Chereads / Puteri Yang dilupakan / Chapter 4 - ep3

Chapter 4 - ep3

Kak Lena megangkat badanku dengan perlahan, kak lina meletakkan satu bantal di belakang aku, dan dia pun mendudukkan ku.

"yue apa masa akak angkat kamu badan kamu ada rasa sakit"

dia bercakap sambil pergi mengambil ubat-ubatan yang ada diatas meja.

"Ada rasa sikit rasa sakit, mmm akak saya nak tanya ni kenapa badan saya penuh luka... dan siapa yang telah menolong saya?" aku bercakap sambil melihat kat kak lina.

Aku perlu tahu apa yang terjadi kepada diri ku sebelum aku sedar kan diri. kak lena berjalan mendekati ku sambil membawa ubat-ubatan dan satu bekas yang berisi air di dalam nya.

"Akak tak tahu apa yang terjadi kepadamu. masa akak nak pergi mencari bunga bulan di tebing akak ternampak kamu terbaring dari tebing. Yue masa akak membawa kamu kat sini akak ingat kamu dah tak boleh diselamatkan lagi kerana luka yang kamu alami begitu serius" kata kak Lena sambil membawa satu berkas yang di isikan air suam, dan diletakkan di atas meja.

"Jadi akak lah yang selamatkan saya" aku melihat kak Lena untuk tahu jawapan nya.

"ye akak lah yang selamatkan kamu. Ooo ye yue akak akan buka baju kamu, untuk membersihkan badan kamu, dan tukar ubat baru kalau ada sakit kamu bagi tahu ye" kata kak lena sambal melihat ke arah ku.

"ok kak" kata ku dan kak Lena pun membuka baju ku, selepas kak lena membuka baju ku.

aku dapat melihat ada pembalut yang membalut badan ku, kak lena mebuka pembalut itu dengan perlahan, aku dapat melihat ada banyak luka di badan ku.

Satu jam pun dah berlalu, kak lena pun dah selesai mengubati ku, dan kak lena pun keluar dari kamar ini untuk mengambil makanan untuk aku.

Berapa minit kemudian, kak lena datang sambil membawa bubur dan segelas air kosong, kak lena duduk di samping ku dan dia pun menyuapkan bubur itu kedalam mulut aku.

"kak terima kasih kerana telah selamatkan saya," masa aku kata macam itu, kak lena pun melihat ku sambil tersenyum, "sama-sama... kalau kamu perlu apa-apa panggil sahaja akak ada kat bilik sebelah" kata kak lena sambil menyuapkan aku makan

***Masa pun berlalu sejak saat itu..

Dah nak masuk dua minggu aku ada kat dunia ini, selama dua minggu ini kak lena lah seorang diri menjaga ku, sekarang aku dah sembuh, aku dah boleh bergerak, aku pun dah tahu apa itu ras elf,

rupanya ras elf ada salah satu ras yang berusia panjang dan memiliki kekuatan sihir yang kuat.

Kali pertama aku dapat tahu yang didunia ini ada sihir, masa kak lena menggunakan sihir angin nya untuk mengeringkan baju-baju nya,

mula-mula aku terkejut tapi dah dua minggu duduk rumah dengan kak Lena aku dah terbiasa.

Pernah satu kali aku cuba nak baca buku,

tetapi aku tak faham apa yang tertulis di dalam buku itu, aku rasa sedih kerana aku tak dapat manbaca buku, padahal di dunia lama aku ada lah seorang ulat buku, masa aku tengah sedih kak lena bercakap, "kalau kamu tak pandai manbaca akak akan mengajar kamu membaca"kata kak lena sambil membelai rambutku.

Didunia lama aku, semua orang yang aku kenal selalu membuat jahat kepada ku,

bukan sahaja kawan, keluarga angkat aku pun sama, tapi semua itu dah tak penting lagi sekarang aku ada kat dunia ini, kalau didunia ini pun sama, aku tak kesah cukup hanya ada kak Lena di samping ku.

\*

Hari ini kak lena mengajak aku keluar rumah, aku betul-betul bersemangat akan hal tersebut, kerana aku dah dua minggu duduk di rumah je,

bukan aku tak suka duduk rumah tapi aku pun nak tengok dunia luar.

Masa aku melihat kak lena setiap hari, aku pun berfikir masa di bumi untuk setiap orang yang membenciku dan memukul ku tapi, sekarang dan didunia ini dia lah yang pertama yang memberi aku kasih sayang, dia lah yang merisaukan aku kalau aku sakit.

aku melihat kak lena aku tersenyum,

"terima kasih kak" aku cakap di dalam hati aku dan aku telah mengangap kak lena, seperti kakak kandung aku sendiri.

"kak Lena hari ni kita nak pergi mana"

aku cakap sambil makan sarapan pagi

"Hari ni kita akan pergi ke kota yang berdekat dengan hutan pari" kak lena bercakap sambil mengelap serpihan nasi di mulutku.

Aku menahan malu, kerana di dalam tubuh gadis kecil ini, ada aku seseorang lelaki yang berusia tujuh belas tahun. aku yakin sekarang ni muka ku mesti tengah merah sekarang ni.

"kamu kenapa yue kalau kamu tak sihat kita pergi kota lain kali saja" kata kak lena dengan cemas.

"tak ada apa-apa kak, saya sihat akak jangan risau. Ooo ye kak kita pergi kat kota nak buat apa?" cakap aku cuba mengubah topik percakapan.

"kalau macam tu bagus lah.... kalau kamu nak tahu kita pergi kota untuk buat apa, itu semua rahsia...." kata kak lena sambil meletakkan jari telunjuk kat mulut nya.....

--------------------------------------------------------------------------

Kalau ada salah sila komen di bawah

Terima kasih kerana manbaca saya harap kamu semua terhibur😊😊😊.