Chapter 6 - #5

"Siapa nona kedua keluarga ini?" "Nona Xiao Ling ialah nona kedua keluarga ini." kata Lili.

"Nona juga ada seorang abang yang bernama Xiao Li." sambung Lili. "Tapi mengapa aku tidak pernah melihat abang ku?" tanya Xiao Wei. "Itu kerana abang nona belajar di akademi dan dia jarang balik." kata Lili. Xiao Wei hanya ber ohh. Kemudian mereka yang ada di dalam bilik itu terdengar bunyi perut yang sedang kelaparan. Xiao Wei hanya pura pura tidak mendengarnya sambil membuang mukanya ke arah yang lain. Lili yang melihat tingkah nonanya hanya bisa menahan tawa. Selesai menghias rambut nonanya, Lili pun meminta izin untuk mengambilkan makanan untuk nonanya. Selepas beberapa minit berlalu, Lili kembali hanya dengan beberapa keping roti. "Maafkan hamba nona, hanya ini yang bisa hamba ambilkan untuk nona." kata Lili dengan nada rasa bersalah. Xiao Wei yang melihat itu pun hanya bisa menghela nafas. "Bangunlah, kamu tidak perlu meminta maaf itu bukan salahmu." Lili kemudian pun meletakkan roti itu dihadapan nonanya dan berdiri di samping. "Makanlah bersamaku walaupun hanya roti, aku tahu kamu tidak makan apa pun sejak kemarin." kata Xiao Wei. " Tapi nona i.. itu tidak sopan." sambung Lili. Xiao Wei yang sudah kehilangan kesabaran pun mengancam jika dia tidak makan bersamanya maka dia akan menghalau Lili dari sisinya. Selepas diancam oleh nonanya, barulah dia mengikuti perintah itu dan makan bersamanya. Setelah merasa perutnya sudah terisi, Xiao Wei pun menyuruh Lili untuk berjaga di luar biliknya kerana dia sudah mengantuk.

Pada malam hari dia terjaga oleh panggilan dari Lili kerana sudah tiba waktunya untuk makan malam. Mungkin kerana beritanya yang sudah bangun, dia diberi makan. Selepas makan dia berkata kepada Lili bahawa dia ingin menyambung tidurnya. Selepas Lili keluar, dia terus masuk ke dimensinya. "Oh kamu masih ingat bahawa kamu mempunyai ruang dimensi yang harus diurus." kata Xin dengan nada menyindir. Xiao Wei tidak menghiraukannya dan terus pergi ke ruang penelitiannya. Xin yang sudah terbiasa tidak dihiraukan pun hanya mengikuti Xiao Wei. Selepas sampai di ruang penelitiannya, dia mencari sebuah pil yang berwarna kecoklatan yang berada di dalam botol kaca yang kecil yang berwarna jernih. Xin yang penasaran pun bertanya"Pil apakah itu?"

Xiao Wei kemudian menjawab dengan bangganya"Ini adalah pil kejujuran yang aku cipta sendiri.'' Xin bertanya kembali" Apa yang ingin kamu lakukan dengan pil itu? " Xiao Wei kemudia menjawab dengan smirk devilnya dan berkata" Tunggu saja permainan menarik nanti." Xin yang kesal mendapatkan jawaban seperti itu pun terus pergi meninggalkan Xiao Wei. Selepas itu Xiao Wei terus keluar dari ruang dimensinya dan menyambung tidurnya kembali.