu kandungnya itu telahpun bankrap dan bakal berpindah ke rumah lain. Selebihnya dirahsiakan.
"Awak rehat la dulu Airis..."pipi Airis di usap lembut sewaktu Lucas melingkarkan tangannya ke belakang badan Airis untuk menyandarkan Airis ke dadanya. Subuh tadi Airis ni baru sampai dari airport. Dah pesan dari awal tak perlu datang sebab Lucas memang dah rancang nak bertolak terus ke tempat Airis selepas urusannya selesai. Tapi Airis bertegas jugak hendak ke sini.
"Kita nak ke mana selepas ni?"soal Airis sebaik menyandarkan pipinya ke dada Lucas dan memeluk depan perut lelaki itu sebelum melemparkan pandangan keluar tingkap kereta. Jet lag dia memang jangan cerita. Dia mengantuk tapi tak boleh tidur, dia penat tapi tak rasa nak rehat. Itu masalahnya.
"Jumpa mama saya..."menung Lucas saat memandang ke depan. Sebelum berangkat ke lapangan terbang dia merancang untuk melawat kubur mamanya.
Airis tenggelam dalam menungnya.Sebenarnya dia ada niat hendak menemui keluarga Adriana terutama sekali si kembar. Tapi tak apalah...dia bukannya berdendam pun dengan mereka. Mungkin ini yang terbaik. Sebab kehadiran dia tidak akan beri sebarang faedah pada keluarga Adriana tu. Lantas Airis pun memejamkan matanya. Membiarkan deruan lembut kenderaan dan aircond mendodoinya ke dalam tidur.