Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 89 - 13 Tahun

Chapter 89 - 13 Tahun

89.

              "Mama...!"

              "Shush!Ian!Mama dengar!"

              "HuargghhH!Sakit!Sakit!"

             "Telinga mama yang sakit dengar kamu menjerit begini!"Airis menempik geram ke anak lelakinya berusia 11 tahun sewaktu hendak mencabut gigi susu bahagian Bawah depannya.

            "Macam mana kalau Ian mati sebab pendarahan?"

            "What kind of nonsense is that?"Airis mengikat tali floss tepat pada gigi yang memang tunggu masa aje nak cabut itu.

Lalu muncul kanak-kanak berusia 7 tahun. Berjalan sambil memegang bekas krayon dan buku mewarna yang sudah terbukak luas kerana tangannya tak dapat nak pegang dengan kemas lagi.

             "Kenapa abang menjerit mama?"soal Dania setelah berdiri di tepi kerusi tempat Ian duduk.

              Airis Waktu itu sedang membongkok depan Ian. "Cabut gigi sayang. Abang kamu cuma over dramatic aje...belum apa-apa nak menjerit.."

             Ian berkerut kening. Dia mengecap bibir seusai Airis berdiri tegak memandangnya. "Dah?"

             "Mm..dah..cuba tarik tali floss tu.."arah Airis.

             "Tak nak!"geleng Ian dengan laju. "Kita takut mama...kalau sakit macam mana.."tidak semena Ian meraung lagi. Berjuraian la air mata di pipi.

Hah!

Airis dongak memandang ke atas. Melepaskan keluhan mengalahnya kerana sudah tidak boleh sabar dengan raungan bingit Ian.

              "It's okay...tak sakit.Percayalah cakap mama ni.."

             "No!I don't want..."

             "Please Ian...tinggal sikit aje lagi tu."

             "Tak nak!Sakit mama!"

Sedang Airis dan Ian saling bertukar perbualan, dalam diam sebenarnya Dania perhatikan saja tali floss warna putih yang berjela dekat depan mulut Ian dari tadi. Mata bulatnya terkebil-kebil. Sekali bila sel-sel otaknya mula berhubungm, tangan Dania naik memegang tali floss tersebut.

PLOP!

Dania rentap tali floss itu begitu saja saat Ian sedang panik sendiri dan Airis sedang bingung hendak memujuk.

Bila tali itu jatuh bersama sebutir gigi putih, Airis dan Ian sama-sama pandang pegun akan Dania di situ. Tidak menyangka dengan mudahnya Dania menyelesaikan isu sejak pagi mereka ini.

              "Oh my goodness!!"Airis terus menekup mulut menahan diri dari ketawa.

               Sementara Ian memegang tempat giginya tercabut. Nak check ada darah ke tidak.. "Nia!"rungutnya tidak percaya.

                "Eew!Jijiknya.."menyedari yang dia baru melihat gigi abangnya di hujung tali floss itu, Dania terus menjatuhkannya ke lantai.

               "Hahaha...."Airis tunduk mengutip gigi tersebut lalu diserahkan kepada Ian. "Well done baby bear.."selepas itu dia membongkok ke Dania untuk mengucup pipi gemoi anak perempuannya.

               "Mama gigi kita..."tunjuk Ian.

               "Ya..gigi kamu. Tak sakit kan?"Airis mengusap kepala berambut hitam pekat Ian.

               Pada masa itulah muncul Lucas dari pintu belakang rumah. Baru sahaja keluar dari bangsal. Tadi di luar sibuk mesin rumput. "Hah..kenapa ni?Dah tercabut belum gigi tu?"selorohnya semasa gerak ke island dapur. Satu jag air berisi air kosong dituang ke dalam gelas yang berada di atas dulang yang sama.

                "Papa!Tengok ni!"Ian tayang gigi patahnya dengan bangga.

                "Nia yang cabutkan tadi.."cerita Airis dengan senyuman lebar di bibir.

                "Serius la?"Lucas pandang terkejut ke Dania sambil tersenyum lebar. "Well done baby bear.."ucapnya sebaik selesai minum.

Airis kemudiannya gerak ke sinki. Dia cuci tangan apabila bunyi loceng rumah berkumandang seisi rumah.

Ding!

Dong!

Kebetulan pada masa itu Lucas sedang tunduk memeriksa keadaan Ian. Dan Dania sudah bergerak ke meja makan dengan set buku mewarna dan krayon dia tadi.

             "Biar saya tengok.."sambut Airis serta merta. Dia atur langkahnya ke pintu depan dengan segera.

Setibanya di hadapan pintu, Airis pun buka daun itu ke dalam. Sekali dia di sapa dengan dua orang gadis berwajah serupa. Namun penampilan dua orang itu berbeza. Seorang berpakaian serba dress dan rambut mengurai ke dada. Seorang lagi berpakaian kot labuh dengan dress shirt dibahagian dalam dan berseluar Panjang. Rambut itu diikat satu ke belakang.

             "Ya?"tenung Airis dengan riak bingung.

              Lantas gadis berusia 18 tahun yang mengenakan pakaian serba dress tersenyum manis. "Hai Miss Devil..."sapanya.

Untuk seketika Airis jadi bungkam. Matanya kaku terbutang. Nafas juga ditahan tanpa sedar. Takkan la!

             "Hai Kak Airis...ingat kami lagi tak?"tegur yang mengenakan kot labuh pula.

             "Siapa tu sayang?"Lucas menegur dari dalam sebelum lelaki lampai itu berdiri di belakang Airis sambil memegang pintu. Dan bila dia pandang ke depan Lucas ikut bungkam. Terkejut sebab lihat dua gadis di depan pintu mereka saat itu.

             "Jennie?"sebut Airis mengecilkan mata tidak pasti selepas meneliti wajah gadis mengenakan dress lengan pendek paras lutut di depannya.

             "Hahaha....maaf sebab ambil masa lama nak cari Kakak Airis. Inipun kami tipu mama dengan ayah dengan alasan kami ada lawatan di kolej..."ujar Jennie.

            "Tapi macam mana-"mata Airis mula berkaca. Dia lirik Jennie dari atas ke Bawah dengan sebak sebelum mengerling ke Lissa.

             "Panjang kisahnya. Tapi dipendekkan cerita, Abang Aron dapat tahu yang Abang Lucas tinggal Bersama ayah kandung dia. Dari situ dia kesan dimana Abang Lucas tinggal. And here we are!"Lissa bersuara.

              "Oh my god!"lafaz Lucas ikut tergamam. "How old you guys now?"dia dah lupa sebab dah tiga belas tahun berlalu lama.

               "18 tahun tapi nak masuk 19.."jawab Jennie.

               Airis tidak berlengah, dia terus depakan tangannya ke depan dan menarik dua orang itu ke dalam pelukannya. Siapa sangka, dia akan menemui mereka semula selepas berbelas tahun lama terpisah. "I miss you so much.."ucapnya dengan sebak. Air mata berjuraian turun ke pipi.

              Jennie dakap tubuh kurus Airis seeratnya. "Maaf Jennie lambat beritahu ni...terima kasih Kak Airis sebab selamatkan saya.."ucapnya dengan senyuman lebar.

               "Kami ingatkan kakak sudah tiada lagi. Rupanya kakak ada di sini...kakak tak tahu betapa rindunya kami pada kakak.."ucap Lissa sudah tersedu sedan menyembam muka di ceruk leher Airis.

Airis tersedu sedan. Dia mengangguk kepala tanda tak apa selepas mendengarnya.

               Lucas di pintu bersandar di situ dengan senyuman lebar di bibir. "Kalau ya pun masuk la ke dalam. Sambung menangis dekat dalam."tegurnya terbayangkan zaman kanak-kanak Lissa dan Jennie sewaktu mereka berdua jaga dua orang ini.

               Airis pun tersentak. Dia terus pimpin dua orang itu ke dalam. "Ya tak ya...jom masuk. Kamu berdua menginap di mana ni?"

               "Hotel...."jawab Jennie

               "Boleh kami duduk rumah kakak nanti?"aju Lissa.

               "Mestilah...kakak nak dengar jugak cerita kamu.."

Ketika tiga orang itu berborak sambil berjalan masuk, Lucas mengerling ke arah sebuah kereta yang terparkir di bahu jalan seberang menghadap kediamannya. Dia perhatikan seketika sebelum bergerak menutup pintu.

~TAMAT~

Edited 12 Oktober 2023