Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 80 - Konvokesyen

Chapter 80 - Konvokesyen

80.

             "Dipersilakan graduan seterusnya iaitu, Lucas Ericson untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah cemerlang kehormat dekan. Pelajar cemerlang sepanjang tiga tahun di sini..." maklum pengacara majlis sewaktu lelaki lampai yang segak mengenakan jubah konvo emas merah merun naik ke atas pentas. Bersalaman dengan beberapa orang kaunselor sebelum menerima segulung ijazah, sebuah piala dan fail berwarna merah berlogo keemasan.

Dengan tertib lelaki itu menerima anugerah itu dengan senyuman lebar. Dia kemudiannya berdiri di depan podium menghadap para tetamu yang ada di dalam dewan itu. Matanya liar melihat sekeliling. Berharap seorang dari para tetamu yang ada di situ adalah orang itu. melihat dia dengan senyuman bangga.

           "Terima kasih untuk anugerahnya."ucap Lucas sambil tunduk memandang gulungan ijazah dan juga piala ditangannya. Lalu dia kembali memandang ke depan. "Terlebih dahulu saya nak ucapkan taniah kepada semua graduan yang berjaya harungi semua cabaran dan ujian sepanjang kalian di sini. Ranjau dan liku telah pun berjaya ditempuhi. Memang tak mudah tapi ianya berbaloi."senyum lelaki itu dengan manis.

Lucas memandang wajah rakan-rakan satu batch dengannya di depan pentas.

            "Saya tujukan ucapan saya ini khas buat insan tersayang yang telah menjadi punca Utama serta pendorong kenapa saya boleh berdiri di sini. Kenapa saya boleh berdiri di hadapan awak semua. Beberapa tahun yang lalu saya bertemu dengan seorang rakan yang mana saya telah anggap sebagai seorang abang dan kawan baik saya sendiri. Orang yang selalu ada di sisi dan sentiasa menyokong saya disaat saya berputus asa. Dan ajaibnya beberapa bulan baru-baru ni saya bertemu dengan insan yang tak disangka menjadi insan paling bernilai dalam hidup saya. Insan yang membuatkan saya berniat untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggunjawab dan Amanah dalam tanggungjawab saya. Dia telah mengajar saya bahawa hidup ni tak mudah. Ada kalanya kita berada di bawah dan adakalanya kita berada di atas. Dan ada masanya orang yang kita percayai akan mengkhianati kita, dan ada masanya orang yang kita tak percayai adalah orang yang cuba melindungi...."

Semua pensyarah dan tetamu di situ mendiamkan diri sewaktu mendengar ucapan tokoh pelajar kolej mereka, iaitu Lucas.

            "Memang kita ada mata...tapi tak semua  perkara kita boleh pandang dengan mata kasar. Adakalanya kita perlukan mata hati untuk lihat segala kejadian yang berlaku di sekeliling kita dengan lebih teliti. Memang susah tapi sebab itu kita dikurniakan perasaan..."Lucas mengerling ke arah Aron yang sedang duduk di sebelah kerusi yang kosong. Kerusi yang telah dituju khas untuk pelajar bernama 'Airis Airiana.'

           "Dari perasaan tu kita boleh nilai suatu kejadian tu betul ataupun salah. Tapi sayang sebab mata hati itu sering di kelabui dengan penipuan dan penafian...dan dari situ saya belajar. Menyanyangi itu tidak semestinya memiliki. Mempercayai seseorang tu bukan bergantung pada tindakan mereka. Ada masanya kita kena mengalah dan merelakan ia terlepas dari gengaman kita. Jadi saya nasihat kepada anda semua, sekiranya ada niat atau cita-cita yang ingin di kejar, jangan disimpan. Dapatkannya secepat mungkin sebelum ianya terlewat..."ucap Lucas bersama senyuman hangat untuk semua yang ada di situ. "Terima kasih...untuk semua pensyarah dan rakan sekuliah yang telah banyak berjasa untuk kejayaan saya di kolej ini."

Ucapan Lucas telah menyebabkan seluruh tetamu dan pelajar yang menghadiri sesi konvokesyen di dalam dewan tersebut menganga tanpa sebab saat mereka dongak ke atas skrin besar yang menayangkan Lucas atas pentas. .

            "Sekian, itu sahaja dari saya. Lucas Ericson mewakili seluruh penuntut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah serta seluruh staf kolej kerana telah mendidik kami serta memberi peluang kepada kami untuk menuntut ilmu di sini dan menimba ilmu...dengan ini secara rasmi saya mengundurkan diri."ucap Lucas sebelum berpaling memberi tunduk hormat ke depan belakang kiri dan kanannya.

Dengan langkah penuh keyakinan Lucas berjalan turun dari pentas bersama dengan piala dan gulungan ijazahnya di tepi badan.