Seminggu telah berlalu...
Pagi - pagi lagi Hannah sudah bangun dan bersiap untuk ke sekolah. Puan Dian menunggu Hannah dimeja makan untuk bersarapan bersama-sama keluarganya. Puan Dian (mama Hannah), Encik Harris( papa Hannah), abg Daniel dan abg Danish. Mereka makan bersama-sama dengan suasana yang sunyi sepi hanya bunyi sudu dan garfu berlaga- laga. Setelah makan papanya bersuara.
" Hannah.. jaga diri kamu baik-baik ye disana nanti, jangan nakal - nakal tau " nasihat Encik Harris kepada anaknya.
" baik papa " kata Hannah.
mama, papa dan abang-abangnya melihat Hannah menaiki kereta papa Bella sambil melambai- lambai ke arahnya . Sesekali Puan Dian menyeka air mata. Siapa tak sedih Kalau anak kesayangannya yang selama ini belum pernah lagi terpisah walaupun sekejap.
Hannah sampai ke sekolah dengan beg pakaian dan beg silangnya. Dia menuju ke meja pendaftaran bersama - sama Bella. Setelah mendaftarkan diri , dia dan Bella mendengar taklimat daripada guru-guru mereka dengan teliti sambil mencatat isi-isi penting ke dalam buku nota mereka. Mrs Nay memberikan amaran kepada murid-murid tingkatan 5 supaya menjaga adab ketika tiba di sana.
perjalanan ke tempat kem motivasi mengambil masa 1 jam. Setelah mereka sampai di sana , mereka diarahkan berehat dahulu di dewan seminar itu sementara guru-guru membahagikan kumpulan. Hannah dan rakan-rakannya bergerak menuju ke asrama masing-masing. Hannah dan Bella ditempatkan di katil yang sama.Katil Hannah dibawah sementara katil Bella diatasnya.Hannah menyukai asramanya itu yang dinamakan lavender, manakala bilik disebelahnya melati. Specialnye asrama mereka ialah dua - dua penghuni bilik tersebut bole bertemu di bilik air yang besar dan luas. Selain itu, bilik air mereka jugak mempunyai kolah yang besar untuk mereka mandi dan dapat menjimatkan masa mereka.
waktu maghrib mereka mengambil wudhuk di dalam bilik air dan pergi menuju ke surau untuk menunaikan solat maghrib dan disertakan isyak secara berjemaah. Selepas mereka menunaikan kewajipan mereka sebagai umat Islam, kami pergi ke kantin untuk menikmati makan malam dan terus masuk ke dewan untuk acara seterusnya. Mereka melangkah ke bilik masing-masing hampir pukul 1.15 pg dan terus tidur di katil masing-masing.
2.30 pagi
Hannah dan Bella terjaga dari tidur nyenyak mereka apabila terdengar bunyi bising di dalam bilik dorm mereka. Hannah melihat rakan-rakannya. Kebanyakannya semua dah mandi. Hannah menegur salah seorang rakannya Melissa.
" mel, korang nak gi mana ni " tegur Hannah.
" ermm kan kak dina suruh kita bangun awal nanti nak bersiap-siap solat subuh " kata Melissa. Hannah melihat telefon pintar nya. Dia terkejut baru 2.40 pagi. Dia menyuruh Melissa untuk melihat jam di telefon pintarnya untuk mengesahkan ape yang dia lihat
" mel cuba tengok phone awak sekarang pukul berapa" kata Hannah.
" hah baru pukul 2.40 pg !" jerit Melissa mengejutkan semua penghuni di dalam dorm itu.
Hannah mengajak Bella mandi memandangkan hampir semua rakan-rakannya telah mandi baik bilik lavender dan jugak bilik melati dan Bella hanya menurut sahaja meski mengantuk menguasainya. Setelah mandi , Bella menanyakan kepada rakan-rakannya siapa yang mengejutkan mereka. Semua rakan-rakannya hanya menggelengkan kepala tanda tidak mengetahui. Suasana di asrama perempuan kecoh dan tidak terkawal yang menyebabkan semua penghuni asrama lelaki terjaga.
TIBA-TIBA.....
TOK TOK TOK ( kedengaran bunyi pintu diketuk seseorang)
penghuni bilik lavender dan melati terdiam seketika. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Sara si pemberani membuka pintu dan melihat seorang nenek tua sedang berdiri sambil memegang tongkatnya
" Cu, bole tolong nenek tak " kata nenek.
"ermm tolong ape nenek" katanya.
" kamu bole menyuruh rakan - rakan kamu diam tak sebab masa ni banyak ' benda tu ' berkeliaran. " kata nenek itu menasihatinya.
" ok nenek " katanya lagi. Setelah nenek tua itu beredar , Sara menutup pintu. Semua bertanyakan ape yang terjadi di hadapan pintu. Sara menceritakan perbualannya dengan nenek tersebut, mereka hanya terdiam mendengar cerita tersebut. Secara tidak langsung bulu roma masing-masing meremang setelah mendengar cerita itu. Lagi sekali pintu bilik mereka diketuk oleh seseorang. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain kerana takut yang mengetuk pintu itu bukan manusia.
TOK TOK TOK
TOK TOK TOK
Kedengaran suara orang memberi salam. Sara membuka pintu kelihatan seorang lelaki sedang berdiri , dia memperkenalkan diri sebagai Pak Kassim tukang sapu di asrama ini.
" Assalamualaikum nak, pakcik nak tanye ni ade tak tadi seorang nenek tua mengetuk pintu bilik kamu? " kata Pak Kassim.
" waalaikumussalam ade pakcik npe ye? " tanya Sara. Muka pakcik itu terus berubah pucat tapi tetap tersenyum walaupun nampak canggung.
" gini nak pakcik nak minta tolong awak ni bole tak awak nanti suruh rakan - rakan kamu baca yasin. " kata Pak Kassim. Sara hanya mengangguk faham. Pak Kassim meminta izin untuk beredar dari situ, Sara hanya mengiakan sahaja dan menutup pintu walaupun sebenarnya dia ingin bertanya pada Pak Kassim. Sara mengajak semua penghuni asrama perempuan untuk membaca yasin seperti saranan Pak Kassim. Setelah habis membaca yasin mereka hanya terdiam dan mulai melakukan hal masing-masing. Ada yang tidur , ada yang berbual- bual kosong dan sebagainya. Semua penghuni asrama perempuan dan lelaki tidak bole melelapkan mata mereka kerana takut terlepas solat subuh berjemaah.