Chapter 5 - #4

Badan Xiao Wei jatuh ke dalam tebing itu. "Apakah aku akan mati seperti ini?" kata Xiao Wei kepada dirinya sendiri dengan raut wajah sedih. Kemudian dia pun menutup matanya.

Sementara di tempat lain

Ada seseorang yang berpakaian seperti seorang pelayan menangis di depan seorang kanak-kanak yang berusia lima tahun. Pakaian kanak-kanak perempuan itu kelihatan biasa namun ada aura bangsawan yang dapat dirasakan. Tiba tiba kanak kanak itu terbangun secara mengejut dan membuat pelayan itu terkejut hingga terjatuh kebelakang. "No.. nona anda sudah bangun?" tanya pelayan itu. Bayangkan seorang kanak-kanak yang telah dipukuli sebanyak 50 kali menggunakan papan dan bangun dari pingsannya hanya dalam beberapa hari. "Nona apakah masih ada yang sakit?" tanya pelayan itu khawatir. "Siapa kau?" tanya Xiao Wei. "No.. nona apakah anda tidak mengingat hamba? Hamba ialah Lili pelayan setia nona."

Tiba tiba kepala kanak-kanak itu terasa pening dan sakit seakan kepala itu dicucuk oleh ribuan jarum secara bersamaan. Dia menjerit kesakitan namun apabila Lili ingin memanggil dokter dia dihentikan oleh kanak-kanak itu.

"Jadi aku tidak mati lagi malah berpindah dimensi ke tubuh kanak kanak ini." katanya.

Ya dia adalah Xiao Wei yang telah berpindah dimensi secara tidak sengaja.

"Baiklah, Lili bolehkah kamu tolong menyiapkan air hangat untukku mandi?" Xiao Wei. "Baiklah nona." kemudian Lili pergi menyiapkan air mandi Xiao Wei.

"Jadi nama kanak-kanak ini juga sama dengan ku hanya jiwa dan dunia saja berbeza." gumam Xiao Wei kepada dirinya sendiri. "Siapa kata jiwanya berbeza?" kata seseorang yang Xiao Wei hampir lupa siapa itu. "Xin bagaimana kamu boleh ada disini sekali?" tanya Xiao Wei heran. "Apakah kamu lupa jika aku berada di dalam rantai itu, rantai itu telah menyerap darah kamu jadi dia tidak akan berpisah dengan mu hingga kamu betul betul telah mati. "jelas Xin panjang lebar.

Kemudian Lili datang segera Xiao Wei memutuskan perbincangan antara dia dan Xin.

Selesai mandi dia memakai bajunya sambil dibantu oleh Lili.

Sambil menunggu Lili untuk menghias rambutnya dia bertanya beberapa soalan kepada Lili.

"Lili apakah kamu tahu mengapa aku dipukuli?" tanya Xiao Wei. "I... itu kerana nona telah dituduh oleh nona kedua bahawa anda merosakkan perhiasan kesayangannya." kata Lili takut takut.