68.
"Berapa kali saya pesan kepada awak, tunggu.... tunggu...kenapa ya awak ni tak pernah nak dengar?"bebel Lucas di sebelah sewaktu jalan seiring dengan Airis di sisi.
Ketika itu mereka berdua sedang berjalan di sekitar lobi shopping complex untuk ke pawagam yang berada tidak jauh tempat mereka sedang lalui. Baru aje sampai tadi dari kolej terus ke situ. Dan boleh dikatakan sepanjang perjalanan itu Airis ditemani dengan bebelan Lucas bukan alunan lagu dicorong radio.
"Airis kenapa ya saya rasa setiap kali saya suruh awak tunggu dan awak hilang pasti ada masalah telah timbul ya tak?"tanya Lucas sambil mengeratkan cengkaman jari jemarinya di celah jari jemari Airis. Matanya liar melihat sekitar. Cuba mencari sesuatu yang menarik untuk disinggah selepas selesai menonton movie nanti.
Airis yang dengar ternganga terkejut sebelum menjuling mata kejengkelan.
"Please lah...kenapa ya?Asal muka saya jer awak fikir masalah? Tak ada benda lain ke nak cakap?"soal Airis sambil memerhati ahli keluarga yang berada di depannya. Mereka kelihatan sangat bahagia walaupun anak-anak mereka bising meminta itu dan ini.
"Dah memang muka awak tu sentiasa membawa masalah nak buat macam mana.." balas Lucas sambil menarik Airis masuk ke tempat pembelian tiket wayang di sebelah kanan laluan mereka itu.
Airis hanya mengikut langkah lelaki itu dengan senyuman di bibir. Dia memandang tertarik ke arah deretan senarai movie yang sedang dimainkan. Malas hendak membalas kata-kata Lucas itu.
"Saya nak Hunter Killer..."tunjuk Airis.
Well genre action lebih menarik dari cinta, right?
Lucas memandang ke arah penjual tiket di depan merrka yang waktu itu sedang tunduk melakukan sesuatu.
"Hai...berikan kami dua tiket Hunter Killer." maklum Lucas yang membuat tukang jual tiket itu mengangkat kepala.
Kening Airis terangkat apa bila melihat Isaac sedang memandang ke arahnya. Lelaki yang dia temui lama dulu semasa memulangkan telefonnya.
"Oh...awak kerja sini ke?"tanya Airis dengan renungan kagum.
Isaac tersenyum lalu mengangguk kepala.
"Ya nampaknya macam tu...awak nak seat yang mana?"soal Isaac sambil tunduk memandang skrin komputer.
Airis dan Lucas dengan serentak memandang skrin komputer yang berada di bawah meja kaunter. Dan tanpa sengaja mereka berdua menunjukkan dua tempat duduk yang sama pada masa yang serentak.
"Bagi yang ini..."tunjuk Airis dan Lucas dengan serentak.
Isaac yang dengar hanya menarik senyuman nipis.
"Okay...semuanya 20$"maklum lelaki itu. Dia sempat mengerling ke Airis sebelum Kembali focus pada kerja dia. Nampaknya Cik Airis Ariana yang terkenal ini sudahpun mempunyai kekasih! Patutlah luahan perasaan yang pernah dia sediakan dalam lokar Airis tempoh hari tidak pernah terbalas. Bukan main susah dia hack lokar Airis semasa untuk sediakan kejutan bunga ros dan surat cinta tu. Sekali tu...kena reject awal-awal lagi tu.
Lucas mengeluarkan dompet dan membayar tiket itu. "Ini duitnya."
"Terima kasih. Ini tiketnya. Selamat menonton."beritahu Isaac selepas itu.
Airis memberi anggukan kecil kepada Isaac.
"Saya belikan popcorn..awak nak apa?"tanya Airis pada Lucas sewaktu mereka berdua beredar dari situ bersama tiket di tangan sambil diperhatikan oleh Isaac di belakang.
"Bagi yang caramel dengan hotdog...." jawab Lucas sambil menarik tangan Airis yang di genggam untuk di bawa masuk ke dalam poket jaket padding labuhnya.
Mereka berjalan memasuki ke dalam tempat tempat pemeriksaan. Lucas melepaskan tangan Airis untuk membuka pintu dan pada masa itulah Airis memanggil Lucas.
"Lucas..."perlahan saja suara tu.
"Ya?"Lucas berpaling dengan senyuman di bibir namun sebaik saja matanya terarah pada Airis matanya terbutang luas, mulutnya terbuka sedikit kerana terkejut.
Di situ Airis berdiri dengan keadaan darah mengalir deras dari hidungnya. Wajah itu juga pucat semacam.
"Ya tuhanku...Airis!"Lucas meluncur ke depan saat tubuh Airis hendak jatuh terduduk.
Airis bergerak hendak tersembam ke depan.
Taktala Lucas mendapatkan Airis, lelaki itu turut berlutut di atas lantai bersama Airis yang longlai di dalam pelukan, bola mata Airis bergerak ke belakang sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.
Ditepuk-tepuk pipi itu dengan cemas.
"Airis...tolonglah bangun..."minta Lucas sambil menyeluk tangan ke dalam poket. Kalut mengeluarkan telefon dari situ sampai terjatuh telefon tu ke lantai. "Sh*t!" sentuh saja skrin telefon, Lucas terus menghubungi nombor kecemasan dengan reaksi wajah kerisauan dan hendak menangis. Seluruh tubuhnya menggigil kuat. Tak!Bukan sekali lagi!Dia tak boleh lalui momen seperti ini lagi!"Please Airis. Buka mata awak tu.." rintih Lucas sambil memeluk badan Airis.