Xiao Wei sedang dalam perjalanan menuju ke hospital dimana dia bekerja. Di dalam perjalanan menuju kesana, dia mendapatkan panggilan dari organisasi ejen rahsianya untuk melakukan misi baharu. Dia bergegas pulang ke rumahnya dan di dalam perjalanan itu dia memberitahu kepada asistennya bahawa dia mengambil cuti kerja untuk hari itu.
Sesampainya di rumah, dia bergegas pergi ke biliknya untuk menukar pakaian misinya.
Selesai menukar pakaian, dia pergi menuju ruang bawah tanah yang di khaskan sebagai ruang senjata. Di saat dia ingin mengambil senjatanya, dia dapat merasakan firasat yang tidak baik namun segera dia menepisnya.
Selesai mengambil senjata, dia bergegas pergi ke garaj dan manaiki kereta mewah nya. Kereta nya adalah kereta yang dikhaskan untuk melakukan misi dan telah diubah suai oleh dirinya sendiri.
Misinya kali ini adalah perlu membunuh ketua mafia yang terkenal. Ketua mafia itu terkenal kerana kelicikannya. Xiao Wei merasa sedikit pelik kerana dia bukanlah ejen nombor . 1 di organisasi itu namun dia yang perlu melakukan misi itu. Dia tidak ingin fokusnya terganggu jadi dia tidak mempermasalahkan itu.
Sampainya di markas ketua mafia itu, dia mulai melaksanakan misinya. Semuanya berjalan lancar. Namun apabila sudah hampir penghujung misinya, firasat buruk itu kembali lagi dan bahkan lebih kuat. Itu membuatkannya menjadi gelisah, tapi dia menghiraukan itu. Ketua mafia itu berjaya dibunuh namun dia sendiri terluka parah.
Segera setelah itu,dia membersihkan lukanya sendiri.Sebagai seorang ejen,dia perlu mengetahui tentang bantuan kecemasan dan ditambah dia bekerja sambilan sebagai seorang doktor.
Selesai membersihkan luka,dia bergegas pulang ke rumahnya.Firasat buruk itu menjadi semakin kuat.