67.
Rudy tunduk memandang Rina dengan renungan dingin. Dia tidak dapat menerima semua kenyataan yang Rina baru katakan tadi. Dan betapa tertamparnya dia selepas mengetahui keadaan Airis selama ini. Siapa sangka gadis yang mereka sangkakan seorang samseng dan bermasalah hanyalah seorang yang menjadi mangsa aniaya orang lain hanya kerana perasaan iri.
Tak masuk akal betul semua ni.
Dan macam mana Airis boleh tenang menghadap semua ni tidak membalas apa-apa?
Tiba-tiba Jared bercangkung di sebelah Rina atas lantai tu. Memandang muka tu dengan renungan gelap.
"Mulai hari ni aku nak kau keluar dari kolej ni dan jangan jejak kaki lagi ke dalam kolej ni bersama-sama dengan sepupu tak guna kau tu. Berhenti ganggu hidup orang yang tak ganggu hidup kau. Kalau kau berdegil...video tu akan jadi buktinya..." tunjuk Jared pada kamera video yang terpasang di penjuru bilik.
Kepala Rina bergerak pantas ke arah itu dengan mata basah dengan air mata. Baru dia teringat mengenai kamera. Sepatutnya yang dirakam bukan dirinya tapi Airis!Bagaimana semuanya boleh berbalik kepadanya pula!
"Kau-"sebut Rina yang tergantung sewaktu gadis itu hendak menuduh AIris, tetapi dipotong Rudy serta merta.
"Semua ni tak ada kaitan dengan Airis,..semua ni adalah rancangan kita orang sendiri.."jawab Rudy mendatar.
Airis yang dengar menjadi kagum, dia memandang terkejut ke arah Rudy.
"Tapi kenapa?Aku dah bayar kau?"soal RIna dengan sedih.
"Ya betul. Kau memang dah bayar aku tanpa memberitahu aku siapakah orang tu. Dan menyedari orang yang kau nak kita orang sakiti adalah Airis. Aku ambil keputusan tadi untuk tidak lakukannya." menung Rudy menundukkan pandangannya ke bawah.
"Kau jangan nak acah baik la Rudy!Bukan ke kau jugak sebahagian dari semua ni!Semua kejadian ni bermula dari kau jugak!"bentak Rina selantangnya.
Semua di situ mendiamkan diri sementara Airis pandang ingin tahu ke Rudy.
"Memang aku bersalah. Tapi tak lagi. Sebab aku nak keluar dari kolej ni sebagai manusia berguna..."jawab Rudy yang kesal akan tindakannya terhadap gadis tempoh hari yang Mandy kenakan sewaktu di frat party. Dan sejak kejadian itu dia sentiasa berhubung dengan gadis itu. Dan kini mereka berdua sudah pun menjadi pasangan kekasih. Dia nekad untuk bertanggungjawab pada gadis tersebut selepas apa yang dia lakukan.
Airis tersenyum dia memandang minat pada Rudy. Mendengar kata-kata itu membuatkan lelaki itu kelihatan seperti lelaki sejati selepas apa yang lelaki itu telah lakukan, mungkin Rudy telah serik jadi badboy di kolej ini.
Rudy mengocek poket seluarnya lalu melemparkan helaian cek ke lantai.
"Ambil balik duit kau ni..."ujarnya dengan dingin.
Rina yang dengar hanya mampu tunduk memandang ke lantai di mana cek itu berada.
"Lepas ni kalau aku dapat tahu kau cuba dekati Airis, aku takkan ragu-ragu sebarkan video ni."ugut Rudy lagi.
Dan waktu itulah telefon Airis berbunyi. Menyentak gadis itu dari duduknya. Dengan kalut dia capai telefonnya dari poket kot lalu dijawab panggilan itu.
"Hello?"sapa Airis sambil memandang Rina sebelum dia tiba-tiba menjauhkan telefon itu dari telinga. Membuat muka tidak suka. Setelah beberapa saat dia kembali mendekatkan telefon itu di telinga. "Hei! kalua ya pun....boleh tak berhenti menjerit setiap kali call...boyfriend jenis apa awak ni?"sungut Airis sambil berlalu keluar dari situ.
Rudy mengerling ke arah Rina setelah Airis keluar dari bilik stor itu meninggalkan mereka semua.
"Maafkan aku Rina...aku terpaksa buat semua ni..."ujar Rudy dengan renungan kesal.
Dengan kaki terketar-ketar, dia berdiri menghadap enam lelaki di depannya dengan kening terangkat.
"Apa maksud kau..?"
Jared memandang Rina dengan kening berkerut.
"Lucas yang suruh buat semua ni. Dia cakap kalau kita orang tak buat apa yang dia minta....dia akan paksa ketua jurulatih gugurkan nama kita orang memandangkan dia ada bukti yang boleh susahkan kita orang...jadi kalau kau tak nak benda ni jadi serius baik kau pergi dari sini dengan Mandy serta merta."pesan Jared.
Air mata jatuh menitis di pipi Rina. Gadis itu tersedu beku memandang mereka. Siapa sangka senjata makan tuannya sendiri. Lain di rancang lain yang jadi. Memang betullah kata Mandy tak kira apa sekalipun yang dia cuba buat Airis sentiasa ada serangan balasnya.
"Macam mana dia tahu tentang rancangan aku?"
"Dia tak tahu tentang rancangan kau...Lucas cuma pesan supaya jangan libatkan diri dengan Airis lagi sampai bila-bila lepas ni.."jelas Rudy.
"Lagipun tanpa arahan Lucas tu, kita orang memang tak ada niat nak apa-apakan Airis sampai bila-bila." tambah Jared.
Bibir Rina menggeletar hebat kerana cuba menahan dirinya dari meraung dekat situ.