Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 83 - Balas Semula

Chapter 83 - Balas Semula

83.

            "Apa maksud semua ni Lucas..."soal Aron lagi.

Lucas mengerling sekilas ke Aron. Namun pandang saja wajah itu rahangnya berketik kerana masih marahkan Aron kerana telah menyakiti Airis, dan dia belum memaafkan Aron untuk itu. APa yang menambahkan marahnya adalah selepas Airis masuk hospital Aron tidak pernah cuba untuk cari tahu akan khabar Airis.

Oleh itu dia akan halimunankan Aron. Menganggap Aron seakan tidak wujud di depannya saat ini. Sebab itu apa saja yang Aron katakan dia buat tak dengar.

Menyedari dirinya tidak dihiraukan, Aron hanya mampu mengetap gigi menahan sabarnya. Dia tenung wajah Lucas dengan kening mencerlung marah.

          "Jadi...apa tujuan kamu ke sini Lucas?"Encik David bersuara kemudian.

Lucas tersenyum nipis.

          "Saya datang sebab nak jelaskan semuanya dan memohon maaf untuk apa yang telah berlaku pada anda sekeluarga.."ujarnya sambil memandang wajah kebingungan Encik David dan Puan Adriana.

Disebabkan Lucas telah kenal lama dengan keluarga ini sejak Aron masih mempunyai ibu kandung sehinggalah Adriana muncul. Lucas telah bersama dengan Aron seperti adik beradiknya sendiri. Dia sangat sayangkan keluarga ini sebelum Airis datang. Sehinggalah mereka masing-masing tunjuk belang sebenar. Hatinya telah tawar.

Walaupun masih terkesan dengan segala yang telah terjadi. Lucas ambil keputusan untuk relakan semuanya. Lagipun dia tak biasa marah lama-lama.

Seperti yang Airis pernah katakan.

Let by gone be by gone.

Adriana tunduk memeriksa dokumen itu dengan muka tidak percaya sebelum kembali memandang Lucas.

           "Apa yang berlaku sebenarnya?Mulanya semuanya dirampas dari kami dan sekarang dipulangkan semula kepada kami?Ingat semua ni permainan ke?"soal Puan Adriana tidak puas hati.

Jelingan tidak suka terarah ke Puan Adriana taktala Lucas menarik sengih mengejeknya pada Wanita itu. Masa susah ke senang, sikap menjengkelkan Puan Adriana tidak pernah ada kurangnya.

             "Semua itu hanya untuk pengajaran anda     berdua...untuk apa yang kalian dah buat pada Airis, dan meletakkan Airis pada situasi yang tak sepatutnya..."ujar Lucas dengan renungan tanpa perasaan.

Encik David terkesima. Dia memandang terkejut ke arah Lucas.

            "Adakah Airis yang rancang semua ni?Sengaja menyusahkan kami?Rampas syarikat kami?Buat kami bergolok gadai...dan selepas semua kesusahan yang kami tanggung dia baru nak pulangkan semula?Ingat kami ni apa?Kelakar ke buat semua ni?"kerut Encik David.

Renungan dingin terarah pada Encik David apabila Lucas mendengar nama Airis di ungkit.

Kenapa?

Kenapa mereka ni tak habis-habis nak meletakkan semua kesalahan ke atas Airis lagi?

Tak boleh ke mereka semua ni mengakui terus kesilapan mereka pada Airis dengan berlapang dada?

Kenapa masih jugak nak mengungkit nama Airis!

           "Adakah ini di atas apa yang terjadi pada Airis?"tanya Puan Adriana. "Kerana tindakan saya pada Airis disebabkan salahfaham yang dicipta oleh Rina?Kamu tahu kan kami tak bersalah dalam hal ni, Semua ni kerana Rina!"

Lucas menjeling geram ke arah Puan Adriana.

   

           "Nak tahu apa yang kalian berdua dah buat pada Airis selepas apa yang dia untuk kalian?"soal Lucas dengan kecewa. "Memang dia datang ke dalam keluarga ni tanpa dipelawa apalagi atas kerelaan dia. Tapi pernah tak sekali aunt, uncle dan Aron cuba fahamkan Airis dari awal lagi kenapa dia bencikan keluarga ni?"No...you never ask her because you immediately judging her as a troublemaker...."jelas Lucas dengan nada mendatar.

              Puan Adriana mengetap gigi dengan erat sewaktu bibirnya tercebik sebak. "Aunt cuba untuk dekati dia...Lucas...dia yang reject aunt dari awal lagi. Memangnya apalagi yang aunt mampu lakukan kalau dia tak boleh terima aunt lagi dalam hidup dia?"

              "Balik-balik salah Airis...balik-balik Airis. Aunt pernah fikir kenapa dari awal lagi Airis tak berharap aunt terima dia?Sebab Airis tahu yang satu hari kalau dia terima aunt, dia akan disakit sekali lagi. Dia takut kalau aunt takkan terima dia dan buang dia sekali lagi...yang mana tekaan Airis tu benar. Sebab apa?Sebab dia faham ibu kandung dia sendiri lebih daripada sesiapa di muka bumi ni..."jelas Lucas dengan renungan berkaca. "Sayangnya pengorbanan dia tak dihargai malah dia lebih disakiti dari sebelum ni...oleh ibu kandung dia.."

               "Bukan kami yang minta dia lakukan semua tu." bidas Puan Adriana.

Lucas menjeling tajam ke Adriana. Perasaan amarah mula membuak di dalam dada.

               "Memang bukan aunt yang minta. Tapi disebabkan tanggungjawab sebagai seorang anak dia jaga adik dan rumah ni dengan baik. Sebenci mana dia pada aunt...Airis tetap cuba untuk berjasa pada keluarga ni...ya memang Airis kasar memang dia tak tahu nak cakap dengan baik?Tapi kalian ke kenapa dia macam tu?Tak...kalian tak tahu kehidupan sepanjang dia membesar bagaimana. Airis disakiti, dikhianati malah dibuli sepanjang hidup dia..dan kalian harapkan dia untuk bersikap baik pada kalian?Selepas apa yang terjadi?memang tak la..."

Lucas memandang ke lantai sebelum matanya naik memandang Adriana lalu turun ke arah Jennie yang sedang berdiri memandangnya.

Encik David bungkam di belakang Puan Adriana. Lelaki itu tunduk memandang ke lantai setelah menelan air liur dengan susah payah.

             "Airis telah korbankan diri dia untuk selamatkan Jennie. Dan apa yang kalian balas untuk pengorbanan dia?Selain makian dan tuduhan tak berasas...apa yang Airis dapat selepas tu?"Lucas tersenyum pada Jennie sebelum kembali memandang Puan Adriana. "Malah anda percayakan kata orang lain yang mengaku dia adalah penderma sebenar. Anda layan Airis seperti sampah setelah apa yang dia dah lakukan untuk keluarga ni..."mata Lucas kemerahan.

             "Semua ni takkan berlaku kalau Airis berlaku jujur dari awal Lucas. Ingat aunt akan sesuka hati salahkan Airis dan menuduh dia?"masih enggan mengakui kesalahannya Puan Adriana membidas lagi. .

              "Sebab aunt sendiri berkelakuan tak selayaknya sebagai seorang ibu!Macam mana Airis nak jelaskan semuanya. Airis ada hak untuk merahsiakan sebagai seorang penderma. Dia tidak perlukan pengakuan atau approvement dari sesiapa untuk melakukan sesuatu. Dan aunt sepatutnya berhenti bersikap seperti seorang ibu yang tidak berguna terhadap Airis..."

Barulah Puan Adriana terdiam. Terkesan dengan kenyataan pedas Lucas itu.

            "Tapi kenapa Airis susahkan keluarga ini?Apa salah yang saya telah lakukan terhadap Airis sampai begini sekali hukumannya?"soal Encik David bernada kecewa.

Lucas ketawa kecil, dia menarik senyuman meleret.

             "Bukan dia...tapi saya sendiri. Basically Airis  sendiri merayu pada saya supaya berhenti. Supaya jangan lakukannya kerana dia masih menganggap anda semua keluarga dia, despite what you have done to her...she still care for not make any of you in trouble....but what I can say. This family is fu**ed up!"

Aron memandang marah pada Lucas. Dia mengepal penumbuk menahan sabar.

              "Sanggup kau buat macam ni. Lepas apa yang kita orang dah buat untuk kau?"soal Aron dengan kening mencerlung.

Lucas memalingkan muka ke arah Aron. Dia menarik sengih sinisnya.

              "Apa yang kau dah buat untuk aku selain berlagak dan tunjuk diri kau tu lebih bagus hidupnya dibandingkan aku, Aron? Kau hanya tunjukkan nilai persahabatan tu jer...selebihnya effort dari aku untuk kekal bersahabat baik dengan kau."Lucas menjeling tajam ke arah Aron sebelum berdiri, dia membetulkan kotnya sebelum berdiri tegak. Menghadap mereka semua. "Saya tahu...tak kira apa sekalipun saya cakap anda takkan rasa bersalah...sekalipun Airis dah tak ada dekat dunia ni lagi...saya tak rasa kalian semua akan terkilan mengenainya. Sebab apa?Sebab hati busuk anda tu takkan dapat dapat lihat kebaikan orang lain...apalagi berasa kasihan..."jeling Aron pada Puan Adriana.