Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 81 - Kejutan

Chapter 81 - Kejutan

81.

            "Terima kasih untuk ucapannya. Sememangnya tidak boleh dinafikan dari tokoh pelajar kita. Tidak pernah menghampakan kita. Ucapan yang penuh dengan intipatinya.Marilah kita beri tepukan gemuruh buat penuntut kita Lucas Ericson..."

Sebaik saja pengacara habis maklum seluruh dewan itu digempar dengan tepukan paling gemuruh dan sorakkan gembira dari penuntut yang lain.

          "Sebelum mengakhiri majlis pada hari ini, marilah kita lihat sedikit video yang disediakan oleh para pelajar dari kelab multimedia. Ianya adalah kompilasi memori dan kenangan sepanjang masa para graduan disini.."maklum pengacara majlis.

Skrin besar atas pentas berubah latarbelakang dari pemandangan pengacara kepada siaran pembukaan sebuah video.

Mulanya video itu bermula dengan rakaman di mana para pelajar ketawa, beberapa gambar sekitar pemandangan fakulti, momen sewaktu para penuntut menjalankan aktiviti sukan dan sebagainya, memberi pengenalan diri di depan kamera dan banyak lagi yang melucukan. Namun begitu suasana video itu berubah sedikit demi sedikit kepada mood yang lain macam.

Dimana rakaman dan imej-imej dimana para pelajar di aniaya dan di sakiti.

Seluruh dewan tergamam dengan rakaman itu. Perlahan-lahan para ibubapa mulai berdiri. Memandang terkejut ke rakaman video dimana seorang gadis sedang di sakiti, video itu berganti pada imej dimana sekumpulan pelajar lelaki di suruh berdiri dalam keadaan bogel sambil di rakam. Dan pelaku kejadian itu adalah orang yang sama. Seorang gadis berwajah penuh dengan make up tebal.

Dan secara tiba-tiba satu suara bergema dalam dewan itu.

           "Kau rasa kenapa aku ada dekat sini. Muncul secara tiba-tiba dan hidup kau terus musnah lepas aku wujud dalam hidup keluarga kau?"tanya RIna.

           "Mandy cuba balas dendam dekat aku menggunakan kau?Itu maksud kau?"soal Airis.

          "Hah...pandai pun. Ingatkan muka jer lawa otak udang..."RIna berdiri tegak. "Dan untuk itu aku akan berikan memori terindah untuk kau..."Rina jalan mengundur ke belakang. "Dia orang akan 'kendurikan' kau ramai-ramai dan rakaman ni akan jadi santapan semua orang dalam kolej ni.."

Rina dan Mandy yang lihat berdiri terkejut memandang ke skrin itu. Tidak menyangka semua itu sedang berlaku sekarang. Di hadapan semua orang!Dihadapan dekan dan counselor pulak tu!

Mereka semua yang melihat video itu pandang dengan rahang tergantung ke bawah. Masing-masing kelihatan tercengang mendengar perbualan sadis dalam video itu. Tidak percaya dengan apa yang didengari mereka. Siapa sangka gadis manis yang mesra dengan semua orang selama ini rupa-rupanya hanyalah iblis bertopengkan manusia.

           "Aku tahu kau adalah penderma asal hati adik tiri kau tu...jadi aku gunakan alasan tu untuk buatkan keluarga kau bencikan kau dengan mengapi-apikan dia orang dengan mengatakan kau perempuan jalang yang suka menginap dekat rumah lelaki lain masa hari pemeriksaan DNA mereka. Dan kau tahu dia orang percayakan kata-kata aku!"luah Rina. "Kalau Mandy tak suruh aku pun, aku akan tetap buat hidup kau susah.."

Mandy berpaling memandang Rina. Dia menyinggul lengan sepupunya itu.

            "Apa yang berlaku ni Rina?"

            "Manalah aku tahu..!"marah RIna pada Mandy sebelum dia berpaling dari situ. Mula hendak larikan diri sebelum dia dikecam.

            "Apa semua ni?"laung ibubapa yang tergamam dengan keadaan itu.

            "Ini kolej ke tempat orang jadi bangsat hah!"

Dan antara yang paling terkejut adalah Aron, Puan Adriana dan Encik David yang sedang duduk di kerusi menghadap pentas tersebut. Mereka begitu bungkam hinggakan masing-masing tidak sedar telah menahan nafas kerana menyaksikan situasi dimana Airis telah disakiti oleh Rina dan pengakuan yang mereka dengarkan sebentar tadi.

Para kaunselor dan pensyarah menjadi tidak tentu arah. Mereka terjerit-jerit meminta mereka untuk hentikan rakaman itu, namun tidak satupun berhasil. Seakan skrin itu telah di hack dari dalam. Yang mana sumbernya mereka sendiri tidak pasti dari mana datanganya.

Sampai kesudahlah semua yang ada menonton video pendek mengenai perbuatan jahat Rina dan Mandy sepanjang mereka berada di dalam kolej selama ini.

Dalam kesibukan itu, Lucas sedang berdiri di tepi hujung dewan tunduk memandang skrin telefon tersenyum sendiri sebelum mula berjalan keluar dewan. Langkahnya di atur menuju laman berumput yang turut sibuk dengan tetamu lain.

Setibanya Lucas di situ, dia telah disambut oleh Laila, Encik Ericson sendiri dan beberapa orang lagi saudara maranya.

Mereka semua memberi pelukan hangat dan ucapan selamat pada Lucas sebelum mengambil gambar bersama. Lucas yang berdiri di tengah-tengah gambar tersenyum lebar. Memandang gembira ke arah tukang mengambil gambar mereka.

              "Say cheese everyone!"

Lucas mengangkat skrol dia ke atas saat Laila memeluk sekeliling rusuknya. Sambil pandang akan jurukamera, dia senyum selebar mungkin kerana senang hati. Selepas ini Aron dam keluarga lelaki tu akan sedar, orang yang selama ini mereka sanjung dan tatangkan adalah duri dalam daging mereka sendiri. Dan darah daging yang mereka bencikan selama ini adalah penyelamat mereka yang sebenar.  Selepas ini Aron dan Puan Adriana tidak akan dapat menemui Airis lagi.

Sekalipun mereka hendak melutut apatah lagi merayu ampun, segalanya sudah terlambat.

Ini adalah kejutan dari dia sempena perpisahan mereka semua di kolej ini.

            "Cheese!!!!!"

Dengan serentak semua orang yang berada disitu melaung!