Chereads / Awanama Kosmos / Chapter 20 - Bab 20

Chapter 20 - Bab 20

PADA minggu ketiga eksperimen, Nora Yuhanis menjalankan kajian bagi mengesan tindak balas hablur protein terhadap persekitaran mikrograviti. Antara bahan kajian hablur kristal yang akan didedahkan di luar angkasa adalah terdiri daripada bakteria Helicobacter Pylori dan juga Acnetobacter. Pada hari itu juga, dia akan melakukan spacewalk di luar stesen ISS. Untuk mendedahkan bahan kajian berkenaan ke luar stesen ISS, dia perlu berjalan ke luar ISS melalui aktiviti Extra-vehicular Activity (EVA).

Selepas memakai sut angkasawan Orlan yang dibantu oleh Komander Andes Shkaplerov, Nora Yuhanis masuk ke dalam Makmal Columbus. Dia akan menggunakan Manned Maneuvering Unit (MMU) ataupun alat penggerak yang dilekatkan pada sut angkasawan Orlan untuk aktiviti dedahan bahan kajian ke luar angkasa. Apabila bekalan oksigen dan sistem penunjang kehidupan didalam sut angkasawan Orlan telah berfungsi pada tahap 100%, pintu hac kompartmen yang berada di bahagian paling ke dalam Makmal Columbus dibuka oleh Kapten Viktor Yuskov dari pusat kawalan ISS dan disaksikan oleh angkasawan-angkasawan lain yang berada di lobi utama ISS. Komander Andes Shkaplerov pula menanti dibahagian luar pintu makmal Columbus terbabit sekiranya berlaku kecemasan.

Dengan penuh cermat dan tertib, Nora Yuhanis menerawang perlahan-lahan ke luar stesen ISS sambil memegang sampel-sampel kajian. Sampel kajian perlu didedahkan pada sudut mensatah sembilan puluh darjah, pada sudut tepat kearah cahaya matahari dengan sekurang-kurangnya berdurasi selama 10 minit. Ini adalah tempoh minimum bagi melihat keberkesanan keputusan kajian yang dilakukan selain dapat memperlihatkan tindak balas kesan radiasi latar luar angkasa terhadap bahan sampel terbabit.

Selepas sepuluh minit berlalu, Nora Yuhanis memberikan isyarat komunikasi kepada Kapten Viktor Yuskov supaya tali penggerak yang menghubungkan antara ISS dengan alat MMU ditarik ke bahagian dalam semula, menandakan proses kajian untuk mendedahkan kristal hablur pada suasana luar orbit sudah selesai. Setelah Nora Yuhanis selamat menjejakkan kaki di Makmal Columbus, pintu hac kompartmen ditutup dengan rapat sebelum tekanan udara antara stesen ISS dengan Makmal Columbus diselaraskan. Kemudian, Nora Yuhanis meletakkan bahan eksperimen kristal hablur berkenaan di sektor bakteria yang berada di bahagian tepi penunu bunsen sebelum keluar daripada bahagian makmal Columbus berkenaan. Komander Andes Shkaplerov sudah menunggu di hadapan pintu luar makmal Columbus.

"Are you Okay, Nora?" Komander Andes Shkaplerov yang membantu membuka helmet kaca sut angkasawan Orlan Nora Yuhanis bertanyakan adakah semuanya baik-baik sahaja.

"It's finally done. I'm okay. Thank you for assisting me, Comander. Now, i can do it myself," Nora Yuhanis yang berpeluh-peluh itu hanya menguntumkan senyuman. Dia merujuk kepada membuka sut angkasawan Orlan terbabit yang boleh dilakukannya dengan sendiri.

"Okay.. Okay... I'll go to the control center. Please inform control center if you need anything," Komander Andes Shkaplerov membalas senyumannya dan berlalu pergi.

Seusai sahaja dia selesai memasukkan kembali sut angkasawan Orlan ke dalam almari keluli yang berada di bahagian luar Makmal Columbus berkenaan, tiba-tiba Nora Yuhanis terdengar sesuatu yang pelik.

BOOM!

Jelas kedengaran bunyi letupan berserta gegaran kuat di sektor bakteria berdekatan Makmal Columbus di stesen ISS terbabit.

Tsh...

Tshhh...

Tshhhhhh...

Bunyi kebocoran paip udara penyahtekanan (depressurization) pula kedengaran dari bahagian dalam Makmal Columbus tersebut yang menempatkan beberapa bahan uji kaji termasuklah bahan uji kaji bakteria oleh pengkaji dari Malaysia.

"Err... Commande. There is some problem here. I can hear explosion from Columbus Lab. Huge explosion. Can you come here for a moment?" Nora Yuhanis berkomunikasi dengan menggunakan tele-radar Roosevelt yang sudah sedia terbina di setiap kompartmen ISS sambil memandang ke arah Makmal Columbus dengan perasaan panik.

Beberapa minit kemudian, Komander Andes Shkaplerov muncul dan segera meninjau keadaan sekitar Makmal Columbus daripada tingkap berkaca. Makmal Columbus tersebut dipenuhi dengan asap kabut berwarna kelabu. Bau hangit memenuhi sekitar ruangan makmal Columbus terbabit. Terdapat kesan kebocoran dibahagian pintu luar, lalu mendedahkan keseluruhan makmal itu kepada keadaan udara dan graviti sifar. Tidak dapat dipastikan apakah punca letupan terbabit tetapi Andes Shkaplerov yang sudah berpengalaman selama enam bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebelum ini mencadangkan penunu bunsen yang berada di dalam Makmal Columbus itu berkemungkinan telah meletup dan membocorkan keseluruhan makmal tersebut.

"Nora, please wait here. I would like to inform Kapten Viktor A.S.A.P. about this situation. Maybe there is some technical issues regarding on the bunsen burner or something. Just inform us through Roosevelt Radar if there any development."

"Okay. I'll wait here," mimik muka Nora Yuhanis penuh dengan perasaan bersalah bercampur panik.

"Don't worry, Nora. It's not your fault. We'll figure out what is really happening there. Just wait here, Okay?" Komander Andes Shkaplerov memberikan jaminan dan berlalu pergi.

Komander Andes Shkaplerov kembali ke pusat kawalan ISS untuk proses penyelenggaraan bagi makmal Columbus itu sementara Nora Yuhanis ditugaskan untuk memantau keadaan Makmal Columbus. Dengan perasaan yang sedikit gementar dek kerana bahan-bahan kajian yang telah tercemar itu, Nora Yuhanis hanya membelek-belek keadaan sekitar Makmal Columbus berkenaan dari bahagian pintu besi berkaca.

Selang beberapa minit, sedang Nora Yuhanis membelek-belek melalui cermin lutsinar dari bahagian luar pintu Makmal Columbus itu, dia telah terperasankan seekor mahkluk pelik, kecil sahaja, seakan-akan sejenis jeli lutsinar legap yang bersaiz tapak sulaiman dibumi, berwarna lutsinar kehitam-hitaman. Bentuk makhluk berkenaan yang seakan amoeba itu sedang bergerak-gerak disekitar kawasan makmal terbabit. Semakin dibelek, semakin membesar hidupan awanama (anonymous)  jelik berkenaan. Kemudian, tanpa disangka, makhluk awanama (anonymous) berkenaan diperhatikan mempunyai kebolehan untuk terapung-apung dan terbang dikawasan yang mempunyai udara dan graviti sifar!

Tiba-tiba, belum sempat Nora Yuhanis mengalihkan pandangannya ketempat lain, makhluk awanama (anonymous) yang kelihatan seperti jeli lutsinar dengan warna seakan-akan kelabu legap yang kian membesar itu melekat kearah tingkap kaca lutsinar dipintu Makmal Columbus. Terkejut Nora Yuhanis sehingga terjelapok kebelakang sambil menyaksikan makhluk awanama berupa jeli nata-de-cocoa itu melekat dicermin tersebut. Apa yang lebih memeranjatkan, makhluk berkenaan berkebolehan untuk memakan cermin kaca angkasa yang berteknologi tinggi itu!

Nora Yuhanis kemudiannya dengan pantas keluar dari laluan ke Makmal Columbus tersebut lalu menekan butang amaran atau 'Emergency'. Seusai itu juga, seluruh stesen ISS telah diterangi dengan lampu merah berputar-putar yang menandakan kod kecemasan sedang diaktifkan.

"Komander! Komander! There is something inside Columbus Lab! Something anonymous! something livable! Some kind of alien creature! Something dangerous! I can't describe more," ujar Nora Yuhanis melalui alat komunikasi tele-radar Roosevelt sebelum berlalu meninggalkan Makmal Columbus menuju ke bahagian lobi utama ISS lalu terputus.

Dia sempat menghubungi Komander Andes Shkaplerov yang pada ketika itu telah berada dipusat kawalan utama ISS untuk memaklumkan kejadian kecemasan kepada Kapten Viktor Yuskov dan flight attendant Marie Claire selaku pegawai yang ditugaskan untuk berkomunikasi dengan agensi di bumi. Komander Andes Shkaplerov pula menghubungi kru-kru angkasawan yang lain termasuklah Nora Yuhanis untuk berkumpul di ruang legar utama ISS. Mereka akan berkumpul dan menunggu arahan daripada agensi tentang langkah seterusnya yang perlu diambil. Nasib baiklah Nora Yuhanis sempat masuk ke bahagian lobi utama ISS sebelum pintu kecemasan menutup rapat bahagian lobi berkenaan.

***

"Keadaan Darurat di ISS!

Mayday! Mayday! Mayday!

Kecemasan! Kecemasan! Kecemasan!

Ada objek tidak dikenali sedang berlegar-legar di dalam Makmal Columbus!

Mayday! Mayday! Mayday!

Kecemasan! Kecemasan! Kecemasan!

Ada objek tidak dikenali sedang menyerang stesen ISS!

Mohon Bantuan! Mohon Bantuan! Mohon Bantuan!

Kami berada 407.5 km di bawah Bandaraya Tokyo, Jepun.

Kod Merah Kecemasan mengikut Buku Panduan Operasi Standard 1137 (Red Code) akan diaktifkan!"

Beginilah mesej ringkas yang di hantar oleh flight attendant Marie Claire kepada kedua-dua agensi, ROSCOSMOS dan juga NASA untuk tindakan selanjutnya. Kapten Viktor Yuskov juga mengarahkan untuk kesemua kru tidak pergi ke Makmal Columbus demi keselamatan nyawa mereka!

***