Chereads / Asrama Berhantu / Chapter 3 - Kem Motivasi ( Hari kedua)

Chapter 3 - Kem Motivasi ( Hari kedua)

Tepat pukul 6 pagi. Mereka bersiap - siap ke surau untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Setelah menunaikan solat mereka bersarapan di kantin dan berkumpul di padang. Setelah semua murid-murid tingkatan 5 berkumpul, Sir Cristian memberi taklimat tentang aktiviti-aktiviti mereka hari ini.

" hello, good morning everyone, antara activity arini ialah berjoging di sekitar kawasan asrama n lpas tu you akan lakukan activity secara berkumpulan dan dibantu oleh kakak-kakak n abang-abang fasilitator. Jd sila beri kerjasama sepenuhnya ye..bla...bla...bla..bla..."

mereka hanya mengangguk-angguk tanda faham tentang penerangan Sir Cristian. Setelah habis mendengar penerangan yang berjela-jela panjangnya. Hannah dan rakan-rakannya memulakan aktiviti berjoging mereka sehinggalah aktiviti mereka selesai.

Tepat pukul 12.30 tengahari

Sir Cristian memanggil semua murid-murid tingkatan 5 untuk menikmati makan tengahari n solat zuhur. Setelah mereka sembahyang mereka diberikan masa untuk berehat di bilik masing-masing sehingga pukul 4.30 petang. Kak Dina diberikan tugasan menemani murid-murid perempuan untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini. Hannah dan Bella sebenarnya mahu menanyakan sesuatu kepada kak Dina tetapi hanya mampu berdiam diri sahaja. Ketika Kak Dina melalui katil mereka Hannah dan Bella memanggil kak Dina serentak. Kak Dina segera menoleh dan Hannah memulakan bicaranya.

" Assalamualaikum kak Dina, maaf menganggu kak Dina. Sye nak story something dkat kak Dina tapi tak taulah akak percaya tak cerita kami ni "

" Waalaikumussalam ye akak sedia mendengar cerita awak." kak Dina duduk di tepi katil Hannah sambil melihat Hannah dan Bella silih berganti.

" kak, semalam kan kami semua tak bole tidur nyenyak. Hannah dengan saya tersedar dari tidur bila dengar bunyi suara riuh-rendah dalam dorm , sye dan Hannah tengok diaorang semua dah mandi, kami tengok jam phone baru pukul 2.40 pg. Diaorang pun terkejut bila dengar baru pukul 2.40 pg, kami tanyelh spe yang kejutkan diaorang semua geleng kepala tak tahu. Bila semua dah mandi kami pun ikut mandi sekali dengan beberapa rakan yang lain . Suasana dalam bilik kami bising sangat waktu tu sebab semua tak mengantuk dan tak tahu nak buat ape.Ketika mereka kecoh-kecoh dengan cerita diaorang kami semua terdiam apabila mendengar pintu diketuk oleh seseorang. Kami ingat kak Dina. Sara pun buka pintu n lihat ade seorang nenek tua yang sedang bertongkat di depan pintu bilik asrama kami. Nenek tu bagi amaran kepada kami supaya suruh diam n dia cakap time ni ' benda tu ' tengah berkeliaran. Sara angguk jelah lepas tu nenek tu pun pegi. Lepas nenek tu pegi tiba-tiba pintu diketuk sekali lagi oleh seseorang kali ni memberi salam. Dia menyuruh kami membaca yasin. Kami bacalah yasin beramai-ramai " kata Bella dengan panjang lebarnya.

"kak, nenek tua tu spe ye ? " tanya Hannah. Kak Dina terdiam mendengar cerita Bella.

" ermm akak sebenarnya tak pernah jumpa nenek tua sepanjang akak jadi fasilitator." Muka Hannah dan Bella terus berubah pucat mendengar jawapan dari mulut kak Dina. Masing-masing memikirkan tentang nenek tua itu, tiba-tiba bulu roma masing-masing meremang.