82.
Flashbacks
PANG!
Satu tamparan hinggap di pipi Rina.
Puan Adriana berdiri di hadapan Rina dengan nafas naik turun hilang sabar. Matanya merah, hidungnya kembang kempis.
"Berani sungguh kamu!Berani sungguh kamu menganiaya Airis dan menjadikan keluarga kami ini objek permainan kamu!"bentak Puan Adriana dengan berang.
Rina memegang tepi pipi yang ditampar dengan mata terbutang luas. Kelu tidak dapat berkata apa-apa.
"Kamu apa?Kamu menipu dengan mengakui kamu yang derma buat pembedahan Jennie sedangkan selama ini Airis yang bertanggungjawab untuk keluarga kami?"marah Encik David.
"Apa ni aunt!Kenapa pukul sepupu saya!"
"Kau diam!"melenting Aron tidak semena. "Ini semua ulah kau Mandy! Gara-gara hasad dengki kau tu hidup aku merana macam ni!"
"Kamu berdua ni memang layak pun dimalukan!Lihat sendiri la perangai tu macam mana! Mulai hari ni, jangan kami sesekali tunjuk muka dihadapan kami semua lagi. Kalau kami dapati kamu dekati mana-mana ahli keluarga kami...Tindakan keras akan diambil.."
"Aunt, saya-"Rina nak bersuara semula, tetapi ditampar sekali lagi dengan Puan Adriana.
"Ptuuii!Dasar perempuan tak guna!!"ludah Puan Adriana ke Bawah kaki mereka berdua dengan benci sekali.
Lantas Encik David dan Aron berlalu pergi meninggalkan Rina dan Mandy, tetapi tidak lama selepas itu ibubapa pelajar yang menjadi mangsa buli mereka dating meenghurungi mereka tidak lama kemudian.Mendesak mereka memberikan penjelasan dan sebagainya sampaikan Rina dan Mandy diasak bagai nak apa.
Dan di balik kekecohan itu, Jared dan rakan-rakannya sekadar memerhati dari jauh tanpa cuba untuk ambil kisah. Tugas mereka sudah selesai. Dengan ini Lucas tidak akan mencari mereka lagi.
End of flashbacks
Langit mendung, matahari pula kelihatan malu-malu hendak munculkan diri. Membuatkan pemandangan Kawasan perumahan mewah di Kawasan itu kelihatan sungguh muram dan tiada serinya.
Seakan dalam siaran hitam putih, keadaan rumah tiga tingkat keluarga Adriana kelihatan suram tidak berwarna. Kawasan yang awalnya berumput tidak lagi berwarna, Bunga yang biasa mekar tumbuh sudah layu dan sekadar tersisa ranting yang kering.
Manakala didalam kediaman itu pula hanya tinggal beberapa buah kotak dan satu set sofa sahaja. Hampir kosong rumah itu setelah barang di rumah mereka telah digadai untuk membayar segala hutang dan perbelanjaan.
Dengan perlahan empat beg bagasi tersusun di depan pintu oleh Aron sewaktu lelaki itu berdiri di situ Menunggu ibu ayah dan adiknya turun ke bawah untuk pindah keluar dari rumah itu memandangkan ianya bukan lagi hak milik mereka.
"Mama kita nak ke mana?"soal Jennie sewaktu dia menuruni tangga Bersama Encik David di sisi.
"Jalan-jalan sayang.."balas Puan Adriana sambil memegang Lissa yang sedang meragam kerana mengantuk.
"Lissa nak tidur..."sungut Lissa dengan muka bercemberut.
Aron yang dengar mengangkat kepala dari skrin telefonnya. Lalu dia memandang Jennie yang kelihatan sihat dan ceria selepas beberapa bulan sejak pemindahan hati beberapa bulan yang lalu.
"Kakak Airis tak ikut sekali ke?"tanya Jennie pada Aron sewaktu lelaki itu tunduk menyarungkan kasut pada kakinya.
"Nanti bila kita tak sibuk kita jumpa dia.." jawab Encik David pula sambil mengusap kepala Jennie.
Sedang mereka berempat sibuk menguruskan diri, loceng pintu kedengaran. Menyentak Aron yang paling dekat dengan pintu tersebut. Dengan segera lelaki itu membuka pintu itu.
Apabila daun pintu ditarik ke dalam, wajah Aron menjadi bungkam. Dia memandang kaku ke arah orang yang berdiri di depan pintu itu.
Lucas menjengah kepala ke dalam, melihat Jennie dan Lissa dia memberi senyuman manis. Sementara Puan Adriana dan Encik David berdiri memandang ke arahnya dengan wajah kehairanan.
"Dah nak bergerak ke?"soal Lucas bersama sampul surat coklat saiz A4 di tangan kanan.
Aron yang berdiri di depan pintu itu mengangguk kepala perlahan.
"Kalau tak kisah...boleh saya ambil sekejap Puan Adriana...Encik David..."minta Lucas dengan formal.
Aron berpaling memandang ke arah ibubapanya. Menanti mereka memberi izin kepadanya untuk membenarkan Lucas masuk ke dalam rumah yang seperti bukan rumah lagi buatnya.
"Jemputlah masuk...tapi tak boleh lama sebab tiket kami sejam dari sekarang..."pelawa Puan Adriana.
Lucas menarik senyum nipis sebelum melangkah masuk ke dalam rumah itu. Apabila lelaki itu masuk ke dalam rumah itu, hatinya terus berasa sebu, dadanya berdenyut sakit. Sekitar tempat itu dipenuhi dengan memori lama. Mengingatkan segalanya dimana Airis pernah berlegar-legar.
Mereka mempelawa Lucas untuk duduk di dalam ruang tamu yang mana hanya tinggal sebuah set sofa. Yang hanya cukup untuk Lucas seorang sahaja duduk.
Aron menilik Lucas dari atas sampai bawah. Rakannya itu kelihatan sangat mewah dengan pakaian branded dan rupa paras seperti orang kaya. Sejak bila rakannya ini berubah secara mendadak.
"Ada apa?"sapa Aron bernada mendatar.
Sapaan itu tidak dihiraukan oleh Lucas. Dia menyerahkan sampul surat yang dibawanya tadi kepada Encik David.
"Di dalam sampul ini adalah dokumen rasmi mengenai pengambilalihan syarikat Puan Adriana dan Encik David yang mana pernah di rampas.."
Puan Adriana dan Encik David membutang mata tidak terkata.
"Pada awalnya nama pemilik itu adalah milik Ericson, tetapi ianya telah di tukar kepada nama kalian..."maklum Lucas sambil duduk bersandar di kerusi. "Kalau bukan disebabkan Airis yang minta...saya tak mungkin akan serahkan semula harta ini pada puan dan encik..."
Aron pandang dengan riak tidak mengerti dan renungannya mencerlung tajam.
"Apa semua ni Lucas?Kau merepekkan apa?Pertukaran hak milik?!"soal Aron marah-marah.
Namun begitu Lucas masih tidak menghiraukan Aron.