4.30 ptg
Setelah menunaikan solat asar mereka semua diminta berkumpul di dataran terbuka untuk acara riadah mereka iaitu berenang, kelihatan murid-murid sangat gembira ketika mandi- manda di kolam.
6.30 ptg
Semua murid-murid pulang ke asrama masing-masing untuk membersihkan diri dan bersiap untuk solat maghrib berjemaah.
Ketika Hannah dan Bella dalam perjalanan pergi ke surau tiba-tiba suara azan mulai berkumandang , Hannah merasakan bulu romanya meremang dan dia cepat-cepat mempercepatkan langkahnya ke surau. Setelah selesai solat maghrib berjemaah mereka semua berzikir sementara menunggu masuk azan isyak, ketika mereka semua sedang berzikir tiba- tiba mereka terdengar suara jeritan seorang perempuan di saf perempuan. Semua terdiam dan menoleh ke arah suara tersebut. Hannah memusingkan kepalanya untuk melihat siapa yang menjerit itu dan ternyata salah satu rakannya iaitu Dayana. Ustazah Azizah memegangnya supaya dia tidak lari daripada surau itu. Ustaz Azhar menyuruh semua murid-murid perempuan berpindah ke saf lelaki. Ketika itu suasana menjadi kucar-kacir akibat Dayana dirasuk.
" Hannah cepatlah ambil phone awak " kata Bella.
Ketika Hannah ingin mengambil telefon pintarnya, Hannah tidak sengaja melihat mata Dayana yang ketika itu memandang tepat ke arah Hannah. Hannah terkejut dengan tatapan Dayana segera berlari ke hadapan bersama-sama Bella. Selepas mereka solat isyak semua pulang ke asrama masing-masing dengan cepat untuk mengambil buku dan pen untuk aktiviti yang akan berlangsung di dewan. Selepas acara di dewan tamat semua murid pergi ke kantin untuk menikmati makan malam dan terus pulang ke asrama masing-masing. Ketika Hannah dan Bella berjalan menuju ke asramanya mereka merasakan ada yang mengekorinya dari belakang bila ditoleh tiada. Hannah dan Bella berlari akibat ketakutan dan terus naik ke katil masing-masing. Sebelum mereka tidur ustazah Azizah menyuruh mereka membaca yasin agar tiada gangguan ketika mereka tidur nanti dan semua menurut arahan ustazah. Suasana di asrama malam itu sangat sunyi kerana semua ketakutan apabila ada rakan mereka dirasuk.